Saturday, 31 December 2016

Pengajaran dari bumi Filipina


Filipina

Manila, kota metropolitan yang tidak ramai orang tahu bahawa suatu ketika dahulu adalah sebuah kota Islam. Raja Islam yang terakhir memerintah Manila ialah Raja Soliman @ Sulaiman.  Sebelum itu, Manila diperintah oleh bapa saudaranya yang bernama Raja Matanda dan Lakandula.  

Apabila disebut Islam di Filipina, fikiran kebanyakan kita tertumpu di selatan negara itu, Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum penjajahan Sepanyol, 98 peratus daripada penduduk wilayah kepulauan itu beragama Islam.

Manila, pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara. Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga hari ini.

Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya lima peratus! Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.

Arab

Manila, nama asalnya Kota Seludong mendapat nama  daripada  perkataan Arab,  ‘Amanillah’ ataupun ‘Fi amanillah’ yang bermaksud ‘Kota Aman Lindungan ALLAH’.

Raja Sulaiman memerintah di delta Sungai Pasig, bersemayan di tapak asal bandar Manila, tidak jauh dari Hotel Manila sekarang. Selain beliau, bapa saudaranya, Lakandula memerintah kerajaan Tondo yang menguasai muara Sungai Pasig. Meskipun wilayah mereka tidak seluas mana, kedua-duanya memerintah dengan makmur.   
    
Lakandula yang menguasai pelabuhan, membeli semua barangan yang dibawa oleh pedagang terutama dari China dan beliau membayar terus separuh harga untuk setiap barangan itu sebelum menjual semula kepada mereka yang mahu membelinya di wilayah pedalaman dan kepualuan sekitar. Separuh lagi harga dibayar kepada pedagang terbabit apabila mereka datang semula ke Manila setahun kemudiannya.

Raja Sulaiman pula mengambil alih pemerintahan daripada bapa saudaranya, Raja Matanda. Raja Sulaiman adalah raja Islam yang terakhir di Manila. Anak Lakandula, Magat Salamat yang juga putera mahkota, tidak sempat naik takhta ekoran kemasukan Sepanyol.

Wakil Hispanik yang pertama kali menjejak kaki ke Filipina (ketika itu, belum ada nama Filipina) ialah Ferdinand Magellan yang mendarat di Pulau Cebu pada 16 Mac 1521. Cebu ketika itu diperintah oleh Raja Humabon. Pembantu Magellan ketika di Cebu ialah Panglima Awang, seorang anak muda Melayu yang ditawannya di Melaka. Magellan berasal dari Portugal namun dalam misinya di Nusantara, beliau mewakili Sepanyol.

Disebabkan bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa tempatan, Awang diminta jadi penterjemah kepada Magellan.

Dengan pengaruh Magellan, Raja Humabon bersama pengikutnya bersetuju untuk tukar agama. Mereka jadi kumpulan yang pertama murtad di Filipina lalu digelar oleh Magellan sebagai ‘Warga Tuhan Sepanyol’. Persetujuan Raja Humabon adalah disebabkan janji Magellan untuk membantunya memerangi pemberontak Mactan yang diketuai Lapu Lapu.

Buluh

Magellan bersama 60 anggota delegasinya menyerang Lapu Lapu dengan senapang, meriam dan segala jenis senjata besi. Lapu Lapu bersama 1,500 pahlawan Mactan pula hanya bersenjata buluh runcing dan panah beracun. Magellan terkena panah beracun dan temui ajalnya di situ manakala pengikutnya lari lintang pukang balik ke kapal. Panglima Awang juga turut tercedera.

Usaha Sepanyol dalam misi Gold, Glory and Gospel diketuai oleh Magellan tidak begitu berjaya. Bagaimanapun mereka telah dapat menanam benih Kristianisasi dengan murtadnya Raja Humabon dan pengikutnya.

Sejak itu, beberapa lagi misi dihantar ke Filipina hinggalah ia mula memberi kesan melalui pertapakan Miguel Lopez de Legazpi di Cebu pada 1565. Cebu yang telah dikristiankan menerusi pemurtadan Raja Humabon yang sudah pun mempunyai nama baharu, Carlos (bersempena dengan nama Raja Sepanyol) menyambut baik kehadiran de Legazpi.

Sejak itu, Cebu menjadi pusat pemerintahan penjajah Sepanyol. Nama Filipina juga mula digunakan, iaitu ‘Islas de las Felipina’ yang mengambil nama raja muda Sepanyol, Felipe.

de Legazpi bagaimanapun tetap tidak berpuas hati kerana belum menguasai Manila yang didengarinya lebih strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan.  Beliau mengatur rancangan untuk menyerang Manila dan menghantar Martin de Goiti dan Juan de Salcedo sebagai utusan untuk rundingan ‘persahabatan’ dengan Raja Sulaiman. Pada mulanya, mereka disambut baik, namun apabila menyedari muslihat Sepanyol, Raja Sulaiman enggan menyerah kalah lalu berlaku pertempuran pada 1570.

