Labels

Showing posts with label RENCANA. Show all posts
Showing posts with label RENCANA. Show all posts

Wednesday, 19 September 2018

Masjid Dirar: Memecah-belah Kesatuan Muslim



Al-Quran mengingatkan kepada kita bahawa pembinaan Masjid Dirar, sekali pun zahirnya kelihatan baik, namun ia dinilai oleh Allah sebagai usaha untuk memecah-belah kesatuan Muslim. Insiden ini menggambarkan kepada kita bagaimana mereka yang tidak suka kepada Islam mampu untuk menggunakan elemen yang kelihatan baik dengan tujuan yang jahat. 

Firman Allah:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan mereka yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman…”

Menurut al-Imam Ibn Kathir, pembinaan masjid ini adalah atas perancangan Abu Amir al-Rahib, seorang pembesar Khazraj yang mempunyai kedudukan di sisi penduduk Madinah. Namun apabila Rasulullah datang, beliau merasakan kedudukan dan pangkatnya terancam.

Abu Amir bertindak meninggalkan Madinah dan melarikan diri ke Heraclius (pemerintah Rom) untuk meminta bantuan bagi menghancurkan Islam. Abu Amir menulis surat kepada kaum munafiq di Madinah untuk membangunkan Masjid Dirar ini bagi tujuan memecah-belah kesatuan Muslim.

Peristiwa ini mengingatkan kepada kita bahawa sifat kecintaan manusia kepada kedudukan di dunia menjadikan manusia sanggup untuk melakukan apa sahaja demi memelihara kekuasaan yang ada ditangannya.

Adakalanya manusia akan menggunakan satu elemen yang secara zahirnya kelihatan baik tetapi hakikatnya ia mempunyai kesan yang buruk terhadap Islam dan kesatuan umat Islam itu sendiri.

Malah, apa yang lebih teruk lagi, mereka meminta bantuan dari musuh, untuk menghancurkan Islam dan kesatuan umat Islam. Maka dengan itu tidak hairanlah kalau kita perhatikan bagaimana kuasa besar dunia seperti Amerika mempunyai peranan dalam menghancurkan kesatuan umat.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, muslim itu sendiri yang menjadi punca kejatuhan umat, dengan meminta bantuan dari musuh Islam, semata-mata untuk menjaga kepentingan kedudukannya di dunia.

Moga Allah sentiasa membantu memelihara kesatuan umat Islam

Dr. Ahmad Sanusi Azmi 

Tiba masanya kita mulakan gerakan "Tahafut" tentang sekular liberal dan pengikut Muslimnya

Tiba masanya kita mulakan gerakan "Tahafut" menentang fahaman sekular liberal dan pengikut - pengikutnya dalam kalangan Muslim.

Agak menyedihkan apabila seorang Muslim daripada latar belakang pendidikan Islam sehinggalah ke peringkat sarjana, kemudian apabila mereka menamatkan ijazah di Institusi Islam dan menyambung pelajaran di Universiti Barat, mereka menukar pandangan mereka 180 darjah dan secara 'kebetulan', semua pandangan mereka kini selari dengan apa saja ideologi Barat arus perdana di tempat pengajian universiti mereka.

Untuk lebih pasti, golongan ini menggelar perubahan mereka sebagai lebih 'bijak' atau 'dicerahkan falsafah Barat' - tapi itu menimbulkan persoalan kenapa mereka tidak dicerahkan oleh pengajian Islam sebelum mereka mengaji di Barat? Adakah Islam tidak mencerahkan? Adakah Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW) menghendaki kita menunggu 1400 tahun supaya puak Germanic gasar memeluk budaya Latin, Kristian Roman, kepercayaan Triniti dan kemudian menemui teks falsafah Yunani pagan dan kemudian mencipta falsafah gabungan keduanya (dengan percikan - percikan keraguan terhadap agama dan Tuhan) lantas mendatangkan cara hidup yang 'dikehendaki' Allah dan Rasul selama ini seraya 'terlupa' untuk menerangkannya dalam wahyu?

