Thursday, 24 January 2013

Selamat Menyambut Maulid Nabi - 1434 HIJRAH

Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu cara umat Islam menunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap pengorbanan dan perjuangan Rasulullah. Kesatuan ummah merupakan tonggak kejayaan Rasulullah SAW membimbing masyarakat jahilliah menjadi Muslim dan umat yang terbaik dan paling gemilang.

Sempena hari lahir Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang disambut di seluruh alam semesta pada hari ini, setiap Umat Islam mestilah bersatu menguatkan dan memantapkan barisan untuk menghalang anasir-anasir jahat dimana sejak akhir-akhir ini telah mencabar dan cuba merosakkan kemuliaan agama Islam. Umat Islam kini berhadapan dengan cabaran yang amat besar dalam usaha mengekalkan kemuliaan agama dan kekuatan ummah berpandukan pedoman al-Quran dan as-Sunnah.

Adakah selama ini, kita telah menjadikan perjuangan Rasulullah sebagai panduan hidup kita terutamanya dalam memelihara penyatuan ummah di negara kita dan juga dalam memastikan Islam dipandang tinggi dan dihormati oleh agama-agama lain. Jika kita sedar tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW maka sambutan Maulidur Rasul pada hari ini akan menjadi lebih bermakna.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH. ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’....Sekian.

Tuesday, 22 January 2013

Cerita Pasal Note RM100

Bagi sesetengah dari kita, apalah sangat dengan RM100 tetapi bagi sesetengah orang pula, nilainya amatlah besar sekali. RM100 bagi orang kaya merupakan kos sekali makan di Pizza Hut atau Mc Donald, tetapi bagi orang miskin, ianya merupakan kos perbelanjaan dapur selama seminggu. Bagi anak-anak orang kaya, RM100 mungkin sekadar duit top-up hand set atau duit beli jajan, namun anak-anak orang miskin ianya merupakan duit perbelanjaan tambang bas atau duit bekalan ke sekolah selama dua bulan.

Segelintir rakan-rakan kita pada hari ini sudah lebat hasil kenaikan harga komiditi sawit dan getah. Selain itu gaji di sektor awam juga semakin lumayan. Program Bantuan Persekolahan RM100 kepada anak-anak mereka diperlekeh begitu sahaja. Golongan ini tidak pernah berasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Bagi mereka nilai RM100 hanyalah terlalu ciput. Umpama orang yang sudah kenyang, tiada nikmat apabila menjamah makanan yang lazat.

Berbanding dengan segelintir dari kita yang sengkek. Sekeping note RM100 merupakan satu nilai yang terlalu berharga. Dengan nilai sekecil itu, amatlah besar nilainya bagi mereka. Terdapat di kalangan anak-anak mereka, dari sejak lahir hingga sekarang, tidak pernah merasa betapa harumnya bau sekeping note kertas RM100. Sebelum penyerahan RM100, mereka awal-awal lagi sudah merancang nilai wang tersebut secara semaksimum yang boleh demi kelangsungan hidup seharian mereka.

Oleh itu sebagai manusia yang diberikan kemewahan rezeki dari Allah, seharusnya berasa insaf. Ada segelintir dari rakan-rakan kita yang tidak pernah terfikir langsung tentang membeli belah di pasaraya-pasaraya ternama, di restoran-restoran makanan segera yang terkenal atau berhibur di panggung-panggung wayang. Hendak menggantikan kasut atau baju sekolah anak-anak yang sudah lusuh atau koyakpun mereka masih lagi bertangguh-tangguh.

Sebelum kita asyik condemn di sana sini tentang Program Bantuan Persekolahan RM100, toleh-tolehlah di sekeliling kita. Kalau sudah ‘kenyang’, dermakanlah wang itu kepada yang amat memerlukan, seperti orang-orang miskin ke, tabung GAZA ke, tabung surau ke, tabung taman ke, tabung akhirat kematian ke atau apa-apa yang difikirkan patut. Itu kan lebih elok kesudahannya.

Psssss...Dok tengok tauke-tauke Cina berlumba-lumba datang seawal waktu pagi lagi ke sekolah menyebat RM100 yang diperuntukkan untuk anak-anak mereka tanpa rasa segan silu, walaupun mereka datang dengan memandu kereta mewah menjalar mengalahkan kereta Pengetua sekolah.....Sekian.

Khawarij

Khawarij muncul di zaman Khalifah Saidina Ali Bin Abi Talib. Mereka mendakwa, golongan mereka sahajalah yang lebih Islamik berbanding pegangan agama Muslim yang lain di zaman itu. 

