.jpg) |
| Sultan Jamalul Kiram III |
Peristiwa
pencerobohan sekumpulan “Tentera Sultan Sulu” di Lahad Datu dan petempuran yang
menyebabkan kematian terhadap dua anggota keselamatan Malaysia dan 12 orang
puak penceroboh ini menyebabkan hatiku meronta-ronta ingin mengetahui sejarah
penguasaan Kesultanan Sulu di Sabah dan tuntutan dari waris-waris mereka serta
kerajaan Filipina ke atas negeri ini.
SEJARAH
PENGUASAAN SULTAN SULU KE ATAS BORNEO
Sebelum
abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo di bawah kekuasaan kesultanan
Brunei. Kesultanan Sulu pula mula berkuasa ke atas Sabah hanya sekitar tahun
1662. Pergolakan tampok pemerintahan kesultanan Brunei antara Sultan Mohammad
Ali dan Bendahara Abdul Mumin membawa campur tangan sultan Sulu. Sultan
Mohammad Ali meminta pertolongan Sultan Sulu menghapuskan pengaruh Bendahara
Abdul Mumin dan ganjarannya ialah bahagian Pantai Timur Borneo Utara (Pantai
Timur Sabah) termasuk Lahad Datu.
British
mula bertapak ke atas Borneo Utara (Sabah) pada tahun 1760 apabila Sultan Sulu
membuat perjanjian dengan Alexandar Dalrymple untuk membuka pengkalan
perdagangan Syarikat Hinda Timur British di Pulau Balembangan.
Pada
tahun 1850, wakil Amerika yang bernama Charles Lee Moses memajak sebahagian Borneo
Utara (Sabah) yang dikuasai oleh Sultan Brunei dengan sewa $9500.00 setahun
selama sepuluh tahun. Kemudian beliau menyerahkan pajakan tersebut kepada
Joseph Torrey dan Thomes Harris pedagang berbangsa Amerika.
Pada
tahun 1875, Torrey telah menjualnya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa
Austria bersama Alfred Dent berbangsa British. Mereka berdua telah berjaya
memajak seluruh Borneo Utara yang dikuasai Sultan Brunei dengan sewa sebanyak
$15,000.00 setahun.
PERJANJIAN
YANG KONTROVERSI
Pada
1878, Sultan Sulu membuat perjanjian menyerahkan seluruh Pantai Timur Broneo
Utara yang dikuasainya kepada Syarikat Overbeck dengan bayaran $5000.00
setahun. Di dalam surat perjanjian tersebut yang berbahasa Arab menyebut : SULU MENYERAHKAN
BORNEO UTARA KEPADA BRITISH.
Sehingga sekarang kerajaan Sabah masih membayar
sewa kepada waris Kesultanan Sulu sebanyak $5000.00 setahun kerana di dalam
perjanjian tersebut terdapat klausa menyatakan :SEKARANG
INI SAYA BERIKAN INI KEPADA KAMU SEBAGAI SEWA SEHINGGA TIDAK ADA MATAHARI DAN
BULAN. Surat perjanjian inilah yang menjadi kontroversi terhadap tuntutan
keturunan Sultan Sulu ke atas Pantai Timur Sabah hingga ke hari ini.
 |
| Surat Perjanjian Antara Sultan Sulu dengan Kerajaan Beritish |
British
telah menguasai seluruh Borneo Utara (seluruh Sabah) apabila Syarikat Overbeck
menjual semua sahamnya kepada Alfred Dent. Pada tahun 1888, Borneo Utara
diletakkan di bawah kekuasaan kerajaan British sepenuhnya sehinggalah Borneo
Utara menyertai Malaysia pada tahun 1962, walaupun terdapat beberapa tuntutan
yang tidak sah dari kerajaan Filipina. Macapagal (Presidan Filipina) ketika itu
beranggapan, seluruh wilayah yang pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu adalah dimasukkan ke dalam wilayah
Filipina.
Apabila
Sultan Jamalul Kiram II meninggal pada 1936, lebih kurang seramai 300 orang
telah membuat pengakuan sebagai waris Kesultanan Sulu. Di negeri Sabah sendiri
terdapat tiga individu yang mengaku sebagai waris yang sah Kesultanan Sulu,
malah pada tahun 2012 yang lalu seorang penduduk Likas telah menabalkan dirinya
sebagai Sultan Sulu ke-33 di dalam satu upacara khas oleh sanak saudaranya.
Pada
tahun 1993, individu yang bernama Sultan Esmail Kiram III ‘Sultan Sulu’ telah
mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ terhadap kerajaan Malaysia jika
Sabah tidak diserahkan kepada keturunannya atau Malaysia memberi pampasan sebanyak USD10 bilion kepadanya.
Sultan
Esmail Kiram II mempunyai abang bernama Sultan Jamalul Kiram III dan merupakan
anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram
pada 1983, anak sulungnya bernama Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan
sebagai sultan. Oleh kerana beliau enggan tinggal di Jolo kerana menetap di
Manila, beliau digantikan dengan Sultan Ismail Kiram II (adiknya) pada 2011.
Sultan Jamalul Kiram III merupakan individu yang terlibat secara langsung di dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu sekarang ini. Raja Muda Azimuddie Kiram orang yang bertanggungjawab memimpin ‘Tentera Sultan
Sulu’ menceroboh Lahad Datu pula saya belum dapat mengesan infonya. .....Wassalam.
Pengajaran dari sejarah di atas : Jangan suka mintak tolong dengan bangsa asing terutamanya kafirun, akhirnya bangsa sendiri yang melopong. Pemimpin berebut kuasa akhirnya rakyat jelata yang rugi.
Kita bacakan Al-Fatihah kepada dua orang wira kita yang gugur mempertahankan tanah akhir dan berdoa semoga yang lainnya akan selamat.....amin.