Rakyat negara ini mahukan ‘negara yang lebih baik’ tetapi
kita sendiri tidak mahu menjadi warganegara yang baik.
Kita mahukan hak-hak kita daripada negara, tetapi kita tidak
mahu melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang warganegara.
Sebaliknya, kita mahu menukar kerajaan yang dipilih mejoriti
rakyat walaupun di atas jalanan supaya dapat membentuk kerajaan yang baru
mengikut cita rasa kita dengan harapan ianya menjadi lebih baik.
Kita berfikir, itu adalah jalan penyelesaian yang betul.
Semudah itukah kita berfikir?
Begitukah cara mentaliti kita bertindak untuk penyelesaian
masalah?
Keadaan yang kita keluhkan tentang kerajaan kita sekarang
ini adalah keadaan yang wujud seperti di negara-negara lain.
Di negara lain, tidak ada satu pun kerajaan yang diperintah
memberikan sesuatu secara percuma tanpa mengambil apa-apa daripada rakyatnya.
Tidak ada rakyat mana-mana negara yang tidak mengeluh
tentang kerajaan mereka!
Kita sering membandingkan negara lain dengan situasi negara
kita sendiri yang konon-kononnya negara lain lebih baik atau terbaik.
Tetapi kita tidak pernah melihat rakyat negara tersebut juga
mengkritik pemerintahan mereka sendiri!
Jadi, di negara mana kita harus tinggal?
Sudah semestinya, tiada satupun negara yang sesuai dengan
apa yang kita mahukan!
Kita mungkin mendapat pendidikan percuma apa bila tinggal di
negara lain, tetapi hakikatnya cukai yang kita kena bayar pastinya lebih tinggi
untuk membiayainya
Kita sangat mempercayai propaganda pembangkang, sedangkan
kita tahu mereka juga akan berjanji perkara-perkara yang hampir sama sifatnya
malahan tidak logik apabila mereka membentuk kerajaan yang baharu.
Kita sebenarnya hidup dalam ilusi.
Kita asyek menyalahkan banyak perkara kepada kerajaan atas
apa yang berlaku kepada kita.
Badan-badan pemerintah pun kita salahkan seperti polis,
tentera, JPJ, kastam, pendidik, agamawan dan sebagainya apabila berlaku sesuatu
perkara.
Apabila kita dihukum atau disaman di bawah akta jalanraya
oleh pihak berkuasa disebabkan kesalahan kita sendiri, apa yang kita tularkan
ialah semuanya disebabkan kerajaan yang memerintah.
Kita fikir, kelak apabila kerajaan sedia ada ditukar dengan
kerajaan yang baharu, seolah-olah kerjaan yang baharu tidak akan melakukan
perkara yang sama.
Di mana-mana negara sekalipun pun kita tinggal, perkara yang
sama akan berlaku!
Tiada satu pun kerajaan di dunia ini boleh memuaskan
kehendak kita.
Di zaman kerajaan Khulaffa kemudian Ummayah kemudian
Abassiyah kemudian Othmaniah, pun ramai yang berasa tidak puas hati di kalangan
rakyatnya.
Bukan disebabkan oleh ketidakadilan berlaku, tetapi
disebabkan mentaliti segelintir rakyat mereka sendiri.
Akhirnya kerajaan yang mereka idam-idamkan terkubur
selama-lamanya.
Berdasarkan realiti peristiwa tersebut, Allah SWT telah
memberi pengajaran kepada kita semua.
Hiduplah di dalam realiti!
Namun kita tidak pernah ingin berfikir.
Kita tahu, musuh kita tidak akan meredhai kita semua
sehingga kita mengikut cara mereka.
Tetapi kita menjadikan mereka sebagai sekutu kuat untuk
menjatuhkan bangsa sendiri.
Bukan kita yang menguasai mereka, sebaliknya merekalah yang
menguasai kita.
Di dalam ceramah-ceramah politik, kita asyek mengeluh kerana
hidup tertekan disebabkan kos sara hidup terlalu meningkat.
Tapi di dalam kitaran hidup, kita sendiri mengalami obesiti,
memiliki motokar mewah, memiliki gajet berjenama, kerap melancong ke luar
negeri dan sebagainya.
Betapa kontrakdik realitinya.
Hakikatnya apa yang kita perjuangkan bukanlah berkaitan kos
sara hidup meningkat, tetapi yang kita perjuangkan ialah kos gaya hidup yang
meningkat.
Di dalam ceramah politik agama, Kita mendakwa ingin
memperjuangkan agama kita yang semakin tergugat.
Hakikatnya, kita sendiri yang menggadaikan agama.
Kerana sedikit kesusahan hidup yang kita alami ini
menyebabkan kita membiarkan sekutu-sekutu kita di dalam politik mempersoalkan
agama yang kita anuti.
Malahan segelintir kita memberi sokongan moral pula kepada
mereka.
Tak masuk akal bukan?
