Wednesday, 18 July 2018

Kena faham baru hadam : GST vs SST




Banyak kesalahan yang mengelirukan orang ramai dalam pengiraan yang dibuat.

Dimana rebet GST bagi setiap peringkat?

Sejak bila SST dikira dari KEUNTUNGAN yang diambil? 

Sedangkan SST dikira dari OUTPUT (keuntungan + kos) peringkat pengilang. 



Berikut adalah pengiraan yang betul menggunakan data yang sama seperti yang diterangkan dalam ASTRO AWANI:

Harga 1 Tin Air Soda :

GST: 

Peringkat Kilang
Kos : RM 1
Untung : RM 1

Total : RM 2
GST : RM 0.12

Peringkat Kedai
Kos : RM 2.12.
Untung : RM 1
Total - RM 3.12
Tuntut kastam RM 0.12
Maka RM 3.12 - 0.12 = RM 3

GST RM 0.18

Harga akhir GST = RM 3.18


===============================


SST:

Peringkat Kilang
Kos : RM 1
Untung : RM 1
Total : RM 2

SST : RM 0.20

Peringkat Kedai

Kos : RM 2.20
Untung : RM 1
Total : RM 3.20

Harga akhir SST = RM 3.20



Bendung segera ancaman puak literalis

Pengaruh golongan literalis jika tidak dibendung akan membuka ruang lebih luas kepada penyelewengan agama.

Mutakhir ini, golongan ini semakin lantang mengeluarkan pandangan di media sosial sebagai platform untuk meraih sokongan dan perhatian masyarakat.

Golongan literalis mengeluarkan pandangan supaya orang Islam tidak taasub dengan ulama dan aliran mazhab, sebaliknya merujuk terus kepada dalil al-Quran dan sunah.

Bunyinya 'Islamik', tetapi kesan negatifnya cukup besar kerana ramai terpedaya sehingga dengan lantang mempersoalkan autoriti ulama.

Golongan ini sentiasa mencuba dengan memberi interpretasi baharu yang disifatkan bersesuaian dengan cara hidup dan arus kemodenan semasa.

Banyak persamaan dalam dakyah dibawa golongan ini yang mempunyai matlamat sama untuk menyesatkan akidah umat Islam.

Golongan literalis terlampau keras sekiranya tidak ada dalil khusus yang terkandung dalam al-Quran dan sunah, ia terus dikira haram termasuk amalan membaca surah Yasin pada malam Jumaat serta majlis tahlil.

Fahaman mereka ialah tidak perlu mengikat diri dengan ulama kerana golongan ini tidak maksum, sedangkan hakikatnya ahli agama berfatwa mengikut al-Quran dan sunah yang menjadi sumber hokum.

Golongan ini mahukan kebebasan dalam menterjemah al-Quran dan tidak menerima tafsiran ahli agama.

Jika kepakaran ulama dipersoalkan atas alasan semata-mata mereka tidak maksum, ianya akan turut mempertikaikan sahabat Rasulullah SAW yang juga tidak maksum.

Kesimpulannya, golongan ini telah gagal menggunakan kebijaksanaan akal yang Allah SWT kurniakan dengan sebaiknya.

Mereka hidup berpandukan nafsu sehingga sanggup menggunakan perbandingan yang tidak masuk akal antaranya membenarkan hubungan songsang homoseks dengan alasan ia turut dilakukan oleh haiwan tertentu.

Beriman dan meneguhkan keyakinan umat Islam kepada akidah yang sebenar ialah perkara yang perlu dihebahkan kepada umat Islam dalam mencegah kepada pelbagai pemikiran sesat.


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...