Sekolah Kebangsaan merupakan
intiti terpenting di dalam konteks perpaduan di negara ini. Dasar Pendidikan
Negara yang ingin memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris
harus dilihat sebagai usaha bijaksana.
Namun begitu, Dong Zong telah
membuat tuntutan yang sangat melampau, di mana sekolah-sekolah Cina
Persendirian yang banyak terbina di Malaysia supaya diberi pengiktirafan
terhadap Sijil Unified Examination Certificate sama statusnya
dengan Sijil Pelajaran Malaysia.
Pihak yang mencabar Dasar
Pendidikan Negara ini telah mempersoalkan, mengapa Kerajaan Malaysia
mengiktiraf Bahasa Cina dan Pengajian Cina dari negara China. Mengapa ada sikap
double standard dengan tidak
mengiktiraf Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini.
Sebenarnya, pengiktirafan
kerajaan terhadap kursus-kursus di Negara China tidak semestinya menjadikan
Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar di dalam sistem kita.
Status Sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini sepenuhnya dikendalikan 100% dalam bahasa Cina. Apakah dengan pengiktirafan itu nanti menyebabkan lulusan sekolah vernakular tidak perlu masuk ke dalam Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan?

Sebenarnya Dong Zong menjadikan
pendidikan Cina di negara ini sebagai peras ugut politik dengan menekan
Kementerian Pelajaran, melakukan provokasi kepada penduduk berketurunan Cina
supaya memperjuangkan isu-isu yang melampau terutamanya menjelang PRU13.
Ia jelas sekali bersikap
perkauman dan tidak sensetif dengan perasaan kaum-kaum lain dengan menidakkan
Dasar Pendidikan Negara yang termaktub di dalam perlembagaan Negara yang telah
dipersetujui bersama.
Malaysia merupakan satu-satunya
negara di dunia ini mengamalkan multi sistem persekolahan dengan memelihara SJK
(C) dan SJK (T) serta sekolah-sekolah vernakular yang lain kerana ia selari
dengan Dasar Pendidikan Negara.
Tiada satupun negara-negara yang merdeka di dunia ini yang menawarkan dasar-dasar sebegitu kepada kelompok moniritinya kerana khuatirkan kepada fahaman dualism dalam sistem dan dasar di negara mereka.

Keadaan begitu tidaklah
menyebabkan kaum-kaum bumiputera terutama Melayu bangun melakukan provokasi
kerana mereka selama ini amat menghormati kelainan setiap kaum dan setiap dasar
yang telah dipersetujui bersama seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara
ini.
Malaysia memerlukan Dasar
Pendidikan yang menyatukan hubungan antara kaum. Di samping menghormati bahasa
ibunda sesuatu kaum, kita harus teguh dengan prinsip kelainan masing-masing
dihormati.
Kalau tidak kerana faktor dominasi ekonomi kaum Cina yang akan menjadi faktor penentu kepada kelangsungan pendidikan negara dan ia adalah tidak sesuai bagi negara ini melainkan Dong Zong mempunyai agenda tersembunyi terhadap hari-hari mendatang negara tercinta ini.