Tapi Barat begitu maju dari segi teknologi, anda tanya? Janganlah kita lupakan fakta bahawa hak - hak yang sering orang banggakan dalam negara liberal sekular sekarang hanyalah ciptaan terbaru dalam sejarah Barat.

'Hak' untuk persamaan perkahwinan Gay, 'kebebasan bersuara' (ie hak untuk menghina Tuhan), hak sama rata wanita dan semua etnik, dan 'pasaran bebas' dll hanyalah mencapai realisasi seawal pertengahan - akhir abad ke 20. (undang - undang blasphemy - menghina Tuhan dimansuhkan dari UK pada akhir 2008!) atau hak - hak lain, seperti 'Kapitalisme pasaran bebas' sudahpun dicuba, gagal dan dihapuskan lama dahulu.

Apa yang dilupakan oleh semua kecuali sejarawan, adalah sebelum menegakkan liberalisme sekular, Barat melalui perubahan teknologi dan saintifik yang besar hampir selama 600 tahun dibawah sistem dan institusi yang bukan sekular.

Saya membesar sendiri dalam liberalisme sekular, dan saya terpesona bagaimana banyaknya pengikut fahaman ini yang tidak menyedari bagaimana besarnya percanggahan yang tidak boleh diharmonikan, ketidakselarian dengan fitrah manusia (dibuktikan menerusi banyaknya kajian saintifik psikologi dan sosiologi manusia), penyakit sosial dan ketidakseimbangan ekonomi, dan dah pasti, kejatuhannya menentang peradaban yang kini timbul semula seperti Russia, Cina dan banyak lagi.

Saya dan banyak lagi rakan yang datang daripada latar belakang liberal dan setelah membesar dengannya, kini menyedari realiti sebenar falsafah politiknya. Setelah bertemu dengan Islam, kami kini menemui pencerahan dan hidayah sebenar. Perjalanan kami sangat berbeza dengan perjalanan Muslim yang bertukar sepenuhnya setelah menemui falsafah Barat.

Kadang - kadang, sekularis 'Muslim' (atau 'reformis', 'modernis' atau apa saja nama yang mereka mahu panggil diri mereka) membantah Muslim yang tidak menyertai gerakan mereka, atau seperti kami, sudah mengkaji cukup banyak falsafah Barat untuk tidak tertipu dengan argumennya.

Lebih kelakar apabila mereka gunakan hujah pseudo - intelektual liberal sekular menentang kepercayaan dan amalan Islam arus perdana, memikirkan ini membantu mereka menewaskan 'Muslim mundur yang tidak mahu maju'.

Ah, ulama seperti Ghazali, Farabi dan ramai yang lain sudah pun menyedari falsafah Yunani, dan dalam kes al Farabi, mengatakan konsep demokrasi Yunani, yang beliau tolak dan bantah, sebagai satu sistem yang walaupun rakyatnya kelihatan sama rata, hakikatnya yang kaya akan memerintah yang miskin (lihat kitab beliau al Madinat al Fadhilah)

Dah pasti, banyak negara Muslim yang kini mundur dan dalam kejahilan, dan ramai Muslim yang mengikut Islam hanya sebagai amalan dan tradisi (dengan tambahan tahyul dan bid'ah), tidak langsung menyedari bagaimana agama ini boleh membentuk masyarakat dan kehidupan. Tapi hanya kerana satu peradaban sedang jatuh, tidak bermakna peradaban lain benar. Apabila Muslim bertemu dengan pewaris Germanik empayar Roman Barat yang runtuh, atau kita panggil mereka sebagai 'Faranji', kita menganggap mereka sebagai orang gasar mundur yang tidak mampu menghasilkan kemajuan. Ia mengambil masa yang lama, tapi setelah 600 tahun mempelajari teknologi kita, kemudian dalam 400 tahun terakhir, mereka mengatasi kita. Pelajaran diperoleh.