Pertempuran demi pertempuran terus meletus hingga 1574, yang akhirnya menyaksikan ketewasan di pihak Raja Sulaiman yang dibantu oleh bapa saudaranya, Lakandula. Raja Sulaiman juga dibantu oleh seorang lagi pemerintah Islam bernama Tarik Sulaiman dari Macabebe dalam Perang Bangkusay.

Bagaimanapun kecanggihan senjata Sepanyol tidak dapat ditandingi.

Setelah kekalahan Raja Sulaiman, penjajah Sepanyol terus memperlihatkan dendam kesumat mereka yang begitu membara. Mereka meruntuhkan tapak kerajaan Raja Sulaiman di bandar Manila lalu mendirikan kota di sekeliling ibu pejabat mereka yang diberi nama Fort Santiago.

Kawasan di dalam kota itu dikenali sebagai Intramuros yang jadi tumpuan pelancong hingga hari ini.

Ada riwayat menyebut, Lakandula selepas itu mengambil tindakan berkompromi dengan penjajah, dan telah murtad bersama keluarganya. Beliau menukar nama kepada Don Carlos Lacandola. Dalam rekod sejarah Sepanyol, Lakandula dianggap seorang pemerintah yang bijak kerana memilih untuk berdamai dan keluarga serta keturunannya diberikan beberapa keistimewaan oleh penjajah.

Ada disebutkan bahawa beberapa nama besar Filipina hari ini termasuk bekas Presiden Diosdado Macapagal dan anaknya yang juga bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo adalah daripada keturunan Lakandula. Keturunannya yang lain termasuk dua bekas presiden Senat, Jovito Salonga dan Gil Puyat; selebriti antarabangsa, Lea Salonga dan tokoh perniagaan, Gonzalo Puyat.

Sementara Raja Matanda pula ketika terlantar sakit dikatakan telah minta untuk dibaptiskan. Yang kekal Islam hingga menemui syahid dalam peperangan menentang penjajah, adalah Raja Sulaiman, seorang penganut Islam yang taat daripada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sama ada cerita kemurtadan raja-raja Manila ini benar ataupun sekadar propaganda penjajah, tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti lebih 90% penduduk Filipina hari ini beragama Katholik, agama yang dibawa oleh Sepanyol dan mereka adalah daripada keturunan nenek moyang yang beragama Islam.

Keadaan telah berubah begitu drastik hingga untuk mendapat makanan halal pun begitu sukar di Manila!

Bukanlah tidak ada orang Islam di Manila, masjid pun ada namun bilangan mereka adalah sangat sedikit berbanding keseluruhan populasi. Kebanyakannya bertumpu di Quiapo District, dan apa yang menyedihkan ialah dari sudut sejarahnya. Hilangnya Islam di Manila (dan hampir seluruh Filipina) adalah kerana pemurtadan nenek moyang mereka!

Sejak era Christopher Columbus yang tersesat ke Amerika dalam pelayaran ke India, setiap orang tempatan yang ditemui digelar Indian. Di Filipina, penjajah Sepanyol menggelar penduduk tempatan yang telah dikristiankan sebagai Indios manakala penduduk di kepulauan selatan (Mindanao dan lain-lain) yang beragama Islam sebagai Moro. Ini adalah berkaitan dengan pengalaman mereka di Sepanyol yang mana orang Islam digelar ‘Moor’ sebagai gelaran penghinaan.

Sulu

Selepas menguasai Manila dan sebahagian besar wilayah Filipina, Sepanyol cuba untuk mara ke selatan. Bagaimanapun mereka menghadapi tentangan sengit daripada penduduk di sana. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah wilayah selatan Filipina.  Orang Suluk atau Tausug di selatan Filipina sejak abad ke 14 lagi sudah mempunyai empayar kesultanan yang kuat.

Dengan sejarah gemilang sebagai pemilik empayar Sulu, sukar bagi Sepanyol untuk  menewaskan mereka, tidak seperti di utara. Bagaimanapun Sepanyol menggunakan jalan selamat untuk tidak menggunakan orangnya sendiri di barisan hadapan sebaliknya menghantar penduduk Filipina sendiri yang telah dikristiankan untuk memerangi saudara mereka yang masih Islam.

Ini terus berlaku hinggalah kekuasaan bertukar tangan. Pada 1898, pengakhiran Perang Sepanyol – Amerika Syarikat telah membawa Amerika sebagai penjajah baharu Filipina.

Penduduk selatan Filipina cuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah mereka yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol namun tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat.

