Labels

Showing posts with label CORETAN. Show all posts
Showing posts with label CORETAN. Show all posts

Sunday, 16 February 2020

Pemandu mabuk



Hukuman kepada pemandu mabuk yang ada sekarang seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada pemandu mabuk.

Berapa ramai lagi nyawa yang perlu terkorban sehingga hukuman berat akan dijatuhkan kepada pemandu mabuk?

Yang terkorban pula bilangannya terus bertambah hari demi hari.

Kita sambut langkah kerajaan mewajibkan 'car seat' untuk kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.

Tapi apa ertinya jika masih ramai yang terkorban gara-gara pemandu mabuk?

Pemandu mabuk perlu membayar harga nyawa dengan nyawa mereka.

Hukuman mati kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian wajar dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada orang lain supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.

Kerajaan pula seolah-olah dilihat tidak menangani isu ini secara serius!

Sunday, 3 February 2019

Berbohong Tidak Menjadikan Kita Nampak Hebat!



Sebelum PRU14, Ringgit turun kerana PM6.

Pembangkang memanggil rakyat supaya turunkan PM6.

Akhirnya PM6 pun diturunkan lah! 

Selepas PRU14, Ringgit tetap turun kerana presiden USA pulak.

Bukan salah kerajaan sekarang. 

Dengan ini, rakyat mesti bersedia dengan penurunan menjunam Ringgit. 

Mungkin rakyat perlu dipanggil untuk turunkan presiden USA pada bila-bila masa dari sekarang.

Ada benarnya jika USD mengukuh maka Ringgit akan lemah berbanding USD.

USD naik, Ringgit turun.

Ringgit naik, USD turun. 

Senang nak faham kan! 

2015, USD mengukuh dengan kadar paling pantas dalam masa 40 tahun.

Tempoh itu juga, USD paling kuat semenjak 13 tahun sejak 1998.

Tetapi pada tahun 2015 itu juga, pembangkang kata "PM6 mesti diturunkan, Ringgit pasti akan naik"

Pembangkang kata salah PM6, bukan salah presiden USA pada masa itu.

Ini bermakna, gerakan fitnah sudah menang! 

Bulan Disember 2018 lalu, USD mengalami kelemahan dan Ringgit mengukuh sedikit berbanding USD tetapi masih jauh berbeza dengan kadar sebelum PRU14.

Sebenarnya, nilai semua matawang menerima kesan dengan turun-naik USD, bukan Ringgit sahaja.

Begitu juga nilai Baht Thailand yang turut menerima kesan dari kelemahan USD baru-baru ini.

Isu pokoknya ialah Ringgit terus menjunam berbanding Thai Baht sehingga tahap paling rendah dalam sejarah.

Dalam sejarah! 

Takkan hanya Ringgit menerima kesan dari USD tetapi tidak kepada mata wang serantau yang lain?

Sebelum PRU14, Ringgit bukan sahaja memulih berbanding USD tetapi dengan semua matawang yang lain termasuk Singapore Dollar dan Baht Thailand.

Selepas PRU14, jelas kelihatan bahawa Ringgit bertukar hala dan terus menjunam berbanding semua matawang serantau.

Kerajaan patut mengaku bahawa Ringgit sudah lemah di bawah menteri kewangan yang dikatakan paling 'hebat' pernah dilahirkan!

Pembohongan itu menjadi kenangan paling manis atau pahit dalam hidup setiap rakyat Malaysia pada hari ini. 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ 

“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)




Wednesday, 23 January 2019

Ancaman Islam Liberal

Menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.

Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka.

Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini.

Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.

Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.

Ciri-ciri fahaman Islam Liberal

Mereka menganut Fahaman Pluralisme iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. 

Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Islam Liberal di Malaysia telah membuat desakkan agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah.

Bagi kelompok ini, mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. “Tidak ada paksaan dalam agama.” (al-Baqarah: 256)

Tafsir yang muktabar pula menyatakan, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri.

Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman.

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu.

Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang.

Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

.
Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional.

Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha.

Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat.

Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:
  • Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;
  • Keharusan poligami bagi lelaki
  • Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita
  • Hukuman bunuh ke atas orang murtad
  • Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah
  • Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat
  • Hak mutlak suami untuk mencerai isteri
  • Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan
  • Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh.

Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.

Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya.

Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka.

Sedar dan bangkitlah wahai umat!


