Sekiranya pemilik rangkaian restoran Ninja Joe ada
sedikit keprihatinan dan berfikiran waras, tentu dia tidak dengan sengaja
mengaitkan nama Melayu @ Islam dengan hidangan babinya.
Thursday, 27 October 2016
Tuesday, 25 October 2016
Katanya, 1 November ini akan berlaku kenaikan harga minyak masak
Ketika kerajaan memberi jaminan bekalan minyak mencukupi, ketika itu jugalah kedengaran penjual dan pembeli mengeluh
sukar mendapat minyak masak dalam pasaran.
Rata-rata pusat jualan dikatakan mengalami masalah
penyusutan bekalan, hanya tinggal stok lama hingga pekedai terpaksa mengehadkan
pembelian maksimum tiga paket setiap pelanggan untuk memastikan bekalan kekal
stabil.
Sama ada berlaku pembelian panik atau permainan pemborong, ramalan dan cakap-cakap mengenai masalah bekalan minyak
bakal terjejas sudah hangat diperkatakan sejak seminggu lalu.
Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit
Malaysia, Hong Chee Meng sebelum ini dilaporkan berkata, dengan kenaikan minyak
masak antara 40 sen hingga RM1.90, sudah pasti akan berlaku pembelian panik
daripada pengguna sama ada orang perseorangan mahupun peniaga. Harga baharu
minyak masak ini dikatakan akan bermula 1 November ini.
Selepas berita kenaikan harga minyak masak bakal berlaku,
ramai pengguna sudah berebut membelinya sama ada di pusat membeli belah ataupun
kedai-kedai runcit yang berdekatan.
Ternyata, cakap-cakap bekalan minyak tidak cukup ada
kebenaran selepas tinjauan mendapati, beberapa kedai runcit dan pasaraya di Labuan di
dapati penyusutan bekalan minyak masak amat ketara.
Kita tengok 1 November nanti!
Friday, 21 October 2016
Pengalaman lalu!
Bila aku tengok je sorang-sorang ni, aku teringatkan pengalamanku beberapa tahun lampau, dan ini kisahnya.............
My wife baru saja balik dari kerja bersamaku.
Apabila pintu lif terbuka, kami masuk ke dalam lif.
Kami nampak sebuah keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lif.
My wife pun menghalang pintu lif daripada tertutup.
Keluarga itu masuk tanpa mengucapkan terima kasih.
Sebuah lagi pasangan yang lain, juga berlainan bangsa masuk dan senyum sambil mengangguk pada kami.
Kami membalas senyuman dan menganggukkan kepala juga.
Kami membalas senyuman dan menganggukkan kepala juga.
Pasangan pertama bersama anak mereka yang berpakaian teakwondo, berusia sekitar 5 tahun.
My wife melontarkan senyuman dan melihat anak tersebut dan lantas menegur.
“Hi, just came back from teakwondo?”
Anak kecil tersebut menjawab, “I don’t talk to stranger especially Malay,”
Aku terperanjat dan memandang ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Ibunya hanya memandang siling lif dan mendiamkan diri.
My wife terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut.
“Why Malay?”
“Malay all stupid,” jawabnya.
Wow!!
Aku menoleh kepada ibu kanak-kanak itu dan mengharapkan ucapan kata maaf atau apa-apa saja alasan dari wanita itu.
Namun dia terus mendiamkan diri dan hanya memandang siling dan dinding.
Akhirnya, darah dalam kepala otak aku mendidih dan mulutku terus reflexs …………
“Nevermind kid, because Malay all stupid, you are allowed to stay at Malaysia but don’t worry. New Malay generation they are very clever. They might sent you back to your origin country”.
Akhirnya, ibu kanak-kanak terbabit bersuara dengan nada yang agak tinggi.
“You shoudn’t say like that to my daughter!”
“At the first place, you should stop your daughter from saying that!” balasku sepontan.
Aku tidak berhajat untuk mewujudkan suasana kurang senang terhadap berlainan bangsa.