Sebagai Muslim hari ini, kita ada 3 pilihan:
  • Terima saja membuta tuli generasi ibu ayah kita dan terus melayan Islam sebagai satu budaya.
  • Meniru segala yang dilakukan Barat, dan menyempurnakan proses kolonialisasi penjajahan yang menjadikan kita pelanggan minda ideologi Barat.
  • Lakukan apa yang dilakukan sahabat, jadikan Quran dan Sunnah sebagai petunjuk dan mengkaji *hanya* teknologi dan ilmu saintifik peradaban lain, menambah baik, dan memahami bagaimana untuk menggunakan ilmu ini untuk menyempurnakan misi Nabi Muhammad - iaitu untuk membebaskan manusia daripada berhala palsu, menyebarkan keamanan dan keadilan dunia, dan menjadi contoh kepada seluruh umat manusia.
Lantaran al Quran menyuruh kita untuk berfikir, kami menyeru semua manusia untuk untuk berfikir; pertikai SEMUA dogma (termasuk liberal sekular) sehinggalah Muslim miliki landasan kepercayaan yang teguh dan pemikiran yang tajam yang membebaskan mereka daripada anggapan mana - mana budaya, sama ada di luar pemikiran Barat, atau di dalamnya. Perubahan pemikiran ini diperlukan untuk tajdid Islami yang segar dan lebih luas daripada semua ini.

Diakhiri dengan petikan kata - kata Francis Bacon:

A little Western philosophy inclineth man's mind to Secular liberalism or Communism, but depth in all philosophy bringeth people's minds back to religion and it's guidance for societies.

Diterjemah daripada tulisan Abdullah Andalusi


Friday, 16 March 2018

Sekolah Vernakular Warisan Komponen Dasar Pecah Dan Perintah British

Penubuhan sekolah vernakular adalah komponen dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah British suatu ketika dahulu.

British ketika itu tidak mahu wujud integrasi antara orang Melayu dengan kaum lain bagi memelihara kuasa.

Kewujudan sekolah vernakular ketika itu dikatakan untuk memelihara identiti orang Cina atau India, tetapi matlamat sebenarnya adalah pecah dan perintah.

 Dasar pentadbiran British ketika itu mahukan lepasan sekolah vernakular menjadi orang suruhan seperti mata-mata dan pekerja mereka sahaj.

Sekolah vernakular sekarang bukan aliran nasional tetapi hanya mempunyai ciri nasional sahaja.

Dalam sudut nasional juga sekolah vernakular tidak setanding dengan sekolah kebangsaan dan tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk negara bangsa.

Contoh impak SJKC yang dapat dilihat hari ini dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, mereka bersifat etnosentrik.

Mereka tidak mampu berbahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dengan baik melainkan bahasa Mandarin sahaja.

Juga hidup dalam dunia sendiri dan bergaul dalam kalangan mereka sahaja termasuklah membaca akhbar dan menonton rancangan televisyen berbahasa Mandarin.

Struktur semula SJK dan disatukan dalam satu aliran, sementara bahasa ibunda setiap etnik dijadikan komponen dalam pendidikan untuk memelihara warisan setiap kaum.

Monday, 12 March 2018

Golongan Literalis dalam Islam

Golongan literalis sangat cenderung melakukan interpretasi dan penafsiran bersifat sempit dengan terus menolak pemahaman atau amalan yang ditafsirkan tidak bersumberkan al-Quran dan hadis.

Kelompok yang bersifat jumud, radikal dan konservatif ini akhirnya melabelkan banyak hal agama sebagai bidaah atau sengaja diada-adakan sehingga ia turut menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat awam.

Pola berfikir yang terlalu liberal dan literal itu berikutan pemahaman lemah terhadap dua prinsip asas yang penting dalam pandangan alam Islam, iaitu tetap dan fleksibel berkaitan hukum serta perundangan Islam.

Tetap merujuk kepada hukum-hakam keseluruhan dan bahagian yang kekal tidak berubah hatta atas faktor tempat atau masa antaranya termasuk prinsip serta asas yang merangkumi akidah, ibadat, perkara ghaib dan prinsip muamalat seperti pengharaman riba.