Wednesday, 19 September 2018

Agenda tersusun liberal, sekular mahu ubah identiti Malaysia sebagai negara Islam


Desakan supaya kerajaan mengkaji semula undang-undang syariah memberi petanda jelas, wujud satu gerakan tersusun untuk mengubah identiti negara berteraskan Islam kepada liberal demokratik dan sekular.

Mereka yang mendesak perkara seumpama itu terlalu degil untuk menerima hakikat Islam adalah agama persekutuan.

Mereka yang berfahaman liberal ini perlu faham bahawa undang-undang syariah seharusnya diperkasakan, bukan dikaji semula.

Jelas bila dicadangkan pengukuhan rang undang-undang syariah, mereka keras menolak, padahal ia selari dengan kehendak Perlembagaan dan kehendak majoriti umat Melayu Islam negara ini.

Mahkamah syariah bukanlah satu institusi kelas kedua sebaliknya ia adalah sebuah institusi yang mempunyai kedudukan tersendiri malah telah wujud sebelum wujudnya sistem kehakiman sivil lagi.

Justeru, apabila Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman atau memberikan apa-apa perintah yang berada dalam bidang kuasanya, ia seharusnya dihormati oleh kesemua pihak.

Tindakan memperlekeh keputusan Mahkamah Syariah mencerminkan kesalahfahaman masyarakat mengenai amalan dwi-perundangan di Malaysia.

Kedua-dua institusi kehakiman syariah dan sivil mengandungi kuasa tersendiri dalam sebagaimana dalam perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), yang mendesak kerajaan mengkaji semula undang-undang Islam, termasuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman sebat syariah merupakan usaha berterusan untuk mengubah identiti Malaysia.

Pertubuhan liberal itu menganggap hukuman syariah bakal menggugat konsep federalisme antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apa yang diperkatakan mereka sebenarnya tiada langsung kaitan untuk menggugat konsep federalisme antara Parlimen dan DUN.

Sayangi Malaysiaku. Ini bererti fahami konsep Perlembagaan, sejarahnya, kontrak sosialnya, hak istimewa orang Melayu, Islam agama rasmi, bahasa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu.
Apa yang mereka sebutkan berniat jahat.

Inilah perjuangan COMANGO yang sentiasa mendesak agar inti dan teras Islam di Malaysia ini dihapuskan.

Mereka sudah mencabar Perlembagaan dan desakan mereka sekaligus bercanggah dengan tema Sayangi Malaysiaku.


Melayu dipandang rendah bila pemimpin Melayu menghina bangsa sendiri.

Kedudukan orang Melayu ‘di mata’ masyarakat sering dipandang rendah dek kerana tabiat pemimpin sendiri yang sering berlumba-lumba menghina bangsanya.

Orang Melayu seringkali menjadi mangsa pelabelan seperti pemalas, perasuah, pendengki dan lain-lain lagi.

Bahkan segelintir agamawan turut menyindir jika ada usaha-usaha untuk membangunkan kembali kekuatan orang Melayu.

Mereka dilebal sebagai bukan usaha yang Islamik.

Lebih malang lagi, apabila orang Melayu sentiasa dikaitkan dengan kebobrokan UMNO seolah-olah UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Sebab itu apabila ada pihak yang bercakap mengenai kepimpinan Melayu, secara spontan mereka mengkaitkan dengan rasuah, kleptokrasi dan lain-lain sedangkan kita membicarakan kepimpinan Melayu yang adil, soleh dan bijak serta berfikiran inklusif.

Walhal, perlu diingatkan, hanya segelintir saja orang Melayu dalam UMNO. Jutaan Melayu lain ada di luar sana.

Kebiasaannya, pemimpin politik yang rakus dengan kuasa dan anti-Melayu akan sentiasa mencanaikan kelemahan orang Melayu dan menganggap itu perjuangan rasis.

Melayu yang pendek akalnya menerima itu ibarat satu wahyu. 

Walhal, Islam itu sendiri tidak pernah mengajar rasis, ektremis maupun prejudis. 

Inilah sebenarnya sifat pemimpin Melayu yang kita perjuangkan bukan seperti yang didambakan oleh media-media sosial anti-Melayu.

Kepada semua pihak sama ada parti politik, NGO atau orang perseorangan yang berusaha menyatu dan membangunkan kembali jati diri Melayu untuk terus meng islah diri dan pemikiran sambil terus berusaha tanpa menghiraukan fitnah luaran.

Apabila bangsa Melayu yang soleh, bijak dan adil ini kuat dan bersatu saya amat yakin bangsa-bangsa lain juga akan aman, bahagia dan bersedia untuk bersama.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...