Ternyata Amerika mendapat kekuasaan ke atas wilayah itu dengan muslihat. Ini kerana berdasarkan rekod yang ia tidak pernah dijajah oleh Sepanyol, mana mungkin Sepanyol menyerahkan begitu sahaja wilayah tersebut kepada Amerika Syarikat sedangkan Sepanyol sendiri tidak mempunyai kuasa di situ.

Bagaimanapun, keadaan sudah tidak berupaya untuk diperbaiki lagi. Kekallah wilayah selatan Filipina di bawah pentadbiran Amerika Syarikat melalui ‘penjajahan di atas kertas’ hingga 1946 (tahun Filipina mendapat kemerdekaan) yang kemudian disambung dengan pemerintahan kerajaan Pusat oleh anak watan dari Manila.

Apa pun, nasib penduduk selatan terutama di Mindanao tidak pernah berubah. Mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dengan persengketaan yang berterusan, yang bermula sejak zaman penjajahan Sepanyol yang telah mencetuskan konflik agama antara selatan dengan utara.

Mengikut rekod, penjajah sememangnya pernah cuba mengkristiankan selatan Filipina hingga seorang Sultan Sulu, Sultan Azimuddin @ Alimuddin I pernah dibaptiskan di Manila pada 1750. Beliau menukar nama kepada Don Fernando de Alimuddin, The Christian Sultan of Jolo.
Berdasarkan undang-undang kesultanan Sulu yang ketat, hak beliau dan keturunannya gugur secara automatik apabila meninggalkan Islam. Sultan yang murtad itu malah telahpun memberikan kebenaran kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka di wilayahnya.  

Lantaran itu, berlaku perbalahan antara beliau dengan kerabat diraja yang lain hingga akhirnya, Raja Muda Bantilan dilantik menggantikan Sultan Alimuddin I dengan gelaran Sultan Bantilan Muizuddin.

Dengan itu, gagallah usaha untuk mengkristiankan selatan Filipina sebagaimana yang telah dilakukan dengan jayanya oleh penjajah Sepanyol di kepulauan utara.

Sultan yang terbuang akibat murtad itu bersama keluarga dan pengikutnya berhijrah ke Zamboanga, kemudian ke Manila dan diberi sambutan mesra oleh Sepanyol.

Ada maklumat mengatakan, beliau kemudiannya kembali semula ke Sulu dan bertaubat, namun kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan.

Ganas

Ironinya, kedudukan umat Islam di Filipina hari ini amat menyedihkan. Mereka bukan sahaja telah bertukar daripada majoriti menjadi minoriti malahan diperangi dan dianggap pengganas oleh dunia.

Memang benar ada segelintir daripada mereka yang beraksi sebagai pengganas namun siapakah yang meletakkan mereka dalam kancah ketidakadilan hingga terpaksa jadi begitu?

Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan, hak mereka sebagai pribumi terus menerus dipinggirkan. Ruang untuk mereka berekonomi secara selesa dinafikan sehingga mencetus berbagai-bagai masalah sosial.

Setelah keluarnya penjajah asing, mereka tetap juga diberi kan ayanan yang tidak adil dalam pemerintahan oleh anak bangsa. Ini dilakukan atas dasar perbezaan agama.
Itulah dilemanya!

Penduduk selatan yang digelar Bangsamoro ini boleh dianggap mangsa keadaan setelah nenek moyang mereka memilih untuk kekal dalam Islam dan beriman, tidak sebagaimana saudara mereka di Cebu, Luzon atau di mana-mana wilayah Filipina yang lain.

Mereka boleh sahaja memilih untuk hidup senang, aman dan kaya raya dalam arus perdana negara jika sanggup untuk murtad dan bersekongkol dengan penjajah yang telah merampas negara, hasil mahsyul malah agama nenek moyang mereka.  

Langar undang-undang....Tapi premis maksiat haram lagi teruk melanggar undang-undang!

Tindakan terbaharu yang dilakukan oleh Jamal menimbulkan pelbagai polemik dan persepsi. 

Lebih menarik apabila Ketua Polis Selangor turut mengeluarkan komen dan mengingatkan Jamal telah melakukan kesalahan kerana melakukan serbuan ke atas premis yang disyaki menjalankan operasi judi haram namun tanpa sedikit pun menyentuh tentang Kanun Prosedur Jenayah (CPC) 27-1 yang membolehkan orang awam melakukan penangkapan. 

Tindakan Jamal pada masa yang sama menunjukkan bagaimana pihak berkuasa Selangor, hanya menutup mata apabila beliau melakukan penyerbuan bersendirian.

Perkara ini seolah-olah mengesahkan bahawa kewujudan pusat-pusat judi haram, sememangnya adalah satu hakikat tetapi kurang diberikan perhatian di sebalik pelbagai kenyataan-kenyataan retorik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri.

Gelagat Jamal yang berjubah dan berkopiah putih telah menjadi bahan lawak bagi sesetengah pihak dengan memberi pelbagai gelaran kepada beliau.