Fleksibal pula merujuk kepada hukum-hakam furuk atau cabang yang boleh berubah disebabkan perubahan masa, tempat dan keadaan berdasarkan kepentingan syarak.

Kegagalan dalam memahami kedua-duanya menjadi punca utama taklid buta, cenderung meletakkan batasan bersifat sempit dan tidak tepat dalam memahami agama.

Pola berfikir yang terlalu literal jika tidak ditangani akan memberikan kesan negative terutama dalam hal membabitkan kesatuan ummah.

Bagi memelihara akidah umat Islam supaya terus utuh berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah, Institusi pendidikan perlu diperkasa secara menyeluruh bermula dengan penilaian dan pengembangan epistemologi Islam dan tradisi ilmu yang berkesinambungan sejak zaman awal Islam dengan bidang sains dan sosial semasa.

Kemampuan umat Islam dalam mendepani cabaran ini bergantung kepada keterbukaan dalam memperteguhkan aliran wasatiyyah yang sebenar.

Thursday, 18 January 2018

Negara Hampir Bankrupt!



PERBELANJAAN PELANCONGAN KE LUAR NEGARA
Tahun
RM (Billion)
2012
37.70
2013
38.60
2014
40.70
2015
41.70
2016
43.40

Ia disokong oleh kajian dibuat firma Mastercard bahawa jumlah pelancong Malaysia keluar negara (outbound) meningkat setiap tahun iaitu 11.9 juta orang tahun ini dan dijangka naik kepada 14.9 juta pelancong pada 2021.

Apa yang boleh kita simpulkan daripada data dan angka statistik rasmi seperti ini?

Ada yang berkata,  “Di Malaysia yang kaya makin kaya, yang miskin pula makin miskin.”

Ada logiknya juga kan tanggapan itu?

Mungkin yang melancong dan belanja duit di luar negara ini mereka yang makin kaya setiap tahun.

Cuba kita lihat pula statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan pelancong domestic?

Pelancong domestik adalah mereka yang terdiri daripada warga atau penduduk tetap Malaysia.

Menurut stastik, mereka telah membelanjakan sebanyak RM66.5 bilion melancong di dalam negara pada tahun 2016.

Terdapat sejumlah 66 juta pelancong domestik atau secara puratanya rakyat  Malaysia bercuti dua kali setahun di dalam negara sendiri.

PERBELANJAAN PELANCONGAN DOMESTIK
Tahun
RM (Billion)
2011
36.20
2012
40.80
2013
47.60
2014
55.50
2015
60.50
2016
66.50

Tanpa stastik, kita juga boleh tengok, bila sahaja musim cuti sekolah, semua lebuh raya penuh sesak 24 jam, hotel, chalet, inap desa di kawasan pelancongan full booking.

Ini sebagai indicator bahawa taraf hidup mejoriti rakyat Malaysia adalah lebih baik setiap tahun.

Pendapatan yang meningkat setiap tahun membolehkan mereka meluangkan masa bersama-sama keluarga dengan melancong ke luar dan dalam negara.

Kos sara hidup memang meningkat setiap tahun!

Tetapi pendapatan perkapita rakyat juga meningkat seiring kalau tidak pun lebih tinggi saban tahun.

Isu ringgit jatuh, pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi bahan api juga bukan halangan untuk rakyat Malaysia daripada terus melancong dan membelanjakan wang yang besar ketika melancong.

Bagi sebuah negara yang selalu digelar sebagai negara menuju kebankrapan, namun mejoriti rakyatnya masih boleh bebas melancong dan membelanjakan banyak wang membeli belah di luar negara.

Sokong fakta dengan data!

Kesimpulannya, mejoriti rakyat Malaysia sekarang ini telah terbeban dengan kos gaya hidup yang meningkat tetapi bukannya kos sara hidup. 