Bayangkan jika mereka berjumpa dengan orang lain dan bercakap perkara yang sama?
Didiklah anak awak tu menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada di Malaysia.
Jangan awak rasa awak sudah kaya dan berjaya, awak didik anak awak bersikap racist!
Ini Malaysialah!
Jangan besar kepala!
Mufti perlu tahan diri condemn guna FB
Sebagai seorang mufti, beliau mempunyai saluran langsung yang sentiasa terbuka luas, melalui mesyuarat, muzakarah dan sebagainya, bahkan perhubungan peribadi secara langsung.
Tindakan seseorang mufti mengkritik secara terbuka institusi
agama sudah tentu lebih banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat.
Condemn melalui FB akan memecah belahkan masyarakat serta ia mendidik anak muda bersikap kurang ajar dengan institusi agama dan
para ulama.
Berfikiran kritis tidak semestinya perlu mengkritik secara
terbuka. Sebagai seorang yang terpelajar tentang ilmu Islam dan dihormati, beliau harus faham tentang akibat daripada kritikan 'pedas' melalui FB terhadap tingkah laku masyarakat.
Media sosial bukan sahaja mempengaruhi kehidupan masyarakat, tak terkecuali juga seorang yang diangkat sebagai mufti juga terkesan sehingga tidak dapat menahan dari mendisiplinkan diri.
Tiada sebab yang menghalang mana-mana pihak
menerima nasihat dan hujah yang baik dan benar, kecuali sikap dan tindakan
yang kurang beradab dan tidak menghormati pihak lain.
Di semua negeri terdapat
alim dan ulama, maka hormatilah sesama alim ulama, agar ia menjadi contoh
teladan kepada masyarakat awam.
Kesan paling bahaya akibat tindakan mufti yang
mengkritik institusi agama secara publik ini ialah membesarkan lagi arus
pemikiran liberal yang sememangnya mahu menghapuskan terus institusi agama
di negara ini. Fahaman liberal mahukan agama menjadi hal peribadi semata-mata.
Janganlah rosakkan keindahan
agama ini semata-mata kerana mudahnya menerbitkan pandangan di FB.
Islam bukan sekadar hukum hakam, tetapi berkait rapat dengan adab sopan. Sebarang perbezaan pendapat dalam urusan umat Islam
hendaklah dibawa berbincang sesama umat Islam dan tidak perlu libatkan agama orang lain.
Alahai mufti yang seorang ni.......Institusi Islam kat Malaysia ni semuanya tak betul kot!
Kisah status Halal Pretzel Dogs Auntie Anne's
Perang pendapat berhubung status Halal kedai makan Auntie
Anne's masih lagi hangat diperdebatkan sehingga kini di laman-laman sosial
sejak ia mula viral minggu lalu.
Thursday, 20 October 2016
Bikin murke ‘Soltan Melake’ je .... Download Tuanku!
Alkisah tersebutlah kisah seorang anak dengan seekor ‘Ustz
Penipu’ berketurunan Mashood Al Buaya.
Adapun kisah ini berlaku di negeri Hang Toah!
Puak-puak Liberal yang Akan Menghancurkan Islam di Malaysia
Adalah amat malang apabila kelompok Muslim liberal seperti
G25, Sister in Islam (SIS), IRF, Zaid Ibrahim, peguam Siti Kasim dan yang
seangkatan dengannya turut menentang keras usaha memartabatkan undang-undang
Syariah.
Saturday, 15 October 2016
Kisah Nasi Lemak Anak Dara dan Populariti Politik
Peniaga Nasi Lemak Anak Dara dikenakan saman RM2,000 menjadi
viral sehingga ke kedai kopi di Shah Alam.
Pada awalnya tidaklah sehangat mana, melainkan pengemar
media sosial memuji kecantikan peniaga Nasi Lemak Anak Dara Siti Hajjar Ahmad
seorang anak muda lepasan ijazah yang cekal menjalankan perniagaan.