Namun secara tersirat dan tersurat, tindakan beliau itu merupakan satu usaha untuk menyedarkan pihak berkuasa agar tidak terus membodoh-bodohkan rakyat apabila pusat-pusat judi dan maksiat yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan langsung tidak pernah dikawal serta dipantau.

Walaupun sukar untuk menuduh pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dengan kewujudan pusat-pusat judi serta maksiat tersebut, namun apa yang dilakukan oleh Jamal secara langsung telah mendedahkan kepincangan pihak berkuasa itu sendiri.

Pakatan yang mengandungi DAP-PKR-PAS telah menjanjikan kepada para pengundi untuk menghapuskan segala kilang arak, judi dan yang berkaitan dengan maksiat dalam kampen pilihanraya mereka.

Namun setelah dua penggal memegang kuasa, pusat-pusat yang berkaitan maksiat itu tidak berkurangan, bahkan bertambah berkali-kali ganda di seluruh negeri.

Keberaniannya berhadapan dengan kongsi-kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan samseng yang diketahui mengendalikan dan mengoperasikan pusat-pusat judi tersebut sangat mengagumkan.

Jamal bertindak membahayakan diri dan keluarganya sendiri di sebuah negeri yang sepatutnya menjadi Utophia.

Aku tabik dengan keberanian Jamal Stone Cold walaupun salah.

Friday, 30 December 2016

Korea Selatan VS Malaysia

 

Nak mengomel sikit tentang Korea Selatan VS Malaysia di ambang tahun 2017 ni.

Tahun 1957, Korea Selatan adalah negara kelima termiskin di dunia.

Sepuluh kali lebih miskin dari Malaysia tau!

Hari ini, Korea Selatan adalah ekonomi kesepuluh terbesar dunia.

Bangsa Korea Selatan bezanya dengan kita kerana jati diri dan karakter mereka. 

Mereka gila kimchi, teknologi, kereta, hiburan, internet, fesyen, kosmetik, ginseng, plastik surgery, sukan dan gila untuk meneroka ciptaan terbaharu.

Pasal mencipta kat negara kita lagi hebat kot! 

Gila mencipta isu-isu politik siang malam tak habis-habis, sampaikan makan nasi tercekik tulang ikan dan pakai baju serba oren pon dikaitkan juga dengan isu-isu politik.

Korea Selatan vs Malaysia selepas 60 tahun.

Ekonomi Per Kapita Korea Selatan - USD33,000 vs Ekonomi Per Kapita Malaysia - USD11,000 = Maknanya ekonomi kita sembab 200%.

Hari ini ekonomi Korea Selatan taklah besar sangat berbanding China dan Jepun tetapi cuma tiga kali ganda ekonomi kita saja....mmmmm je!.

Krisis matawang 1997 kita diwar-warkan dengan pemimpin terhebat negara, tak pinjam se sen pon dari IMF. 

Korea Selatan pulak pinjam berbillion US dollar dari IMF, tapi lihatlah apa yang berlaku hari ini!

(1997) 1 RM = 400 Won vs (2016) 1 RM = 269 Won = duit kita sembab 33% sejak 19 tahun berbanding Korea Selatan.

Korea Selatan ada brand tersohor seantero dunia antaranya Samsung, LG, Kia, Hyundai, K-Pop, Running Man, Park Ji Sung, Gangnam dan yang terbaharu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) iaitu lebih 38 juta carian dari youtube setakat ini.

Hyundai dan Kia telah terjual 1 juta unit di USA dan 5 juta di seluruh dunia vs Proton?

Sudah 4 dekad berlalu namun Proton masih terkial-kial mencari tapak di negara sendiri walaupun dapat 100% dana dari kerajaan pada masa ditadbir regime lama.

Memalukan juga, rakyat Malaysia kadang-kadang pun tak yakin jenama Proton.

Korea Selatan ada internet terpantas di dunia (30 MB/s) VS Malaysia (4 MB/s) antara paling 'siput' kat dunia, tetapi paling pantas penyebaran fitnahnya!

Korea Selatan bina universiti dan lahirkan pensyarah, saintis serta bijak pandai hebat VS Malaysia lahirkan pensyarah bijak 100% berpolitik terhebat sepanjang zaman.

Korea Selatan peruntukan belanjawan yang besar dalam aktiviti sukan, dan hasilnya melahirkan ahli sukan hebat VS Malaysia lahirkan ahli politik sukan terhebat!

KFA sudah mengecapi pelbagai kejayaan VS FAM lebih hebat gaduhnya dari penyokong die heart ke kepimpinannya.

Dari aku budak sekolah sampai umur pun dah separuh abad, tak juga reda-reda gaduhnya.

Tapi KFA kat Malaysia lagi 'hebat' kot, begitu juga The Red Giant, katanya pasukan 'terhebat' sepanjang zaman (kat negara sendiri je......) tapi sekarang apa dah jadi, kantong yelek!

