Friday, 18 October 2013

Akta Pencegahan Jenayah (PCA)


Akhirnya Dewan Negara telah meluluskan pemindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 bagi mengembalikan bidang kuasa polis mencegah aktiviti jenayah berat dan terancang.

PCA membenarkan penahanan tampa bicara atas kepentingan keselamatan awam khusus ketika kadar jenayah berat semakin menjadi-jadi di negara ini selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Pindaan PCA ini dapat mengembalikan semula ‘taring’ pasukan polis tanpa campur tangan individu atau parti politik di dalam keputusan penahanan individu yang dianggap berbahaya kepada masyarakat. Inilah yang dinanti-natikan oleh mejoriti rakyat Malaysia.

Namun terdapat segelintir manusia yang mempertahankan penjenayah daripada orang awam mahupun anggota polis dengan membangkang apa sahaja keperluan pindaan akta tersebut dengan alasan melanggar hak asasi manusia.

Walaupun penahanan individu di bawah PCA ini dibuat oleh badan kehakiman bebas dan bukannya menteri, jelas sekali ianya dijadikan isu politik. Selama ini ada ura-ura terdapat segelintir ahli politik negara ini yang terlibat di dalam aktiviti kongsi gelap. Seperti cuba mendapatkan imuniti, mereka dengan lantang cuba menyekat kuasa untuk polis bertindak. Selama ini ‘pihak’ yang sama juga yang menuduh polis tidak menjalankan tugas dengan cekap sehinggakan kes-kes tembakan berleluasa dan mereka menggelarkan negara Malaysia sebagai ‘negara koboi’.

‘Pihak-pihak’ yang menolak pindaan PCA ini mahu mereka dilihat sebagai pejuang dan jaguh demokrasi dan hak asasi dengan menuduh pindaan itu bertentangan dengan hak asasi manusia dan kononnya kerajaan mahu menghidupkan kembali ISA.

Sebenarnya PCA dan ISA amat berbeza kerana PCA hanya menyasarkan kepada jenayah kekerasan yang ketara dan menakutkan orang ramai. ISA pula berkaitan dengan keselamatan negara seperti ancaman komunis.

Selepas pindaan PCA diluluskan, ianya boleh menjadi perkakasan penting polis bagi memastikan keadaan selamat untuk seluruh anggota masyarakat. Pindaan PCA membawa impak yang besar terhadap bidang kuasa polis dan seterusnya pasukan polis lebih yakin untuk bertindak terhadap kes-kes jenayah berat.

Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pasukan polis yang terus berusaha menjaga keamanan rakyat amnya juga keselamatan nyawa, keluarga dan harta benda ‘mereka’ yang setiap masanya kerjanya mencaci-maki dan merendah-rendahkan pasukan ini di dalam dan luar negara.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...