Lebih viral setelah Menteri Besar Selangor Dato'Seri Azmin
Ali mengujungi gerai Nasi Lemak Anak Dara sekali gus menyerahkan Borang
Permohonan Lesen Penjaja MBSA kepada Siti Hajjar Ahmad.
Pada masa sama beberapa peniaga lain juga turut menerima
borang permohonan lesen penjaja yang diserah kepada mereka.
Ramai memuji Azmin yang sanggup mengujungi peniaga kecil di
Seksyen 7,Shah Alam untuk mendengar keluhan rakyat.
Persoalannya, peniaga nasi lemak, air, bugger, goreng pisang
ditepi jalan yang telah disaman MBSA selama ini, adakah Azmin turun menyerah
borang permohonan penjaja?
Pasti beliau tak akan ambi kisah, sebab mereka bukan berjenama "Anak Dara".
Yang pastinya, bukan kali pertama kejadian peniaga-peniaga di Shah Alam
disaman kerana berniaga di tempat yang tidak dibenarkan dan juga tidak
mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Namun tidak pernah sekali mendengar MB Selangor ni turun padang untuk meninjau permasalahan mereka.
Namun, agak 'membanggakan' lah jugak, bila MB turun padang untuk melihat sendiri peniaga "Nasi Lemak Anak Dara" yang come lote dengan diiringi ramai pegawai MMBSA dan pegawai dari Pejabat Menteri Besar!
Apabila mendengar anak dara cantik disaman MBSA,
laju je MB kita ni turun padang menjual minyak!
Dunia. Dunia.... meniaga manusia lebih untong dari meniaga unta padang pasir...wow!
![]() |
| Kalau nak dapat lesen, segera, apa-apa sahaja mesti ada title "ANAK "DARA", kalau tak ada lupakan je le! |
- Kredit pada Siti Hajjar Ahmad, anda memang anak muda yang cekal dan terbaikkkkk!
- Kepada MB, jangan jadikan ini sebagai kradit mencari populariti politik anda, nampak sangat tak ikhlasnya membantu penjaja-penjaja kecil yang rata-ratanya adalah Melayu!
Friday, 7 October 2016
Mengapa umat Islam suka berpecah belah?
Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di
Malaysia boleh menyebabkan masa depan politik umat Islam di negara itu menjadi
tidak menentu,
Jika muslim di Malaysia terus berpecah, ia menyebabkan Islam
menjadi lemah dan memudahkan anasir tertentu untuk menyerapkan ideologi
songsang seperti terrorisme ke dalam fikiran anak-anak muda.
Muslim di Malaysia harus mengambil iktibar dan pengajaran perpecahan
ukhwah yang berlaku di negara-negara Arab.
Keadaan itu telah mengakibatkan anak-anak muda di negara itu
kini menjadi anggota pengganas dan seterusnya memusnahkan negara mereka
sendiri.
Antara bibit perpecahan muslim di Malaysia ialah apabila mereka
berpecah dengan menubuhkan pelbagai parti politik hanya kerana perasaan tidak
puas hati.
Sememangnya dalam sistem demokrasi adalah menjadi hak
masing-masing untuk menubuhkan parti politik tetapi kita bertanya apakah
kepentingannya kepada negara kerana tindakan itu hanya membawa kepada
perpecahan di kalangan muslim!
Tuesday, 4 October 2016
Islamic bashing .....
Islamic bashing yang sudah mule menampakkan bayangnye di negare kite sekarang ini adalah jangkitan dari fenomena global yang sudah mencecah ke tahap maksimum.
This Islamic bashing is outright and open in some places but subtle yet just as venomous in others.
The intent however is the same.
And a Malay Muslim (devout or otherwise) knows that it is one's 'intent' (niat) that puts one's 'act' into perspective.
And so if they can so much as smell an intent to insult, or worse to violate their faith...all I can say is, may Allah have mercy on the offender.
Malays live by a very simple code, some of which are described in the local peribahasa - something that's being less and less taught in the public and national schools.
