Saturday, 27 February 2016

Isu Debat : Ikhtilaf yang membawa kehancuran umah


Tidak dapat dinafikan perbezaan pendapat mengenai pemahaman keagamaan telah mengakibatkan munculnya puak-puak dan konflik sosio agama di dalam masyarakat Islam di negara ini.

Kita telah menyaksikan kemunculan puak Islam yang mengelarkan diri mereka sebagai Wahabi, IS, Ajaran Azhar, Hizbut Tahrir, Mazhab Shafie Tulen, Syiah, Ahmadiah, Al-arqam dan pelbagai lagi fahaman.

Keadaan ini telah mula mengacau-bilaukan pemikiran masyarakat umum.

Perselisihan pendapat antara seorang Mufti dengan seorang Presiden sebuah pertubuhan Islam yang telah mendorong kepada perdebatan seharusnya dihindari.

Ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan kemudaratan terhadap orang awam atau pengikut tegar masing-masing.

Perselisihan tersebut telah menjadi polimik di kalangan rakyat, dimana isu yang diperselisihkan sudah tentu tidak bertepi.

Sebagai agamawan yang ‘hebat’, janganlah perkara-perkara ranting yang sekadar melibatkan sikap dan pandangan peribadi tertentu dalam hal-hal keagamaan dijadikan isu yang melibatkan masyarakat umum sampai boleh memecah-belah perpaduan ummah.

Kita terus berplolimik di sekitar perdebatan yang tidak bertepi seperti membicarakan isu klasik sekitar masalah khilafiah yang nyata dari segi sejarah telah menyebabkan berlakunya perpecahan amat dahsyat.

Agamawan sepetutnya tidak asyek berpolimik berkaitan masalah furuiyah (ranting) tetapi mengabaikan masalah kuliyah (pokok) yang sepetutnya diberi keutamaan.

Sejarah beradaban Islam telah mencatat satu daripada punca kemunduran peradaban kerana kelekaan agamawan yang terlalu asyek dan taksub berpolimik tentang masalah furuiyah.

Perbezaan al-ikhtilaf termasuk perbuatan yang mesti dihindari dan tidak perlu diungkapkan berkaitan data-data sejarah tentang yang muncul pada umat manusia, khususnya golongan Muslim akibat daripda perselisihan dan perbezaan ini.

Ikhtilaf adalah anugerah dan rahmat, tetapi kini ia berubah menjadi bencana besar sebagaimana yang terjadi di dalam peradaban Islam lampau.

Bencana ini disebabkan hilangnya etika ikhtilaf.

Perbezaan pendapat antara ahli mujtahid tidak harus mengheret orang awam atau golongan berkepentingan politik, tetapi perbezaan ini hanya perlu didebatkan di dalam lingkungan ahli yang mempunyai kebolehan dalam ilmu agama sahaja.

Jika orang awam diheret sama di dalam polimik ini, maka yang akan muncul adalah perpecahan dan permusuhan semata-mata.

Ibnu Khaldun berkata: Pada mula perselisihan antara golongan Islam hanya bidang ilmiah dan perbezaan tidak lebih dari satu pendapat yang lain dan urusan mereka berjalan seperti itu. 

Tetapi itu berubah ketika arus perpecahan meluas dan perbezaan menyentuh masyarakat kerana faktor politik yang mengkehendaki agar umat tidak berada pada satu pendapat.

Anehnya mereka yang terlibat dengan polimik ini bukan di kalangan orang awam tapi dalam kalangan intelektual agama yang menduduki carta tertinggi umat.

Apa pun jenis perbezaan yang mereka hendak debatkan itu lebih banyak membawa kesan nagetifnya dan akan terhakisnya keupayaan intelektual golongan agamawan ini dengan bersikap 'marilah berdebat!' tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

Ikhtilaf kini telah menjadi propaganda untuk merenggangkan hubungan persaudaraan yang telah diikat dengan tali agama.

Jalan yang lebih utama adalah bagaimana untuk menjaga akidah umat Islam dan menyatukan mereka bagi menghadapi penyelewengan akidah seperti aliran-aliran fikiran bebas serta gejala kemungkaran yang tersebar luas dalam masyarakat.

Ini yang perlu ditangani bersama terlebih dahulu daripada hal-hal yang remeh-temeh…..aduhai agamawan! 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...