Thursday, 26 March 2015

GST : Mengawal peniaga tamak

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan pengguna sebaliknya akan menjadikan sistem percukaian negara lebih adil kepada pengguna.

Ini kerana kerajaan akan dapat memantau margin keuntungan peniaga yang sebelum ini sukar dilakukan menerusi sistem percukaian semasa.

Menerusi GST, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) boleh membuat pemantauan di setiap peringkat, bermula di peringkat pengilang, pemborong, peruncit hingga ke pengguna.

Pada masa akan datang, semua peniaga yang  mendaftar GST perlu menghantar invois ke Jabatan Kastam setiap bulan.
Apa yang jabatan kastam boleh buat?
Jabatan kastam boleh menilai, mengetahui, mengira harga input, mengira harga output, dari mana barangan itu dibeli input dan ke mana barangan itu dijual output.

Dari situ jabatan kastam akan mengetahui harga input dan output dan seterusnya dapat mengira margin keuntungan.

Jadi pada masa akan datang, kerajaan boleh mengawal margin keuntungan yang sekarang ini sukar untuk di kesan melalui sistem cukai sedia ada (SST).

Melalui GST, pemantauan kepada penipuan peniaga boleh dilaksanakan dengan lebih cekap menerusi pengumpulan data oleh jabatan kastam setiap bulan.

Berbeza dengan sistem cukai SST, pemantauan hanya berlaku di peringkat pengilang sahaja iaitu cukai barangan.

Menerusi GST, peniaga perlu memikirkan jumlah cukai korporat yang perlu dibayar kepada LHDN jika ingin menaikkan margin keuntungan sesuka hati.

Jadi apa faedahnya?
GST dapat mengesan peniaga yang menaikkan margin keuntungan sesuka hati kerana invois akan dihantar ke LHDN setiap bulan oleh peniaga.
Jika dia (peniaga) naikkan margin keuntungan, hujung tahun LHDN boleh mengira berapa banyak cukai korporat yang mereka perlu bayar.
Peniaga perlu membayar lebih banyak cukai korporat seandainya mereka menaikkan margin keuntungan sesuka hati melalui sistem GST.
Pelaksanaan GST adalah adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna.
Melalui sistem SST yang diguna pakai selama ini, Pengguna telah menanggung beban cukai barangan sebanyak 16% . Peniaga pula dengan sewenang-wenangnya boleh menaikkan margin keuntungan mereka dengan menaikkan harga ikut suka hati tanpa dikesan.
Melalui sistem SST juga, pekerja perlu membayar cukai pendapatan, pengguna perlu membayar cukai barangan tetapi peniaga, bagaimana???

Wednesday, 25 March 2015

Lahirnya Generasi Cari Pasal


Sarang tabuan jangan dijolok, bidalan orang tua-tua.
7 Januari lalu dunia dikejutkan dengan serangan pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris mengorbankan 12 orang dan rasanya baru sahaja ianya berlalu.
Inilah akibatnya apabila kumpulan yang memuja kebebasan hanya melihat sisi mereka sahaja tanpa mempedulikan garis sepadan hak orang lain.
Konteks Malaysia, kumpulan pemuja kebebasan secara melulu telah menceduk model kebebasan ini daripada barat.
Mereka lupa, provokasi yang mereka sering lakukan kelak akan menyebabkan api yang kecil akan menjadi besar dan akhirnya membakar tanpa dapat dikawal.
Kini, perbuatan provokasi itu menjadi mainan kumpulan tertentu yang hujung-hujungnya dikaitkan dengan isu kebebasan bersuara @ berkait dengan cita-cita parti politik tertentu.
Mereka telah dapat melahirkan anak-anak muda yang boleh sesuka hati mencari pasal di atas tiket kebebasan bersuara.
Akhir-akhir ini perjuangan mereka semakin galak dan tiada nampak tanda-tanda ianyanya akan berakhir.
Selepas satu, satu lagi kes provokasi terhadap umat Islam di negara ini seolah-olah ianya mengalir seperti air seolah-olah kerajaan tidak serius membendungnya.
Banyak laporan telah dibuat di balai-balai polis oleh kumpulan tertentu, tetapi berakhir dengan laporan sahaja tanpa ada keputusannya.
Kebanyakkan mereka yang melakukan provokasi hanya diambil keterangan dan kemudian dibebaskan begitu sahaja dan selepas itu hilang ditelan masa.
Isu Negarakuku, isu kalimah Allah, isu “Selamat Berbuka Dengan Bak Ku Tea”, isu “Saya Mahu Sentuh Anjing”, isu khutbah Jumaat dituduh melahirkan ekstremisme dan banyak lagi provokasi berlaku dan yang muktahir, menyamakan hukum hudud dengan sebungkus nasi lemak yang berisi batu oleh penyampai radio BFM.
Percayalah jika provokasi sebegini berlaku di negara lain, reaksinya mungkin lebih ekstrem malahan akan berlaku perkara yang amat buruk dan tidak terjangkau dek akal.
Malaysia merupakan tempat paling selamat di muka bumi ini, sebab itu pemuja-pemuja hak kebebasan total ini berani melakukan provokasi terhadap pihak lain.
Jika kerajaan tidak membendung isu ini dengan lebih serius, dan mereka yang melakukannya tidak diambil tindakkan yang setimpal dan sewajarnya, maka benih-benih anarkis akan menyuburkan golongan ekstremisme.

