Berdasarkan data rasmi terbaru
dari Bank Negara Malaysia (BNM), defisit kerajaan telah naik satu kali ganda
sejak mereka ambil alih.
Perbelanjaan kerajaan untuk
tempoh Mei hingga Disember 2018 ialah RM187.31 bilion berbanding RM171.65
bilion untuk tempoh 2017 yang sama di bawah kerajaan terdahulu.
Ini bermakna defisit di bawah PH
iaitu RM26.05 bilion untuk tempoh 8 bulan ini adalah kira-kira satu kali ganda
lebih berbanding defisit RM13.2 bilion untuk tempoh yang sama di bawah kerajaan
lalu pada tahun 2017.
Defisit ini meningkat walaupun
mereka telah menjarah RM26 bilion dari Petronas untuk tahun ini.
Jika wang tambahan yang kerajaan
ambil dari Petronas ini tidak diambil kira, kerana kerajaan telah mengalami
defisit sebanyak RM52.05 bilion, iaitu 4 kali ganda berbanding kerajaan lama.
Tetapi yang lebih mencurigakan
ialah perbelanjaan kerajaan untuk tempoh 8 bulan selepas mereka mengambil alih
dari kerajaan lama adalah RM16 bilion lebih tinggi berbanding kerajaan
terdahulu walaupun rata-rata bantuan kepada rakyat telah dimansuhkan atau
dikurangkan.
Di mana perginya perbelanjaan ini
pula?
Untuk siapa?
Mengapa lebih tinggi?
Untuk keseluruhan tahun 2018
pula, defisit kerajaan ialah RM52.7 bilion berbanding RM40.3 bilion di bawah
kerajaan pada tahun 2017.
Oleh itu, hutang rasmi kerajaan
untuk tahun 2018 dijangka telah naik di bawah pentadbiran sekarang iaitu
sekitar RM750 bilion walaupun pelbagai projek dan bantuan telah dimansuh atau
dikurangkan.
Maka impian untuk kerajaan
mencapai hutang RM1 trilion semakin hampir.
Jika wang Petronas tidak
digunakan untuk menutup hasil yang telah berkurangan, hutang negara sudah
sampai RM775 bilion.
Sebelum PRU14, pemimpin sering
berjanji akan turunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 20% dengan mengurangkan
rasuah, pembaziran dan penyelewangan.
Tetapi apa sudah jadi hari ini?
Sebaliknya perbelanjaan, defisit
dan hutang bertambah.
Kalau ikut logik , adakah rasuah,
pembaziran dan penyelewangan telah bertambah di dalam tangan kerajaan?
Saya rasa Menteri Kewangan tidak
akan jawab kerana dia sudah kata dia malas untuk jawab saya walaupun isu
defisit meningkat satu kali ganda merupakan isu besar untuk Rakyat.
Mana beliau berani mengaku
kerajaan telah naikkan defisit negara 100% dan tambahkan lagi hutang negara?
Data-data di lampiran ini, saya
petik dari laporan rasmi Bank Negara Malaysia, bukan dari Universiti palsu :