Korea Selatan beri juga belanjawan yang tinggi terhadap hiburan dan hasilnya artis mereka dapat menjual produk mereka ke seantero dunia VS artis Malaysia lagi banyak juga yang 'hebat-hebat' belaka!

Sebab tu le, orang kita dari budak bawak ke tua, gila sesangat kat artis Korea Selatan ni, sebab putih dan gebu hasil plastik surgery. 

Rakyat Korea Selatan tak bergaduh pasal subsidi itu dan subsidi ini, namun mereka bersatu bila diancam gempa bumi dan kuasa nuklear Korea Utara.

Orang kita pulak tak habis-habis bergaduh siang malam disebabkan nak tunjuk dialah manusia yang ‘paling hebat', pandainya, maksumnya, zuhudnya, alimnya, jujurnya, betulnya dan pelbagai lagi yang berlabel ‘paling hebat di alam maya ini'.

Pengajaran dari Korea Selatan VS Malaysia ialah bangsa maju ialah bangsa yang menakluki ilmu, bekerja keras, kuat jati diri, kreatif dan gila mencipta tapi bukan gila bergaduh!

Semundur-mundur musuh Korea selatan iaitu Korea Utara dari segi ekonomi disebabkan sekatan, namun mereka lebih hebat dan maju dari segi teknologi senjata-senjata moden sehingga kuasa-kuasa besar 'kecut perut' disebabkan rakyat mereka bersatu sama ada terpaksa dipaksa atau tidak! 


Kalau negara Cina dan Taiwan tak usah nak kata sekarang ni!


Fikir-fikirkanlah!

Happy New Year 2017!

Tuesday, 27 December 2016

Golongan atas pagar


Dari pada politik kampus MPP sampai la politik negara semuanya memualkan anak tekak aku dengan sandiwara mainan propaganda yang tak berkesudahan mereka.

Tapi tak adalah aku sampai tak ambil tahu langsung senario palitik tanah air. Setiap hari aku akan baca juga sumber media milik kerajaan ataupun pembangkang.

Utusan yang macam bagus pun aku baca, Harakah yang ada artikel ulamak maki hamun orang pun aku baca juga, portal Keadilan yang merepak meraban pun aku baca, Portal Dap yang sentiasa berat sebelah pun tak ketinggalan sehinggakan portal Jurusalem Post pun aku bantai baca.

Jadi tak adalah aku jadi manusia bebal yang tak tahu apa-apa pun isu tentang politik kat negara kita dan antarabangsa ni.

Namun isu-isu politik ni seringkali membebal dan mengkonfiuskan aku. Memang isu politik sentiasa akan membawa kekeliruan.

Itulah apa yang dinamakan golongan atas pagar.

Ada sesetengah isu aku bengang dengan Ahmad Maslan terutamanya berkaitan janji ‘perlaksanaan GST akan turun harga’ tapi sebaliknya.

Aku juga keliru dengan dakyah pembangkang yang mengarut. Bertambah aku menyampah melihatkan gelagat wakil pembangkang yang suka buat kecoh dan bantai kosong.

Memfitnah dan suka berbohong memang mereka nombor wahed!

Semua orang dikira tak betul dan mereka sahaja maksum!

Bertambah keliru bila aku baca blog golongan pembangkang yang suka sangat mencerca dan memaki hamun, tak kira la atas nama Islam ke atau berfahaman liberal.

Mungkin mereka ditakdirkan mempunyai gen begitu kot? 

Pengajaran dari bumi Spain

Islam mula bertapak di bumi Andalus (Sepanyol) pada zaman Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik yang merupakan Khalifah Bani Umayyah berpusat di Damsyik.

Beliau menakluki Andalus melalui Gabenornya di Afrika Utara iaitu Musa bin Nusayr. Sejarah turut mencatatkan tentang kisah legenda panglima perang Musa bernama Tariq bin Ziyad yang mendarat di selatan Andalus, kemudian digelar sebagai Jabal Tariq (Gibraltar) pada tahun 92 Hijrah.   

Bersama 12,000 tentera Islam berbangsa Arab dan Barbar, Tariq menggempur dengan beraninya pertahanan Byzantine, pimpinan Raja Roderick yang berkekuatan seramai 100,000 tentera dalam pertempuran di Wadi Lakkah selama 8 hari pada Ramadan tahun 92 Hijrah yang berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

Kejayaan itu membolehkan tentera Islam mara menawan Qurtubah (Cordova), Archidona dan Elvira, Guadalajara, Toledo, Malaga dan Murcia hingga merapati ke sempadan Perancis.

Kejayaan Musa dan Tariq memberi kesan besar kepada pengukuhan Kerajaan Bani Umayyah di Andalus serta kelangsungan kuasa umat Islam di Eropah selama 781 tahun. Andalus adalah kawasan yang terdiri dari dua negara iaitu Sepanyol dan Portugal.