Pandangan Mufti Perlis Tentang Hudud : Ada Persamaan Pandangan Ulama Di Dalam UMNO Selama Ini


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan.

Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau "ijtihad" lain.

"Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.

"Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas," kata Asri dalam satu kenyataan di laman blognya semalam.

Beliau berkata, umat Islam perlu mengetahui perincian undang-undang syariah itu kebanyakannya tidak wujud dalam Al-Quran mahupun Sunnah.

Tambahnya perincian mengenai hudud mungkin terdapat dalam beberapa nas (dalil) tetapi dari segi perbincangan hukum fekah, ia boleh diandaikan pelbagai tafsiran.

"Ini yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian).

"Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar," katanya.

Oleh kerana terdapat pelbagai tafsiran dalam nas tersebut, terdapat perbezaan dalam perincian hukum seperti kadar curian, ‎suasana undang-undang itu dilaksanakan dan sama ada taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, kata Asri.

‎Pada masa sama, beliau menegaskan pendiriannya menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud tetapi mahu kerajaan PAS itu memberi ruang agar enakmen syariah itu dikaji semula pakar perundangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya, tindakan  mengkaji semula enakmen tersebut adalah wajar agar kerajaan Kelantan tidak mengulangi kegagalan pelaksanaan hudud yang pernah berlaku di negara lain seperti di Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan.

‎"Yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang dibuat oleh mereka, katanya.

Asri berkata, Kelantan di bawah pentadbiran PAS harus mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan kekejaman undang-undang seperti berlaku di bawah pentadbiran Taliban dan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

"Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.

Selepas DUN Kelantan meluluskan pindaan hudud, seorang penyampai radio BFM, Aishah Tajuddin diugut bunuh dan rogol di media sosial kerana dituduh mempersendakan hukum Islam dalam sebuah klip video YouTube.

Aishah bagaimanapun berkata beliau tidak berniat mengkritik hudud, dan hanya mempersoalkan keutamaan kerajaan Kelantan ketika masalah pasca banjir di negeri itu masih belum selesai.

Sunday, 22 March 2015

Di Sebalik Penghinaan Hudud Di Kelantan



Disebalik pelaksanaan hudud di Kelantan, banyak pengajaran diperlihatkan Allah S.W.T.
Sesungguhnya politik dan agama umpama air dan minyak kerana bila tiba bab agama maka sebagai umat Islam kita mesti melepaskan segala kepentingan lain untuk beri keutamaan padanya.
Seharusnya pemimpin-pemimpin di dalam PAS sentiasa bermusahabah secara konsisten terhadap siapa kawan dan siapa lawan.
PAS harus menyedari pihak mana yang selama ini cuma pura-pura menyokong perjuangan sedangkan hakikatnya nya ada agenda tersendiri.
Golongan PAS bukan ‘maksum’ memandang orang lain dengan pandangan cynical (ikhlas atau tidak). Begitulah mereka menilai UMNO selama ini, daripada ‘doa hancur hancur’ kepada ‘doa pecah perut’.
Namun UMNO tetap menghulurkan tangan ukhuwah di kala PAS memerlukan sokongan padu, sebaliknya komponen mereka dalam PR yang mereka puja-puja selama ini keras menentang, disokong pula segelintir puak di dalam PAS sendiri dengan ‘mengiakan’ nya.
Namun golongan PAS ini tetap cynical terhadap ukhuwah UMNO seperti yang dipertontonkan di kempen-kempen DUN Pengkalan Chepa. UMNO tetap menjadi bahan kutukan walaupun tidak bertanding.
Itu dari sudut politik.
Di kalangan masyarakat pula, saat inilah kita dapat lihat bagaimana mereka berfikir.
Tak mengapa jika ada orang Islam yang buat masa ini meragui sama ada mahu sokong hudud Kelantan atau sebaliknya.
Namun jika tidak faham diam dan usahlah memandai-mandai hendak berkongsi buah fikiran dengan semangat rebel (pemberontak) semata-mata.
Bila masuk bab agama pun mereka ikut sama hendak berbahas macam kawan-kawan non-muslim mereka.
Mejoriti Non-muslim yang mempersoalkan tentang Islam adalah mereka yang bersikap hipokrit kerana mereka telah didedahkan kepada dakwah terhadap Islam sepanjang masa.
Jangan sampai asalnya mahu sarcastic (menyindir) perihal hudud atau menghina pentadbiran Kelantan, sudahnya bertukar jadi menghina agama sendiri nanti dibimbangi risiko syahadah yang diwarisi akan terlucut tanpa sedar … nauzubillah.
Apa-apa pun pesan orang tua-tua, diam itu lebih baik daripada bersuara dan itu adalah jalan terbaik dalam sesetengah perkara.
p/s : I’m muslim support for hudud

Thursday, 19 March 2015

GST : Jangan Cepat Sangat Menghukumkan Haram



 
Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang baru hendak memulakan GST

 Hasil negara 2004
  • Seluruh hasil kerajaan dari cukai          =    RM 171.7 billion.
  • Hasil bukan dari cukai                          =    RM 51.5 billion.
  • Lain-lain                                                =    RM 1.7 billion.
  • Jumlah Keseluruhan                              =    RM 225 billion
  • Bayar gaji kakitangan awam                 =    RM 65 billion.
  • Hasil negara tanpa cukai                     =   RM 53.3 billion. 