Mereka yang benar-benar terbeban dengan kos sara hidup hanya golongan G40.


Rujukan:
1. Balance of Payments – DOSM via Buletin Statistik Bulanan Bank Negara
2. Asia Pacific Outbound Travel – Mastercard
3. Tourism Satellite Account 2016



Wednesday, 3 January 2018

Selamat Tahun Baharu Masehi 2018

Tahun 2017 yang baru berlalu pergi telah memberi kesan mendalam terhadap umat Islam Malaysia, khasnya kebangkitan siri serangan musuh-musuh Islam yang semakin bertali arus dan agresif. 


Isu seperti ateisme dan gerakan LGBT telah mendapat perhatian dan tentangan daripada pusat gerakan tersebut di luar negara. 


Jika liberalisme, sekularisme dan pluralisme agama lazimnya digerakkan dengan menggunakan proksi-proksi tempatan, hal yang berbeza berlaku kini dengan isu ateisme dan LGBT.


Insiden seperti ini tentunya semakin dirasai oleh penganut Islam di negara ini khususnya. 


Di harap, tahun 2018 ini, janganlah masih ada lagi warganegara yang bongkak dan kurang ajar dengan mempersoalkan perkara-perkara pokok yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan seperti kedudukan Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, dan hak-hak Melayu @ bumiputera.


Malaysia telah melepasi tanda 60 tahun kemerdekaan, jadi sudah tiba masanya untuk warganegaranya benar-benar memahami dan menghormati kontrak sosial yang terkandung dalam dokumen negara.


Mereka yang tak sudah-sudah menyerang atau menghina Islam sebaiknya perlu lebih berhati-hati kerana menyerang atau menghina Islam amat berbahaya di dalam masyarakat majmuk.


Juga diharap, tahun 2018 ini wacana akademik tidak sepatutnya menjadi medan menghina dan memburukkan Islam.


Mereka yang berbuat demikian lazimnya mengamalkan sikap double standard kerana mematuhi asas akademik dalam bidang lain, tetapi tidak bila Islam diperkatakan. 


Jika mereka konsisten bersikap jujur, Islam bashing atas nama akademik pastinya tidak akan berlaku di negara ini. 


Pihak berwajib harus lebih tegas terhadap isu Islam bashing ini dengan mendakwa terhadap pihak-pihak yang terlibat.


SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2018


Monday, 4 September 2017

Gerakan fahaman Evangelis di seluruh dunia.


Christian Right @ Religious Right dan golongan yang dipanggil Neo-Conservatives atau Neo-Cons sangat cergas dalam politik dan sangat berpengaruh semasa pentadbiran George W. Bush.

Pendirian mereka terhadap isu-isu berkait Islam, Arab dan Palestin sangat keras.

Bersama-sama dengan golongan Neo-Cons, Religious Right ini melobi Sanet AS supaya menggunakan kuasa ketenteraan dalam krisis antarabangsa, khususnya yang membabitkan negara Islam.

Umum percaya Yahudi sangat berpengaruh ke atas dasar- dasar AS.

Tetapi golongan Christian Right dan Neo-Cons yang paling lantang menggerakan dasar-dasar pro-Israel oleh AS.

Sebuah badan amal AS, Carnegie Endowment for International Peace pada tahun 2013 mengganggarkan:

- 2.01 bilion penganut Kristian.
- 2.08 bilion penganut Islam
- 13.9 juta penganut Yahudi.

Ikut logik, susah bagi orang Yahudi nak wujud dan pertahankan negara Israel yang terletak di tengah-tengah dunia Islam.

Golongan Christian Right dan Neo-Con pula sangat sangsi dengan bilangan Islam yang semakin bertambah di Eropah dan AS sendiri.

Untuk lebih jelas mengenai peranan Christian Right dan Neo-Cons dalam isu Yahudi dan Israel, kita kena balik kepada sejarah.

Perlu ingat!

Bukan orang Yahudi yang wujudkan negara Israel.

Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, orang Yahudi tak ada negara dan mereka tersebar di seluruh Eropah, Amerika Utara, Russia dan sebahagiannya di Afrika Utara.

Selepas Perang Dunia Kedua, dua kuasa besar British dan Perancis sangat bimbang orang Yahudi menuntut hak dan jadi lebih berpengaruh selepas ditindas oleh Hitler.

Ketika itu, British dan Perancis menguasai sebahagian besar wilayah Arab yang dulunya milik Empayar Othmaniyyah termasuklah Palestin.

Salah satu cara atasi masalah itu ialah dengan menghasut Yahudi di negara mereka berhijrah ke Palestin.

Konspirasi ini telah bermula sejak 1917 lagi melalui Deklarasi Balfour antara menteri luar British Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild pemimpin Zionis Inggeris untuk menyokong sebuah negara bernama Israel.

Pada Mei 1948, maka wujudlah sebuah negara Israel di bumi Palestin.

Ketika ini, kewujudan negara Israel telah dijamin kekalnya oleh orang Kristian berfahaman Evangelis.

Pada 14 Oktober 2016, seorang rabbi wanita AS, Jill Jacobs dalam Washington Post mengatakan, pembayar cukai AS adalah antara pihak yang bertanggungjawab membiayai pencerobohan Yahudi ke atas tanah dan harta milik orang Palestin di Tebing Barat.

Manakala dalam web Christian Science Monitor, Christa Case Bryant, pula dalam rencana 18 Disember 2012 berkata, gerakan Zionis semakin berpengaruh ke atas politik AS sejak 10 - 15 tahun dengan kerjasama Kristian Evangelis, khususnya dalam hal kepentingan Israel.

Islam kena faham konspirasi yang sedang berlaku pada peringkat antarabangsa untuk terus melaga-lagakan antara Islam dan Yahudi hingga orang Islam terlupa atau terlepas pandang keadaan sebenar.

Cabaran terhadap umat Islam hari ini, termasuk di negara kita, adalah gerakan Kristian Evangelis, Neo-Cons dan golongan liberal.

Baru-baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan sebuah sambutan pro-Zionis Israel yang mendapat bantahan ramai. Himpunan yang dinamakan sebagai ‘Jerusalem Jubilee’ itu dianjurkan oleh kumpulan Kristian Evangelis dengan menggunakan simbol-simbol Yahudi.

Sambutan yang dianjurkan oleh Calvary Life Assembly Chinese itu juga turut dikritik oleh pemimpin Kristian, Christ Church Bishop Jason Selvaraj.

Mereka inilah yang menuntut pelbagai hak dan persamaan seperti penggunaan kalimah Allah, kebebasan seksual dan hak bersuara tanpa batasan. 

Kalau orang Islam negara kita masih tak sedar dan bertelagah mengenai hal-hal untuk menjatuhkan pemimpin semata-mata, jangan salahkan sesiapa kalau nasib mereka jadi macam nasib orang Palestin. 

Saturday, 2 September 2017

Golongan modenis dan neo-modenis memesongkan kita terhadap fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah


Golongan modenis dan neo-modenis yang dipelopori oleh Muhammad Abduh, Fazlur Rahman, Harun Nasution, Nurcholish Madjid, Taha Jabir al-Ulwani, Tariq Ramadan, berusaha mentafsirkan semula Islam agar bersesuaian dengan nilai-nilai moden.

Golongan modenis dan neo-modenis ini mula mempertikaikan autoriti hadith dan ijma’, hukum Syariah yang dianggap tidak adil.

Terbaru golongan ini menggunakan wacana Maqasid untuk merombak Usul al-Fiqh yang dianggap telah tamat tempoh, mandul kerana terlalu rigid.

Ilmu Maqasid ciptaan golongan ini bertujuan menggantikan Usul al-Fiqh yang telah pun disepakati zaman berzaman.