Why?
Well, you tell me!
Anyway, here's an example;
Lain padang, lain belalang.
Ade orang, kepale jangan usik.
Ade orang, bangse jangan usik.
Tapi kebanyakkan orang, ugame pantang diusik.
Soalannye, camne nak atasi Islamic bashing ni iye?
Sebelum masuk tidur malam ni, meh saye ceritekan satu bedtime story... (Johorean slang)
Pade suatu hari seorang Yahudi berjalan-jalan di bando Batu Pahat. Sedang die berjalan-jalan itu, tibe-tibe hujan pun turun.
Seperti pejalan kaki yang berkeliaran di kawasan yang same, Yahudi itu juge berebut menunggu di tepi jalan untuk mendapat teksi.
Apabile teksi tibe, Yahudi tersebut meninjau ke dalam kenderaan.
Sejurus die memberi laluan kepade pejalan kaki yang menunggu di belakangnye untuk menaiki teksi tersebut.
Yahudi tersebut menunggu lagi…….
Tibe sebuah lagi teksi dan Yahudi itu melakukan perkare yang same.
Die meninjau ke dalam teksi dan setelah berpuas hati dengan ape yang dilihatnya, Yahudi itu sekali lagi memberi laluan kepade yang menunggu di belakangnya.
Ini berlaku berulang kali ……..
Dan Yahudi tersebut kini sudah basah kuyup disebabkan hujan, namun die masih tak memilih untuk menaiki teksi yang berhenti untuk mengambilnye.
Perbuatannye ini diperhatikan oleh beberape orang Melayu yang kebetulan berade di tempat yang same.
Dengan kehairanan, Melayu bertanye pade Yahudi tersebut dengan perasaan hormat…….
"Mengape saudare (Yahudi) tak naik teksi yang berhenti tadi?”
“Bukan main banyak yang kosong, adekah iye tak pergi ke destinasi yang saudare ingini??"
Yahudi itu menggeleng-geleng kepalenye …….
"Tak...saye menunggu teksi yang dibawe oleh Yahudi jugak…… baru saye akan naik"….
Melayu-Melayu tersebut terpinge-pinge......blur….
Moral of the story, my friends.....
Demikianlah sikap bangse Yahudi and mereke akan pastikan, susah bagaimane sekali pun......duit serte ekonomi mereke hanye akan mereke benarkan mengalir dan berpusing di kalangan bangsenya sendiri.
Walaupun Yahudi tadi lencun habis, dan walaupun teksi yang berhenti begitu banyak dan kosong semuenye, tapi disebabkan kuatnye setiekawan sesame bangsenye untuk mempastikan ekonomi mereke tidak dikuasai oleh bangse lain, die sanggup berkorban kerane matlamat utame adalah kekayaan bangse nye.
Remember money talks, babe...you gotta get them where it hurts most!
Kalau Melayu sanggup berkorban seperti itu, lebih pade Islamic bashing in this country……. pastinye boleh selesai....Tatap!
Good nigh babe!
Monolog ugama ....
Nak kena cakap sikit tentang perbuatan yang dah
melampau-lampau akhir-akhir ni!
Orang Melayu adalah bangsa yang sentiasa berlembut, sabar dan beralah, tengok
aje saudaranya di Singapura dan di Pulau Mutiara, sampai dah tak boleh nak
angkat muka.
Itulah jenama ‘Melayu’ sentiasa mengamalkan sikap bertolak
ansur iaitu orang menolak dan Melayu akan
beransur!
Orang Melayu majoritinya beragama Islam dan Islam juga adalah ugama yang
toleran, sederhana dan tidak menggalakkan persengketaan.
Mungkin kerana ini Ugama Islam dan Melayu yang menjadi
penganutnya sudah boleh diperlekehkan, pandangan dan pendapatnya tak perlu
dihormati atau diberi perhatian, dan sekarang ini walaupun diperuntukkan jelas
dalam Perlembagaan Malaysia, hak serta kedudukan agama yang mulia ini sudah
boleh dicabar dan dimomok-momokkan.
