Tuesday, 22 August 2017

Kisah cadangan pengiliran Agong antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak

 

Tulisan ini berkisar daripada sebuah memoir yang sangat menarik hasil daripada perdebatan yang terbit daripada salah faham terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Penubuhan Malaysia yang berjudul Tan Sri Dato’ Indera Abdul Aziz bin Abdul Rahman: On course from take-off to touch down.

Memoir ini hasil tulisan Sharifah Maryam Syed Mansor Al Idrus berkisar daripada peristiwa cadangan penggiliran jawatan YDP Agong antara Semenanjung, Sabah & Sarawak. 

Hasrat tersebut telah disuarakan oleh sekumpulan wakil Sabah dan Sarawak di dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kota Kinabalu di era 80 an. 

Ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman, berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institute of International and Strategic Studies (ISIS) telah diarahkan oleh Tun Hussein Onn untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Beliau diarahkan untuk memberi penerangan mengenai Perlembagaan Persekutuan
Tetapi yang menariknya di dalam mesyuarat tersebut ialah wakil dari Sabah dan Sarawak mula mendakwa bahawa Malaysia terdiri dari 3 wilayah yang bergabung.

Di dalam prespektif mereka, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dikatakan tiga wilayah yang bergabung membentuk Malaysia.

Kemudian wakil-wakil ini menuntut supaya jawatan Yang Di Pertuan Agong, mesti digilir-gilirkan antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Di dalam mesyuarat tersebut, Tan Sri Abdul Aziz telah menerangkan, Perlembagaan Persekutuan, Malaysia bukanlah dibentuk melalui gabungan wilayah-wilayah, tetapi melalui persekutuan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan negeri Sabah dan negeri Sarawak.

Katanya lagi, untuk mengangkat Sabah dan Sarawak sebagai wilayah (regions), ia memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan itu sendiri. 

Untuk perkara pindaan seumpama ini, ia memerlukan majoriti 2/3 undi di Dewan Rakyat. 

Melihat kepada peristiwa ini, Tan Sri Abd Aziz menyedari bahawa Perlembagaan Persekutuan masih tidak difahami dengan baik oleh mejoriti rakyat Malaysia termasuk golongan elit.

Dripada peristiwa tersebut, beliau bertekad untuk menjadikan life mission nya untuk menjelaskan tentang sejarah dan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan. 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...