Selain ketokohan Musa dan Tariq, kejayaan tentera Islam disebabkan faktor dalaman kelemahan Kerajaan Byzantine seperti perebutan kuasa, masalah ekonomi, penindasan di samping imej yang baik serta pentadbiran yang sistematik Kerajaan Bani Umayyah di Afrika Utara.

Selama 781 tahun memerintah, Kerajaan Islam di Andalus mengalami sekurang-kurangnya 4 peringkat transformasi politik iaitu pertama zaman pemerintahan Gabenor Bani Umayyah, kedua zaman pemerintahan Imarah iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik, ketiga zaman pemerintahan Khalifah yang mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dan setaraf dengan kehebatan Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan yang keempat zaman perpecahan apabila kawasan Andalus berpecah kepada 30 negeri kecil yang dikenali sebagai Muluk Tawaif (Raja-Raja Puak).

Kehebatan tamadun Andalus terbukti apabila Universiti Cordova muncul sebagai pusat perkembangan ilmu yang hebat. Kerajaan memberikan dukungan yang kuat kepada kegiatan keilmuan. Perpustakaan Diraja Cordova menyimpan hampir 600,000 naskhah koleksi buku dengan seramai 500 orang yang bertugas sebagai penyalin buku.

Namun, perubahan politik di Andalus dari khalifah berkuasa penuh kepada perpecahan Muluk Tawaif yang berasaskan suku-suku puak menyebabkan Andalus kehilangan punca kedamaian dan kesejahteraan.

Kehilangan kuasa politik menyebabkan hilangnya perpaduan dan penyatuan. Umat Islam di Andalus mulai berpecah kepada tiga puak utama iaitu Barbar, Saqalibah dan Arab. Puak Barbar menguasai selatan Andalus, Saqalibah menguasai timur Andalus dan Arab berkuasa di tengah Andalus.  

Kerajaan-kerajaan kecil Muluk Tawaif yang wujud seperti Bani Hammudiyah, Bani Hud, Abbadiyah, Ziriyah, Murabitun, Muwahiddun dan Nasriyah adalah contoh perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di Andalus.

Persaingan merebut kuasa berlaku dengan hebat dalam kalangan kerajaan-kerajaan tersebut. Perebutan kuasa sampai pada tahap mereka sanggup jalin hubungan dan ikatan sulit dengan pihak Kristian untuk menyerang musuh mereka yang juga beragama Islam.

Akibatnya pihak Kristian menyedari kelemahan umat Islam dan mengambil kesempatan atas kelemahan dan perpecahan dengan merancang pelbagai helah politik dan ketenteraan untuk mengusir umat Islam dari bumi Andalus.

Pihak Kristian dari Castile, Aragon dan Navarre bersatu untuk mengalahkan Muwahiddun pada tahun 609 Hijrah, Cordova pula jatuh pada tahun 634 Hijrah. Seville jatuh pada tahun 646 Hijrah. Manakala Granada menjadi kota terakhir Andalus yang jatuh pada tahun 897 Hijrah.

Hakikatnya kerajaan Islam terakhir di Andalus iaitu Nasriyah merupakan kerajaan paling kecil yang hanya berkuasa di Granada dan membina istana di bukit al-Hambra’. Kedudukan Kerajaan Nasriyah tumbang apabila Ferdinand dan Ratu Isabella berkahwin pada tahun 897 Hijrah.

Maka bermulalah saat di mana umat Islam ditindas semahunya, dihapuskan ketamadunan yang dibina selama lebih 700 tahun, dipijak maruah mereka dan dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Episod sedih ini berlaku terhadap umat Islam di Andalus kerana mereka berpecah dan sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi kepentingan jangka pendek. Mereka hanya mementingkan puak masing-masing dan meletakkan kepentingan peribadi melampaui maslahat umat.

Akhirnya satu harga yang sangat mahal terpaksa dibayar bagi merelakan kehancuran sebuah tamadun yang sangat bernilai.

Apa yang berlaku di Andalus adalah satu proses sejarah yang menuntut kita mengambil iktibar dari kejatuhannya supaya kita tidak mengulanginya lagi pada hari ini dalam konteks dan realiti Islam di Malaysia sebagai agama Persekutuan.


Friday, 16 December 2016

Wake up Ummah .... Wake up!


It unthinkable for men of the cloth to resort to such violence and inhumane acts. Practising Buddhist are the most peaceful and considerate people.

There is a lot not known of the Rohingya humanitarian disaster. There is a history to be understood. It is likely to be another human spoils or social time bomb left by the colonial master before independence to its colonies.


In the meanwhile, we could the least pray for the Rohingya or help e-mail Ban Ki-moon to urge him to fly to Myanmar and negotiate to *LET THE AID IN. The UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) is making much effort.