Orang Islam yang dah keluar daripada ugama Islam dan murtad pun ramai dan pihak
berkuasa Islam tak boleh buat apa sebab boleh dicabar di mahkamah!
Dengan kebebasan beragama yang begitu hebat dan berleluasa
ni, mengapa Islam ni nak di usik jugak?
Salah satu cara berkesan untuk 'mengacah' orang Melayu Islam adalah dengan
mencadangkan suatu yang boleh mencemar kerukunan, kedudukan serta maruah bangsa
Melayu dan agama Islam.
Yang tidak boleh diterima akal, segelintir Melayu tidak merasa tercabar dengan
tindakan mencadangkan agama selain daripada agama Islam mengambil tempat agama
rasmi negara.
Ada Melayu tak mengaku gennya Melayu dan agamanya Islam sebab nak kawan sangat dengan mereka yang suka buat kerja-kerja 'mengacah' ugama orang Melayu ni.
Tetapi.....why?
Khabar gembira untuk penyebar fitnah!
Firman Allah S.W.T :
“Hai orang-orang yang beriman! kalau
datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama
supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian
kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :
- “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
- “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah :mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya” (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)
Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang
laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar
berkata kepadanya: “kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan
tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut
dalam ayat ini. “Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita,
periksalah dengan saksama”. Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang
yang disebut dalam ayat ini”, “Suka mencela, berjalan membuat hasutan dan
fitnah”. Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki
itu berkata : “Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi
untuk selama-lamanya.”
Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak
dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya
fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat
ini adalah tungku dapur kehinaan.
Perlu berubah baru boleh bantah!
Perkhidmatan baru Uber seharusnya memotivasi pemandu teksi
untuk berubah dari sikap yang boleh dikatakan membuatkan ramai pengguna meluat
untuk menggunakan khidmat mereka.
Seolah-olah raja di jalanan, pemandu teksi memberikan caj
sesuka hati mereka dan turut memilih untuk tidak menggunakan meter terutama
sekali pada waktu malam.
Tidak terlepas juga daripada sikap pemandu teksi yang suka
menolak penumpang jika jalan yang hendak dituju itu tidak 'sesuai' dengan
pemandu teksi tersebut jika terpaksa menempuh jam atau haluan tersebut bukan
jalan yang hendak dilalui.
Apabila pemandu teksi menyalahkan perkhidmatan baru seperti
Grab A Taxi dan Uber kerana menganggu kerja mereka, mereka seolah tidak mahu
berubah dari sikap negatif mereka yang turut menyebabkan pengguna beralih arah.
Kenapa hendak memilih perkhidmatan teksi jika pemandunya
kadangkala 'langsi' dan memanipulasi harga ikut sesuka hati mereka?
Bukan segelintir sahaja tetapi boleh dikatakan ramai yang
pernah melalui pelbagai situasi buruk yang melibatkan pemandu teksi.
Jadi adakah perkhidmatan Uber dan Grab A Taxi yang perlu
disalahkan kerana kalau pemandu teksi memberikan perkhidmatan yang Tip Top,
pasti pengguna juga lebih memilih untuk menggunakan khidmat mereka atas faktor
keselematan dan servis yang sememangnya sudah biasa dan diiktiraf sebagai
perkhdimatan awam.
Ada juga pemandu teksi yang sudah meninggalkan pekerjaan
mereka dan turut beralih menjadi pemandu Uber kerana perkhidmatan tersebut
lebih mendapat sambutan.
Kini, teksi yang tidak berdaftar bukan lagi cabaran buat
pemandu-pemandu teksi berdaftar yang lain.
Jadi pemandu teksi harus tepuk dada tanya selera, adakah
mereka rela pekerjaan mereka 'dirampas' dengan servis yang lebih baik atau
berubah sikap dan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap mereka supaya
pekerjaan mereka dapat diselamatkan daripada tercabar dek kerana perbuatan dan
sikap mereka sendiri?