Kita mendakwa sebuah parti Melayu yang menjadi tunjang
pemerintahan negara selama ini telah mengadaikan hak-hak kita.
Namun, boleh pula kita mempercayai sebuah parti cuvanis yang
secara terang-terangan tertulis di dalam perlembagaan parti tersebut akan
menggugurkan hak-hak kita.
Bertapa bodohnya kita!
Bolehkah kita mengharapkan serigala mengembala kambing?
Kita berpolitik kononnya untuk kebaikan negara, tetapi kita
telah menghancurkan negara kerana kuat berpolitik.
Semua perkara kita politikan!
Kita tidak pernah memberi keutamaan sehingga hak-hak
keistimewaan kita pun sanggup kita gadaikan.
Ini bermakna kita telah menjadi mangsa politik dan mereka
telah berjaya mempolitikkan diri kita.
Kita mahu pendapatan kita tinggi, tetapi kita tidak sanggup
membayar harga yang lebih tinggi untuk kos kehidupan kita.
Konsep yang mudah untuk difahami.
Bagaimana majikan kita boleh menaikkan gaji/upah kita tanpa
menaikkan harga produk atau caj perkhidmatan syarikat tempat kita bekerja?
Kita mahukan pembangunan dan kemajuan, tetapi kita tidak
mahu menyumbang kepada negara.
Semua negara dalam dunia ini yang bergerak untuk kemajuan
telah melaksanakan GST untu membangunkan negara msaing-masing.
Tetapi kita sentiasa mengeluh apabila GST 6% dikenakan
sedangkan di negara-negara lian ianya jauh lebih tinggi.
Kita telah memperolehi bantuan sara hidup bagi menggantikan
subsidi, bantuan pendidikan dan rawatan kesihatan hampir percuma berdasarkan
pungutan GST.
Sedangkan negara jiran yang kita sentiasa jadikan ianya
idola kerana dikatakan lebih maju.
Namun ramai rakyat mereka mendapatkan rawatan kesihatan di
hospital-hospital kerajaan di negara kita.
Kenapa tidak di negara mereka sendiri?
Walhal GST mereka lebih tinggi.
Di manakah negara yang semuanya percuma seperti kita
khayalkan?
yelek!
Kita sering mendakwa tiada kebebasan bersuara.
Walhal setiap hari kita mengkritik, memaki-hamun, memfitnah
secara terbuka di publik mahupun di media-media sosial!
Kita mahu nilai-nilai Islam dipraktikkan di dalam negara.
Namun kita menyokong pakatan yang menentang nilai-nilai
Islam.
Malahan kita beri sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap
tokoh-tokoh sekular, liberal, plural pro LGBT, seks bebas dan lain-lain lagi.
Tidak kah ini sangat kontrakdik?
Apakah sebenarnya kita sedang perjuangkan?
Kita sering mengeluh dengan kebanjiran pendatang asing
terutama Bangla di kejiranan kita.
Namun kita sendiri tidak mahu bekerja seperti mereka.
Anak-anak kita sendiri pun tak mahu.
Kita pun tak mahu anak kita berkerja sebegitu!
Siapakah nanti akan mengambil alih tempat mereka jika mereka
diusir ke negara asal?
Yelek!
Kehidupan kita yang bertambah mewah dan makmur membuatkan
kita semakin tamak dengan meminta lebih banyak dan banyak lagi.
Kita sedang merosakkan negara ini dengan mentaliti negatif
yang kita cipta sendiri.
Kita semakin manja, mengada-ngada dan mementingkan diri
sendiri.
Sebab itu kita bermentaliti subsidi walaupun sudah kaya
raya.
Kita sentiasa mengatakan betapa nostalgia hidup di zaman
harga barang yang masih murah di masa lampau.
Tetapi kita tidak pula mahu menilai berapa upah yang kita
perolehi pada zaman tersebut?
Kekeliruan fikiran kita semakin kronik sebenarnya.
Kita sentiasa merungut tentang pengangkutan awam kita selama
ini tidak cekap, ketinggalan zaman dan sebagainya.
Kita tetap merungut apabila kerajaan telah menyediakan
pengangkutan awam yang lebih cekap, pantas dan futuristik.
Kita komplin tandas awam kotor dan kita akan bandingkan
keadaan tersebut dengan negara lain.
Kita tetap salahkan kerajaan, walhal itu adalah cerminan
sikap dan tabiat kita sendiri.
Kita mengkritik pihak berkuasa menangani penjenayah
berbahaya.
Walhal ianya adalah untuk kesejehteraan kita.
Apa yang kita mahu ubah sebenarnya?
Kini kita sedang masuk ke mulut buaya yang sedang mengangga
luas!
Tiada satu pun negara atau kerajaan di dunia ini yang mampu
melaksanakan apa yang sedang kita khayalkan.
Kita melihat melalui mata lalat tanpa melihat melalui mata
lebah.
Busuk kita anggap wangi dan yang wangi kita anggap busuk
pula!
Belajarlah muhasabah diri!
Belajarlah bersyukur!