Mereka mula menentang kepimpinan Khalifah dengan kata-kata dan kemudiannya dengan hujah dan perdebatan terhadap Khalifah dan para sahabat dan akhirnya mengangkat senjata menentang pemerintahan sehingga berlakunya pembunuhan terhadap Khalifah Saidina Ali. 

Mereka mengatakan, kumpulan mereka sahajalah yang membawa ajaran Islam yang sebenar sehingga mengafirkan Saidina Ali dan para sahabat yang lain.

Golongan khawarij ini membaca al-Quran tetapi membuat pandangan Muslim lain yang bukan dari kelompok mereka boleh dibunuh sedangkan itu tidak benar sama sekali. 

Kelompok ini membaca ayat-ayat di dalam al-Quran yang khas diturunkan untuk golongan kafir tetapi mereka membuat tafsiran sendiri, di mana ianya juga boleh diguna pakai terhadap Muslim lain.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa golongan seperti ini akan wujud sehingga hari kiamat. 

Golongan ini sentiasa mendabik dada sebagai mereka sahajalah yang paling zuhud dan paling warak berkaitan hal-ehwal beragama sehingga menyanggah ibadah dan pendapat serta mencaci-maki orang yang tidak sealiran dengan mereka malahan ada yang sanggup mengafirkan Muslim lain dan yang paling extreme, melakukan pembunuhan terhadap Muslim lain tanpa alasan yang kukuh.

Setiap umat Islam yang waras perlulah berlapang dada dan sentiasa memohon doa kepada Allah supaya mereka yang membawa pemikiran puak-puak Khawarij ini kembali sedar dan melihat kembali  diri mereka sendiri. 

“Mengutuk sesama Islam itu adalah fasik dan memeranginya adalah kufur” (Hadis Rasulullah SAW)……..Sekian

Sunday, 20 January 2013

Unsur-unsur LGBT

Sebuah badan NGO antarabangsa Human Right Watch selama ini telah mendesak agar undang-undang lewat sebagai satu jenayah di Malaysia perlu diubah kerana dikatakan sudah ketingalan zaman. 

Ini menunjukkan agenda kumpulan LGBT tidak pernah malap malah semakin subur lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan yang kuat daripada tokoh yang berpengaruh. 

Di dalam perhimpunan yang dikatakan sebagai ‘Perhimpunan Rakyat’ pada 12 Januari lalu di Stadium Merdeka, ianya turut disertai oleh beberapa aktivis yang memperjuangkan LGBT. 

Mereka seolah-olah membawa bersama-sama semangat perjuangan golongan ini di dalam penganjuran Seksualiti Merdeka tahun lepas yang diketuai oleh aktivis pro pembangkang yang bernama Ambiga. 

“Perhimpunan Rakyat” pada 12 Januari lalu seolah-olah membawa masej ‘kebebasan’ buat golongan ini selain mempromosi budaya LGBT kepada seluruh rakyat di Malaysia. 

Gerakan LGBT sebenarnya semakin meresap kuat di negara ini dengan mendapat pelbagai bentuk sokongan dari dalam dan luar negara. 

Ironinya, mungkinkah ada undang-undang perkahwinan sejenis di negara ini pada satu hari nanti? Sebenarnya bukannya mustahil kerana bibit-bibit ke arah itu semakin terang lagi bersuluh.....Sekian. 

Saturday, 12 January 2013

Tiada Tuhan Selain Allah

Pluralisme agama ialah menyamakan status antara agama itu adalah sama termasuklah menyamakan kalimah Allah dengan Tuhan-tuhan agama lain. Tiada seorang pun orang Islam di muka bumi ini yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan faham akan maknanya tergamak mengucapkan kata-kata yang menjurus kepada pendekatan pluralisme beragama atau menjadi penyokongnya.

Hanya agama Islam sahaja yang Allah S.W redhai. Allah telah memberikan asas yang jelas mengenai agama yang diredhainya dan batas yang jelas antara agama Islam dengan agama lain,”Kamu dengan agama kamu dan kami dengan agama kami”.

Secara jelas akibat daripada pendokong dan penyokong pluralisme ini iaitu membenarkan kalimah Allah dilacurkan, maka setiap Muslim di negara ini harus menyanggahnya dengan apa cara sekalipun demi keagungan Allah yahg Maha Esa.

Kitab Injil mendukung agama hanif yang mengesakan Allah sedangkan Bible memberikan asas ketuhanan satu dalam tiga iaitu Tuhan, anak Tuhan (Jesus) dan Ruhhul quddus. 

Dalam Islam, Jesus pula bukannya Nabi Isa a.s, tetapi adalah Judas, iaitu orang yang mengkhianati Nabi Isa a.s. Secara akidah, Nabi Isa adalah nabi bukannya anak Tuhan dan akidah ini wajib diyakini kerana Allah tidak beranak dan diperanakkan. 