Sunday, 2 October 2016
Usah membuat sesuatu yang membanggangkan.
Jika tidak mampu membuat sesuatu yang
terpuji, usah membuat sesuatu yang memalukan.
Jika tidak mampu membuat sesuatu yang menyenangkan orang lain, usah membuat
sesuatu yang menyusahkan orang lain.
Jika tidak mampu membuat sesuatu yang membanggakan, usah membuat sesuatu yang
membanggangkan.
Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan sebahagian orang kita pada hari
ini.
Kita
ni kalau dah tak ikut undang-undang atau langgar peraturan, bila orang marah
atau ambil tindakan, terima sahajalah.
Parking
kat tempat letak kereta OKU kena halau dengan pengawal keselamatan, terima
sahajalah.
Langgar
lampu isyarat merah lepas tu kena tahan polis, terima sahajalah.
Paling
tidak pun cakap baik-baik atau buat rayuan, mana tahu dengan budi bicara beliau
kita dilepaskan dan sekadar diberi amaran.
Tak perlu kita cari pasal dan buat provokasi terhadap mereka lalu keluar telefon
berkamera untuk merakam dan memviralkan video tersebut.
Lepas
itu menuduh pulak mereka biadap, kasar, kurang ajar dan sebagainya seperti yang
sudah banyak berlaku dalam negara kita pada hari ini semata-mata untuk meraih
simpati orang ramai.
Kalau
sudah salah, terima sahaja, tak perlu heret dan libatkan netizen yang tak
berkaitan atas kebodohan diri sendiri.
Begitu
juga, bila kita tak suka orang lain buat, kita janganlah mengada-mengada buat
perkara tersebut.
Kalau
kita mahu orang respectful kat kita, kenalah cakap serupa bikin, baru orang
akan respect!
Usah dipolitik pindaan RUU 355
Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi
meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak perlu
dipolitikkan kerana ia jelas merupakan satu usaha bagi memartabatkan agama
Islam.
Diharapkan supaya
semua golongan (muslim) termasuk agamawan memberikan sokongan kerana ini adalah
untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.
Perkara yang baik perlu disokong, tidak perlu dipolitikkan.
Usul yang bakal dibawa oleh TG Abdul Hadi
pada sidang Dewan Rakyat akan datang adalah usaha kecil manusia bagi menegakkan
perintah Allah.
Namun begitu, mana-mana pihak usahlah pulak mengkafirkan
orang yang tidak bersetuju dengan usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda akta berkenaan.
Jika kita sebagai Muslim tak menyokong, siapa lagi?
Saturday, 1 October 2016
Jangan sampai negara digelar 'Negara Kangrooo'
Baru-baru ini Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia
(Hua Zong), TS Pheng Yin Huah bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100,000 kaum
Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh
warganegara.
Tahun 2008 ketika Paklah menjadi PM dikatakan 50 ribu
pelancong China hilang dan dicari. Kemanakah mereka?
Hari ini terdapat pula isu dua kerakyataan. Sama ada
Kerakyataan Singapura, Australia atau mana-mana negara.
Adun DAP Pujut Sarawak Dr Ting Chiong Choon dikatakan
memiliki kerakyatan Australia dan sekarang kes beliau dibawa ke mahkamah.
Dokumen terbaru ditemui milik orang Perak iaitu Ong Gek Ngoh
menunjukkan beliau mempunyai kerakyatan Singapura. Isunya bagaimana semua ini
berlaku?
Berapa ramai orang cina mempunyai kerakyatan seperti ini di
negara ini?
Bagaimana ia boleh berlaku?
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
Malaysia tidak pernah mengiktiraf rakyat negara ini yang memiliki kerakyatan
negara lain.
Mana-mana individu yang dikesan memiliki dua kerakyatan
perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Mengikut Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan
Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang
telah memperoleh kewarganegaraan negara lain.
