Perkara ini adalah susulan
tindakan FMT menyiarkan kenyataan mempertahankan diri pemimpin perhimpunan
BERSIH dan Himpunan Hijau Anti-Lynas, Clement Chin selepas dia menghina
al-Quran dan umat Islam dalam komennya.
Dalam berita yang dikeluarkan FMT
baru-baru ini, Clement Chin mendakwa komen-komennya merupakan sebahagian
daripada perbincangan tertutup satu kumpulan Facebook bersama Muslim lain dan
telah diambil di luar konteks.
Clement telah diketahui sebagai
seorang yang mengeluarkan pandangannya dalam forum umum yang mempunyai lebih
daripada 10 ribu peserta dan merupakan seorang ejen provokasi.
Clement Chin mengundang kemarahan
umat Islam Malaysia dan pengguna media sosial apabila menuduh al-Quran sebagai
sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada
cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.
Dia juga meluahkan hasratnya agar
jutaan wanita yang beragama Islam di Malaysia diberi peluang untuk mengahwini
lelaki kafir sepertimana yang dinikmati oleh umat Islam di Tunisia.
Sekiranya kenyataan dari seorang
Muslim, FMT akan menyiarkan apa yang diucapkannya agar masyarakat awam
bertindak balas dan mengamuk.
Lihat saja liputan mengenai Ust. Zamihan
atau isu-isu aurat yang lain sebelum ini.
Namun, hanya kerana ekstremis
merupakan bukan Muslim FMT cuba untuk mempertahankan dan cuba untuk tidak
mengaitkan Clement Chin dengan orang lain.
Masih ingat bagaimana mereka
sedaya upaya cuba mengaitkan Zamihan dengan Jakim?
Begitu juga apa yang berlaku terhadap Mufti Pahang dimana kenyataannya beliau berkenaan khalwat juga diputar belit untuk mengelirukan rakyat Malaysia.
Lihatlah betapa sifat berat
sebelah FMT terhadap orang Islam.