There are many ways to help the Rohingya and it includes helping them here too and making donation


Just because the Rohingya cause was championed by both UMNO and PAS, doubt have to be implanted. Immediately, the joint demonstration is painted as mere political hype

The humanitarian effort is being downplayed with bigotry inclination. If the genocide victims were Myanmar Buddhist, it will subtly allowed to be misinterpreted as though UMNO and PAS would not be concerned. Some outrightly infer it is a Muslim versus Buddhist clash.  

All parties should put aside local politics and unite to support the effort without question. It is the worse time to discuss and criticise policies for political mileage as Azrul Md Khalid did in FMT to claim Najib's megaphone diplomacy failed. Desperate times call for creative measures.

It is a humanitarian disaster and the situation is worsening. No politics please.




Wednesday, 14 December 2016

Tergempar babi disaman polis!


Nampak gaya budaya kurang ajar makin menjadi-jadi negara kita.

Baru-baru ini kebiadapan suami isteri yang mengganggu anggota PBT MBSA, berakhir dengan hukuman penjara selama 14 hari.

Sepatutnya mereka dikenakan hukuman yang lebih berat sebab ada unsur-unsur mencabul.

Semalam, berlaku pula samada pesalah trafik berniat untuk menghina anggota polis KL atau beliau mengaku beliau seekor babi yang terlepas dari kandang hanyir.

Beliau dikatakan menghalang lalu lintas dan apabila tidak mengendahkan amaran, polis trafik mengambil keputusan untuk menyaman pemandu yang keras kepala tersebut.

Akhirnya kemungkinan marah kena saman, suspek menurunkan perkataan BABI di ruang tandatangan.

Bukan satu kesalahan yang babi (sebab dia mengaku dirinya babi) tersebut lakukan:-

●Halangan lalu lintas
●Abai isyarat lalulintas
●Kesalahan meletak kenderaan di garisan kembar

Menurut sumber facebook Zainuddin Izharulhaq

Tuesday, 13 December 2016

Spesis gen kaki bodek


Adakah kita termasuk golongan yang suka membodek dan suka mengadakan cerita supaya mendapat kelebihan dari orang lain? Bila objektif bodek tercapai, tentu akan mendapat pujian walaupun 'tikam belakang'. 

Wow ini isu sensitif yang selalu terjadi di mana-mana pejabat diseluruh alam sekali pun atau lebih popular dikenali sebagai politik pejabat. 

Si Pembodek ini amat menjengkelkan dan menimbulkan perasaan meluat pada khalayak. Golongan ini juga dikenali juga sebagai kaki ampu atau kaki kipas dan tukang pikul aircon.


Kutuk mereka macam mana sekali pun mereka tetap 'toye' kerana mereka merupakan spesis yang mempunyai gen keturunan begitu kot?

Banyak manusia jenis ni aku dah jumpa dan kalau nak tahu aku sedang annoying seorang pembodek tegar di opisku.

Biasanya golongan yang dibodek dan diampu adalah golongan yang berkuasa dan kalau setakat jawatan kecik siapa pun tak hingin nak merasa bodek si kaki bodek ni.

Dalam pemerhatian aku, golongan kaki bodek ni sukakan perhatian ataupun mahukan balasan. Biasalah kalau setakat nak mengampu sikit-sikit, tapi kalau dah menyusahkan orang lain ataupun nak melangkah sesiapa itu dah dikira melampaulah.

Sikit sikit mengadu, sikit sikit bos, sikit sikit report, itulah trademark pembodek ni walaupun mereka duduk di planet pluto sekalipun.

Mulut manis memang modal diorang ni. Bukan apa aku nak ingatkan bukankah kejujuran tu penting lagi bermaruah.

Zaman dulu kalau kau kuat kau lah KING, tapi zaman sekarang dah lain bro! Sekarang zaman IT, kau kuat bodek, kuat belai, pikul aircon hos besar, kau lah segala BAPAK KING!

Sendiri mau ingat beb!


Fenomena Kalimah Allah


Tadi aku aku baru baca mengenai penemuan kalimah jawi yang bertulis ‘Allah‘ di awan yang sedang berkumpul.  

Menurut seseorang, dia berharap agar penemuan tersebut memberi keinsafan pada orang ramai tentang keagongan Allah.

Dulu aku pernah kutuk pasal orang ramai yang ‘insaf dengan kebesaran Allah‘ bila melihat sejadah sedang ‘solat‘ ataupun berdiri dengan sendiri di sebuah surau kat negara kita.

Kenapa orang Melayu suka sangat dengan perkara pelik? Siap masuk dalam suratkahabar. Banyak isu lain yang perlu kita bagi kepentingan tapi kalimah ‘Allah’ boleh jadi wujud secara semulajadi juga yang dikecohkan.

Ramai yang bagi statement yang pandai dalam hal ni kononnya akan bagi keinsafan pada orang ramai.