Mana-mana warganegara yang memilih mendapatkan kerakyatan
negara lain, maka dia perlu membuat pelepasan kewarganegaraan Malaysia di JPN
berdasarkan Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang jika
terdapat warga yang tidak membuat pelepasan kewarganegaran walaupun telah
mendapatkan kewarganegaraan negara lain.
Menurut laman rasmi JPN, proses memperoleh semula taraf
kewarganegaraan bagi mereka yang telah dilucut atau menolak kewarganegaraan
Malaysia, perlu mendapatkan kelulusan kerajaan Persekutuan mengikut Perkara
18(2) Perlembagaan Persekutuan sebelum boleh didaftarkan semula sebagai
warganegara.
Kerajaan mesti mengambil serius apa yang berlaku. Jangan dah
teruk baru mengambil tindakan. Kerajaan juga tidak perlu melayan tuntutan 100
ribu yang memohon kerakyataan sekiranya Bahasa Kebangsaan pun mereka tidak
boleh menguasainya.
Kerajaan mesti segera bertindak tegas!
Jangan sampai Malaysia menjadi 'Negara Kangrooo'
Subscribe to:
Comments (Atom)
Blog Archive / Blog Arkib
-
►
2011
(7)
- ► October 2011 (3)
- ► November 2011 (3)
- ► December 2011 (1)
-
►
2012
(10)
- ► March 2012 (6)
- ► April 2012 (1)
- ► August 2012 (3)
-
►
2013
(55)
- ► January 2013 (7)
- ► February 2013 (3)
- ► March 2013 (4)
- ► April 2013 (7)
- ► August 2013 (1)
- ► September 2013 (7)
- ► October 2013 (2)
- ► November 2013 (7)
- ► December 2013 (4)
-
►
2014
(41)
- ► January 2014 (6)
- ► March 2014 (1)
- ► August 2014 (6)
- ► September 2014 (5)
- ► October 2014 (3)
- ► November 2014 (6)
-
►
2015
(26)
- ► February 2015 (4)
- ► March 2015 (7)
- ► April 2015 (6)
- ► September 2015 (2)
-
▼
2016
(100)
- ► January 2016 (6)
- ► February 2016 (1)
- ► March 2016 (5)
- ► April 2016 (10)
- ► August 2016 (1)
- ► September 2016 (16)
-
▼
October 2016
(16)
- Jangan sampai negara digelar 'Negara Kangrooo'
- Usah dipolitik pindaan RUU 355
- Usah membuat sesuatu yang membanggangkan.
- Perlu berubah baru boleh bantah!
- Khabar gembira untuk penyebar fitnah!
- Monolog ugama ....
- Islamic bashing .....
- Mengapa umat Islam suka berpecah belah?
- Kisah Nasi Lemak Anak Dara dan Populariti Politik
- Puak-puak Liberal yang Akan Menghancurkan Islam di...
- Bikin murke ‘Soltan Melake’ je .... Download Tuanku!
- Kisah status Halal Pretzel Dogs Auntie Anne's
- Mufti perlu tahan diri condemn guna FB
- Pengalaman lalu!
- Katanya, 1 November ini akan berlaku kenaikan harg...
- Penghinaan dan probokasi yang sangat keterlaluan
- ► November 2016 (11)
- ► December 2016 (10)
-
►
2017
(108)
- ► January 2017 (17)
- ► February 2017 (8)
- ► March 2017 (9)
- ► April 2017 (19)
- ► August 2017 (1)
- ► September 2017 (13)
- ► October 2017 (7)
- ► November 2017 (5)
- ► December 2017 (6)
-
►
2018
(27)
- ► January 2018 (10)
- ► February 2018 (2)
- ► March 2018 (4)
- ► April 2018 (5)
- ► September 2018 (4)
-
►
2019
(5)
- ► January 2019 (1)
- ► February 2019 (3)
- ► March 2019 (1)
-
►
2020
(1)
- ► February 2020 (1)