Golongan ini menuduh kejumudan berlaku kerana imam-imam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang kita pegang selama ini tidak terbuka kepada falsafah Greek sebagaimana yang dicadangkan oleh Ibn Rushd dalam tulisannya: Despite al-Ghazali’s popularity the general ban on philosophy contributed to stagnation in the theory and reasoning methodology of the Islamic law across the board.

Golongan ini mendakwa Ijma’ bukan satu sumber hukum sebaliknya ia adalah satu bentuk penglibatan masyarakat dalam hal ehwal negara.

Masyarakat Melayu Islam perlu lebih kritis dan berhati-hati terhadap pemikiran yang datang dari luar, baik dari Barat mahupun dari tanah Arab yang telah banyak tersekularkan.

Pandangan umum bahawa dalam masalah agama kita perlu berguru dengan ilmuwan Arab tidak selamanya betul, dalam beberapa perkara mereka perlu belajar daripada ilmuwan Melayu. 

Islam Moderat

Islam moderat merupakan satu pemahaman Islam yang pada mulanya telah berjaya menarik perhatian banyak pihak.

Namun, setelah masa berlalu dan ‘kebenaran’ Islam moderat terserlah, maka terbukti ianya hanya sekadar retorik.

Kini, Islam moderat menjadi satu alat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam itu sendiri.

Fahaman Islam moderat mula mempersoalkan aurat wanita, ibadah-ibadah dalam Islam, menghalalkan LGBT, konsep dosa peribadi yang tidak kena pada caranya dan lain-lain konsep yang nyata tidak selari dengan pemikiran Islam.

Punca utama kepada masalah ini adalah ‘kebolehan’ setiap pengikutnya untuk mentafsirkan Qur’an dan Hadith, sebagaimana dikehendaki mereka.

Selain tafsiran Qur’an mereka sendiri, pendapat golongan orientalis yang selari dengan fahaman mereka juga dialu-alukan.

Hasil pendekatan ‘suka hati’ ini telah membawa kepada pelbagai penafsiran Qur’an dan Hadith.

Mereka mendakwa, Nabi menganjurkan seks sesama lelaki, semua agama itu sama, menutup kepala bukan sebahagian daripada aurat, hubungan homoseks dibolehkan dalam Islam, lelaki dan perempuan boleh solat bersebelahan dan banyak lagi.

Hasil kejayaan kumpulan ini di Barat telah membuka jalan dan peluang untuk fahaman ini berkembang di negara-negara Islam.

Zuriani Khalid pelopor gerakan LGBT Muslim di Amerika Syarikat melalui pertubuhan Muslims for Progressive Values (MPV) juga mempunyai cawangan sedang rancak memperkembangkan fahaman ini di Malaysia.

Di Malaysia, Komuniti Muslim Universal (KMU) yang juga sealiran dengan MPV sering menganjurkan program yang melibatkan belia-belia Islam bersama Evangelis, dalam gereja juga disertai oleh pendukung-pendukung gerakan LGBT.

Kuasa media terutamanya media sosial digunakan untuk memberi pemahaman baru tentang nilai-nilai kemanusiaan dalam agama, khususnya agama Islam.

Hasil gerakan ini, ramai ulamak yang berfahaman moderat bersama mereka seperti Seyran Ates, Amina Wadud, Elham Manea dan ramai lagi.

Mereka mendampingi nilai-nilai yang bertentangan dengan cara hidup Islam sebagai nilai-nilai kemanusiaan.

Mereka berusaha menerapkan nilai-nialai tersebut ke dalam masyarakat.

Muslimah mula mendedahkan aurat sedikit demi sedikit kerana pengaruh gerakan-gerakan ini yang kononnya memberi nafas baru kepada nilai-nilai Islam yang selama ini dianggap kolot.

Di Malaysia dan Indonesia, pengaruh golongan ini mendapat sambutan yang hebat serta sedang meluaskan pengikut di negara-negara seperti Pakistan dan Bangladesh.


Tiada cara lain untuk mengubat kejahilan melainkan dengan ilmu, namun demikian sumber ilmu tersebut perlu dipastikan sahih. 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...