Namun isi kandungan dalam Al-Quran yang tersusun rapi di rak-rak buku dan berhabuk kerana jarang dibuka tu tak cukup lagi ker nak beri keinsafan?

Fenomena kejadian siang dan malam di sekeliling kita yang berlaku setiap hari tak cukup lagi ke nak menggambarkan kebesaran Allah SWT?

Bukannya aku tak percaya kebesaran Allah SWT, tapi bila kita perbesarkan isu remeh macam ni bukankah hanya menampakkan kebodohan kita?

Kalimah Allah pada benda-benda yang tak patut kita kecohkan terus jadi berita besar. Dulu ada klip video perempuan kena sumpah jadi ikan pari kononnya sebab dehaka pada ibu dia. Last-last itu adalah ikan pari sepsis Rhinobatos hynnicephalus.

Syaitan itu sentiasa berusaha mahu menyesatkan manusia. Jangan tunggu perkara pelik yang jarang kita lihat baru nak bercakap tentang kekuasaan Allah SWT.

Sikit masa dulu, penemuan kalimah jawi yang bertulis ‘Masjid‘ di batu penahan longkang di SK Jerantut Jaya, Pahang menjadi viral dan GB sekolah tersebut berharap agar penemuan tersebut memberi keinsafan pada orang ramai tentang ‘kebesaran’ Ilahi.

Kesan tulisan tulisan jawi yang samar-samar kat tepi longkang pun kadang-kadang dikecohkan, patutnya buku atau kitab agama yang dah berhabuk tu sepatutnya dikaji.

Ini dah masuk tahun 2016 sepatutnya orang Melayu makin pandai bukan makin bangang. Orang mengaji guna kitab, tapi ada Melayu mengaji guna ayat longkang.



Monday, 12 December 2016

Format baru KSSR : kuantiti atau kualiti

Keputusan UPSR telahpun diumumkan dan ianya diluar daripada jangkaan. Apabila keputusan diumumkan, kelihatan lebih ramai yang menangis kekecewaan daripada menangis kegembiraan seperti tahun-tahun sudah.

Ibua bapa tergemam dengan mulut terngangga luas seolah-olah ianya perkara yang tidak masuk dek akal.

Guru-guru juga menunjukkan wajah kehampaan kerana murid-murid harapan tidak mencapai NKRA yang diharapkan.

Purata sekolah yang dilebal sebagai cluster pun hanya berjaya mendapat 12 orang murid memperolehi 6A, apatah lagi sekolah-sekolah biasa.

Kita tidak boleh menidakkan perasaan kekecewaan murid, ibu bapa dan guru di dalam hal ini, walaupun UPSR bukanlah pengakhiran segala usaha.

Calon UPSR tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan di bawah format baru UPSR sejajar perlaksanaan KSSR yang menekankan unsur-unsur KABAT.

Jika dilihat pada soalan UPSR tahun ini, ada di kalangan pensyarah tahap university pun tidak dapat menjawab dan faham apa kehendak soalan, inikan murid sekolah rendah.

Seperti Ujian PT3 yang menggantikan PMR dua tahun lalu, kecoh satu negara, apabila keputusan jatuh merundum daripada jangkaan.

Apa pun perlu diakui standard UPSR dengan format baharu bermula tahun ini adalah lebih tinggi.

Murid, ibu bapa dan guru selepas ini perlu lebih menyesuaikan diri dengan sistem penilaian ini yang lebih berkualiti berbanding penilaian sebelumnya.

Masyarakat kita telah terbiasa dan terlalu obses dengan berapa banyak A untuk menjadi tanda aras  ‘kepandaian’ seseorang murid.

Sebab itu ibu bapa dan guru lebih menumpukan kepada keputusan UPSR hingga menyebabkan mereka berasa tertekan, tidak terkecuali pelajar juga turut tertekan.

Demi mengejar keputusan ‘A’, siang malam murid dibebankan dengan kelas-kelas tambahan yang membebankan.

Soal bersosial dan bermain seperti kanak-kanak lain, terpaksa dikorbankan dan akhirnya akan melahirkan ‘pembuli’ dan ‘samseng’ apabila berada di SBP kelak.

UPSR berorentasikan peperiksaan seperti itu perlulah diubah. Pentempatan murid ke SBP usah lagi bergantung berapa banyak  ‘A’ semata-mata.

Perlu juga penempatan murid ke SBP berdasarkan skor merit dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan serta kelab dan persatuan.

* Amat memeranjatkan apabila ada guru di Kolej Vokasional mengadu, seorang guru pelatih bakal lulusan kejuruteraan makanikal dari sebuah universiti yang agak terkemuka di selatan tanahair yang sedang menjalani latihan di KV tempat beliau mengajar tidak tahu menggunakan alatan asas angkup venier!

Memalukan!

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...