Monday, 31 July 2017

Polimik ramai Islam bela anjing menyebabkan anjing dah jadi confuse dan akhirnya jadi gila pulak!


Sejak akhir-akhir ini, negara dilanda polemik kempen ‘MARI SENTUH ANJING’ dan bela anjing seperti bela kucing kat rumah.
Tiba-tiba bala penyakit anjing gila pulak yang datang.
Penyakit anjing gila yang menyerang sistem saraf seseorang boleh membawa maut.
Pelik la pulak dengan penggunaan perkataan ‘rabies’ yang asing kepada majoriti rakyat di negara ini.
Apa yang cuba disembunyikan?
Terma penyakit ANJING GILA sudah ada dan digunakan sekian lama.
Ianya lebih sebati dan mudah difahami.
Ia juga menceritakan punca kepada penyakit tersebut asalnya dari binatang bernama anjing.
Mudah untuk menggesa untuk orang Islam menjauhkan diri daripada anjing.
Namun, kenapakah terma bahasa ‘rabies’ digunapakai?
Adakah kerana mahu menjaga hati segelintir daripada kita yang suka anjing, suka bela anjing?
Polimik sentuh anjing dan larangan batas-batas di dalam Islam mendapat perhatian ramai sebelum ini harus dijadikan ikhtibar kepada umat Islam. 

Aku bukan anti binatang ni!
Tapi dalam mazhab agama aku dah kata, ianya binatang najis berat atau mukhalazah!
Nabi pulak cakap, bela anjing kat rumah, Malaikat tak masuk rumah!
Harap kawan-kawan non Muslim aku faham tentang akidah aku ni! 

Breaking the Silence: Voices of Moderation : Sesat dan menyesatkan!


Kandungan buku berjudul, Breaking the Silence: Voices of Moderation terbitan G25 sangat berbahaya terutamanya generasi muda yang baru hendak mengenal Islam.

Kandungannya sangat mengelirukan dan bercangah dengan Islam yang kita pelajari di sekolah ugama dahulu.

Kandungannya banyak mengutarakan agenda liberalisasi agama yang berbahaya kepada Aqidah umat Islam.

Kandungannya juga berpotensi memecahbelahkan masyarakat kerana memperjuangkan idea sekularan dan tidak menerima hakikat bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Kita hanya boleh menerima prinsip kebebasan yang tidak melampaui batas dan tidak boleh sesekali meraikan kebebasan yang melampaui batas.

Farouk A Peru, seorang anti hadith merupakan salah seorang penulis di dalam buku ini.

Di dalam penulisannya, beliau mengutarakan pluralisme agama adalah bertepatan dengan mesej al-Qur’an, dan pluralisme yang dimaksudkan adalah keyakinan bahawa semua agama adalah sama kebenarannya.

Beliau juga mengatakan, rukun Islam dan rukun Iman tiada di dalam al-Qur’an oleh kerananya tidak mengapa jika ada orang Islam yang tidak mempercayainya.

Beliau juga berpandangan bahawa Islam yang disebutkan di dalam al-Qur’an bermaksud keamanan dan bukan suatu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, oleh kerana itu semua agama yang mengandungi mesej dan prinsip umum keamanan ini perlu dikira sebagai Islam.

(halaman. 174) : “While people may say “Islam has five pillars of religion and six pillars of belief”, there are Muslims who do not believe in either one despite the fact that they are almost ubiquitous. Those Muslims base their reasoning on the fact that these formulae are not found in the Qur’an itself.” 

(halaman. 176) : “Therefore, we come to the conclusion that by ‘Islam’ (in the Qur’anic statements which proclaim that Islam is the only acceptable religion in the sight of God), the Qur’an refers to the universal principle of peace (salam in Qur’anic diction) and not simply the Islam which was brought by Prophet Muhammad which is more localised to the context of ancient Arabia. All religious groups have a measure of this principle of peace and will be judged accordingly.”  

"What we have described above is the idea of pluralism. Pluralism, in the context of this essay, is the notion that there are many paths and truths, all of which are equally valid. It defies the notion that there is only one single truth to which everyone must subscribe or suffer damnation."

Di dalam buku ini juga terdapat gesaan agar umat Islam diberi kebebasan untuk murtad dan juga menggalakkan perkahwinan berbeza agama.

Sesungguhnya Breaking the Silence: Voices of Moderation merupakan satu karya yang sesat lagi menyesatkan kepada umat Islam.

Boleh baca tetapi untuk sekadar ingin tahu  saja!

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...