Menyamakan kalimah Allah yang memberi makna tentang Tuhan yang Esa dengan Tuhan trinity ini amat menyalahi akidah  di dalam Islam.

Orang yang mendokong dan menyokong kalimah Allah digunakan oleh agama lain haruslah berbincang secara objektif terlebih dahulu. 

Malangnya, di dalam Pas yang dikata terhimpun ulama-ulama dan ilmuan Islam yang ‘hebat’ tidak merasakan apa-apa di dalam hati mereka tentang hal akidah umat Islam ini. 

Mereka menganggap Islam di luar Pas tidak setaraf ‘keilmuan agama’ yang ada pada mereka dan menganggap setiap teguran merupakan konspirasi malah merendah-rendahkan orang lain.

Bahaya fahaman pluralisme yang didukung oleh Barat ini bakal memberi kesan terhadap world-view Islam terhadap umat Islam sendiri. 

Kesan langsungnya ialah terhadap generasi muda terutama anak-anak kita yang masih lemah imannya dan masih dengkal agamanya di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. 

Jika agama Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah, dikhuatiri nanti, buku-buku agama yang diterbitkan oleh agama ini akan mengelirukan anak-anak kita terutamanya di dalam mengenal siapakah Allah yang sebenar.

Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah dan Islam sahajalah agama yang benar dan dijamin oleh Allah. 

Idea pluralisme adalah ciptaan manusia syaitan yang menyesatkan dan mereka akan bahagia sekiranya umat Islam dapat dicucuk hidung menuruti mereka terutama dari segi akidah. 

Bersatulah kita sesama muslim dan kembalilah ke jalan yang benar, iaitu mengaggungkan Allah S.W bukan melacurkan kalimahnya….Sekian.

Friday, 11 January 2013

Pertahankan Kalimah Allah Dari di Cabul

Orang Melayu harus mempertahankan kuasa politik yang dimiliki untuk memastikan Islam sebagai agama rasmi kekal dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. 

Seandainya kuasa politik itu terhapus, bukan sahaja agenda perkembangan Islam tidak mampu dilaksanakan malah kedudukan agama yang maha mulia ini di dalam Perlembagaan Persekutuan juga tidak akan terjamin. 

Selepas PRU 13 yang lalu, orang-orang bukan Islam di negara ini secara terang-terang telah ganggu-gugat kecucian agama Islam di negara ini dengan bantuan segelintir orang Islam berfahaman liberalism dan pluralisme yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan nafsu mereka semata-mata sehinggakan nama Allah sanggup di gadai kepada orang-orang kafir.

Golongan bukan Islam ini juga semakin berani melakukan provokasi kepada agama Islam kerena mereka mendapat sokongan daripada segelintir orang Islam ini. 

Golongan Islam pluralisme dan liberalisme pula mempunyai objektif mempopularkan fahaman ini semata-mata untuk memberi kesamarataan dengan agama lain atas kepentingan politik yang mereka dokong. 

Golongan ini sanggup menjadi ‘kuda tunggangan’ demi memastikan Islam tidak lagi berfungsi seperti diperuntukan dalam Perlambagaan Persekutuan.  

Persepsi bahawa Malaysia merupakan Negara demokrasi sekular adalah agenda halus yang dibawa oleh mereka untuk menghakis kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Agenda itu juga bertujuan membuka jalan memurtadkan umat Islam serta menyebarkan kegiatan lesbian, gay, bisekual dan transgender (LGBT). 

Sebenarnya, di dalam Perlembagaan Persekutuan tiada langsung menyebut perkataan ‘sekular’ tetapi golongan ini berulang kali mewar-warkan bahawa Malaysia sebuah Negara sekular. 

Umat Islam di Negara ini sewajarnya menolak persepsi tersebut kerana Perlembagaan telah memertabatkan Islam sebagai agama persekutuan. 

Selain itu, ancaman terhadap agama Islam juga adalah menerusi perjuangan hak asasi manusia yang mengharapkan Malaysia melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). 

Perlaksanaan sepenuhnya UHDR bermakna negara menyokong kebebasan orentasi seks oleh golongan LGBT dan mereka juga menuntut khalawat bukan salah satu kesalahan.

Setakat ini, kedudukan agama Islam di Malaysia adalah terjamin kerana sumpah Yang di-Pertuan Agong adalah memelihara agama Islam pada setiap masa dan kita rakyat biasa juga terangkum untuk melindunginya bersama. 

Sewajarnya isu-isu agama Islam perlu bebas daripada pandangan berat sebelah, selektif dan dipolitikkan.......sekian.

Thursday, 10 January 2013

Martabat Islam di Dalam Perlembagaan

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...