Tatkala aku sedang menaip ini,
keseluruhan operasi pencarian MH307 di tumpukan di Lautan Hindi dengan bantuan
daripada negara-negara besar dunia.
Cuma setakat ini sudah terdapat tanda-tanda
penemuan objek-objek yang memungkinkan ianya serpihan pesawat MH370.
Sebagai rakyat Malaysia, aku amat
menghormati kepimpinan negara ini. Percayalah mereka sedang bertungkus-lumus
untuk mendapatkan jawapannya. Insyallah, berkat doa seluruh rakyat, kemelut ini
akan berakhir.
Cuma daripada tragedi MH307 ini,
aku yakin Malaysia tercinta ini cuba diHANCURKAN oleh musuh-musuh yang
datangnya dari dalam dan luar.
Pemimpin negara perlu
berhati-hati dengan cubaan jahat ini kerana ia mampu menyebabkan kita
kehilangan kedaulatan ke atas negara tercinta ini.
Insiden kehilangan MH370 bukan
sahaja berkisar kepada kehilangan pesawat dan penumpang tetapi melibatkan
banyak perkara.
Sempadan negara perlu di kawal
dengan sebaik-baiknya memandangkan maklumat rahsia berkenaan aset dan
pertahanan negara sedikit sebanyak telah terdedah berikutan perkongsian
maklumat dalam misi SAR yang di lakukan bersama pelbagai negara.
Serangan bertali arus melalui
siber perlu di berikan perhatian. Pelbagai maklumat yang tidak tepat serta
spekulasi yang dilontarkan oleh pengkhianat-pengkhianat dari dalam dan luar ini
bukanlah sesuatu yang boleh di buat main-main.
Silent Attack ini mampu
meruntuhkan ekonomi negara. Tanpa kedudukan ekonomi yang kuat Malaysia mampu
ranap dan ini akan memberikan ruang yang cukup luas kepada pengkhianat yang
selama ini menantikan masa yang sesuai untuk menjahanamkan Malaysia.
Jangan lupa sudah ada usaha-usaha
daripada pihak luar terutamanya dari Cina dan Amerika Syarikat menuduh Malaysia
sebagai pembunuh.
Soalnya kenapa tuduhan sebegitu di buat? Sudah ada pihak yang menyaman MAS walaupun di saat ini, Malaysia sedang berada di dalam kesusahan, bersusah payah dan bertungkus lumus menggembling seluruh tenaga untuk merungkai kehilangan MH370.

Pelbagai cerita dan spekulasi
yang timbul mengaitkan dengan pelbagai teori dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Kenapa ianya di lihat menjadi-jadi sedangkan ada di antara kuasa besar itu turut
terlibat dalam operasi SAR ?
Perlu di ingat pada ketika ini Rusia sedang mengalami krisis kedaulatan.
Perlu di ingat pada ketika ini Rusia sedang mengalami krisis kedaulatan.
Lihat juga kepada berita kedutaan
Israel di tutup secara tiba-tiba di seluruh dunia dan hukuman mati telah
dijatuhi terhadap ahli-ahli Ikwanul Muslimin oleh kerajaan boneka Israel dan
USA di Mesir.
Kebetulan atau satu perancangan rapi telah diatur di mana secara tiba-tiba berlaku serentak dengan insiden kehilangan MH370. Mengapa?
Kebetulan atau satu perancangan rapi telah diatur di mana secara tiba-tiba berlaku serentak dengan insiden kehilangan MH370. Mengapa?
Terdapat pula rakyat Malaysia
sendiri yang di lihat ‘sangat berlebih-lebihan’ menuduh serta menyalahkan
kerajaan walaupun mereka amat maklum, kerajaan sentiasa konsisten di dalam
usaha mencari di manakah hilangnya MH370.
Satu kesilapan sahaja mampu
menyebabkan seluruh struktur yang kita bina dan pelihara bersama selama ini
akan runtuh.
Aku amat kecewa apabila ada segelintir rakyat Malaysia turut menjadi pengkhianat bangsa kerana menganggap pencarian MH370 seumpama mencari selipar buruk di tepi longkang.
Aku amat kecewa apabila ada segelintir rakyat Malaysia turut menjadi pengkhianat bangsa kerana menganggap pencarian MH370 seumpama mencari selipar buruk di tepi longkang.
Semoga Malaysia sentiasa
dipelihara oleh anasir-anasir jahat ini dan sentiasa dirahmati oleh Nya serta
dijahui dari segala mara bahaya, amen!