Persoalan
  • Bolehkah Malaysia diurus dengan baik jika tiada cukai dikenakan terhadap rakyat?
  • Apakah mekanisme terbaik mengatasi belanjawan negara jika semua jenis cukai yang dikenakan kepada rakyat dihukumkan haram?
  • Adakah persepsi tidak amanah, ketirisan, rasuah, boros akan dapat dihapuskan secara total apabila rakyat tidak dikenakan sebarang cukai? 
Rasionalnya
Kes wujdunya tidak amanah, tiris, rasuah, boros adalah isu sejagat yang mesti diperjuangkan secara istqomah, bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. 

Bukan hanya masalah kepada pemimpin politik sahaja, tetapi juga berlaku kepada kakitangan awam dan seluruh rakyat jelata.

Walaupun cacat sekalipun, berfikirlah secara holistik dan berilah pendapat yang paling logik dan mampu dilaksanakan.

Janganlah terlalu bersemangat dengan idea dan pandangan yang terlalu ideal yang hampir tidak termampu untuk dilaksanakan.

Sesetengah orang hanya mengambil nasihat Imam Nawawi sebagai menyokong hujah mereka tentang bab cukai. Imam Nawawi berkata : Pemerintah perlu menjual semua harta mereka terlebih dahulu sebelum mengenakan cukai kepada rakyat.

Jika dilaksanakan di negara ini, konteks itu terlalu ideal dan sangat ambitious. Pandangan ideal tersebut memang popular dan disukai ramai.

Namun tidak akan mampu dilaksana oleh pemimpin malah yang menyokong juga tidak mampu melaksanakan untuk diri mereka sendiri.

Pengajaran
  • Ilmu itu mengandungi keringanan dan boleh diambil dari individu yang faham dan dipercayai hasil dari kajian yang holistik.
  • Semua orang pun pandai, mudah dan mampu memperkatakan sesuatu mengenai pengharaman semua jenis cukai dalam situasi Malaysia kini, namun tidak banyak add value yang diperolehi jika sekadar pandai mengharam tanpa berfikir. 



Friday, 13 March 2015

Nenek Aku Pon Boleh Jadi YB !!!





 

Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Abd. Rahim Bin Hj Hanafi dalam kenyataan medianya telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang dipercayai tidur semasa bertugas.


Anggota PDRM tidur dikenakan tindakan tatatertib.

YB tidur ... apa pula tindakan? 

YB pergi parlimen pun dapat elaun malah dapat claim payment lagi.

Bukan susah sangat kerja jadi ADUN atau Ahli Parlimen ni.

Kerjanya hanya cipta kesalahan lawan kemudian jadikan isu besar.

Isu berkaitan rakyat, simpan dahulu untuk modal PRU nanti.

Itupun kalau bernasib baik  dipilih lagi!!!

Kalau tak de isu jawabnya zzzzzz ........

Yang peliknya tiada apa-apa tindakan dikenakan.

Bukan saja tidur di parlimen, kawasan sendiri pun jarang-jarang turun padang.

Kalau turunpun kerana nak tujuk kat repoter, lepas tu lesap entah kemana?

Apakah sebenarnya tugas seorang yang bergelar YB ni ye? 

Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, kenduri-kendara, majlis perasmian, banjir, penyerahan BR1M atau kebakaran atau pon saja-saja  nak tunjuk muka?

Jika hanya sekadar itu, nenek aku pun boleh buat kerja!!! 

Kadang-kadang penyokong pun tak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang disokongnya.

Adakah wakil rakyat hanya sebagai tempat meminta bantuan, subsidi, tanah kurnia atau sebagai ‘penghibur’ terutamanya semasa mendengar ceramah politik.

Lebih parah lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka.

Adakah tugas mereka sekadar menari-cari @ mencuri-curi pluang projek, balak, tanah atau sebagai ‘pelawak’ semasa memberi ceramah @ kuliah politik di surau-surau, balai raya, sekolah, masjid-masjid atau di tanah lapang ????

Maka tidak hairanlah ada YB tidur ketika sidang dewan sedang berlangsung.

Lebih teruk lagi ada yang ponteng sidang dewan dan berFacebook pulak!!!

Sungguh senang jadi ahli-ahli YB ni ….. sekali lagi …. nenek aku pon boleh jadi YB kalau macam ni le kejadahnya!!!

Istilah YB (Yang Berhormat @ Yang Berkhidmat) sekarang ni sepatutnya diubah kepada YB (Yang Bernasib Baik) … itulah yang selayaknya!!!


LIHATLAH DUNIA !!!!!!!











Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...