Saturday, 27 August 2016

Marina : Kebebasan ala-Charlie Hebdo



Kenyataan aktivis hak asasi manusia, Marina Mahathir yang mempertahankan rapper kontroversi, Namewee boleh membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mempersendakan agama Islam.

Kemungkinan Marina tidak memahami nilai menghormati masjid seperti yang diajar melalui seruan Rasulullah S.A.W.

Beliau secara semberono telah menuduh Muslimin dan Muslimat yang patuh pada kewajipan beragama, yang melazimi masjid dan surau untuk beribadat dan menuntut ilmu, yang mengambil Islam sebagai cara hidup mereka, sebagai mereka yang punya banyak masa untuk tersinggung.

Adakah beliau merestui, sedikit demi sedikit, kebebasan ala-Charlie Hebdo bertapak di Malaysia? 

Sungguh tidak wajar sama sekali ruangan solat dan tempat ibadat umat Islam dijadikan lokasi untuk menghasilkan muzik video Namewee mempromosikan fahaman pluralisme yang bertentangan dengan Islam.

Sewajarnya Marina menggunakan pengaruh beliau untuk menasihati Namawee mengenai betapa rapatnya Muslim dengan institusi masjid dan betapa tinggi penghormatan kita dalam perkara ibadat.

Betapa masjid itu institusi kesatuan Islam yang tidak terpisah daripada kehidupan kita sehari-hari.

Sewajarnya beliau menggunakan pengalaman beliau untuk menasihati bahawa ada pelbagai lagi kaedah untuk memupuk muhibah masyarakat, bukan dengan kaedah provokatif dan persendaan.

Marina Mahathir seperti dilaporkan sebuah portal liberal sebelum ini yang menyifatkan tindakan polis menahan Namewee adalah melampau dan mungkin didorong oleh keperluan untuk memuaskan hati umat Islam yang tersinggung dengan tindakan artis tersebut.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...