Usaha menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan god bagi penganut Kristian di Malaysia adalah taktik baru untuk mengkristiankan orang Melayu.
Selama 500 tahun agama Kristian
Geraja Roman Katholik bertapak di Malaysia, mereka tidak pernah mengatakan
Allah itu Tuhan mereka, malah mereka mempersendakan nama Allah sebagai Tuhan
orang Islam.
Kini mereka hanya menggunakan klimah Allah hanya di dalam bahasa Melayu sahaja tetapi tidak di dalam bahasa English. Mengapa dan apa tujuannya? Jawapannya adalah, untuk meyakinkan orang Melayu bahawa agama mereka adalah serupa atau serumpun dengan Islam.
Penggunaan kaliamah Allah
merupakan tektik baru setelah lebih 500 tahun mereka gagal menarik orang Melayu
menganuti agama kristian, walaupun orang Melayu didedahkan dengan cara hidup
yang menyeronokkan serta cara ibadat mereka yang lebih mudah.
Pelbagai penerbitan di dalam
bahasa Melayu, terutamanya komik-komik akan memudahkan lagi 'urusan' mereka
berdakwah terutama kepada kanak-kanak yang masih 'mentah' di dalam soal akidah.
Ini kerana, penerbitan komik-komik berunsurkan kristian mudah diedarkan di
kelas-kelas tadika dan taska persendirian yang ditaja oleh pihak gereja.
Jika mereka (pihak Kristian di Malaysia) betul telah insaf bahawa Allah itu tuhan
mereka, mengapa tidak minta Pope di Vatican mengisytiharkan bahawa tuhan Roman
Katholik adalah Allah? "Tidakkah perkara ini pun orang Melayu dan Islam,
termasuk ulamak, tidak boleh nampak?
Isu kalimah Allah yang hangat
diperkatakan sejak dua tiga tahun ini, sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu
di negara ini bertujuan untuk memecah belahkan orang Melayu dengan pribumi Sabah
dan Sarawak demi cita-cita politik.
.jpg)


.jpg)



.jpg)
