Friday, 13 December 2013

Kehebatan Orang Kita!


'Orang kita’ tak hebat manapun dalam hal-hal ekonomi, pelajaran, perniagaan, politik atau hal-hal berkaitan dengan duniawi, tetapi ‘kehebatan’ mereka terselah terutamanya di dalam hal-hal membabitkan akhirat.

‘Orang kita’ mahu menjadi lebih ‘alim’ dari orang paling ‘alim’ di alam maya ini. 

Mahu mengapai syurga di martabat yang paling ‘top’ dan ingin beristerikan bidadari yang paling ‘montok’. Sebab itulah, fikiran ‘Orang kita’ sentiasa bercelaru di dalam mencari kehidupan yang terbaik di akhirat nanti.

Ada kenal Harun Mat Saat? Rupanya macam ‘Orang kita’ aje, ada telinga, mata, makan, minum, berak, kentut, kencing, hisap rokok dan mungkin ada hati juga nak berbini 3.

Bukankah pelik bin ajaib? 

Apabila dia mengangkat dirinya ‘Tuhan’ ramai pulak ‘Orang kita’ yang ‘beriman’ kepadanya sehingga ada yang sanggup menjadi ‘pembunuh sukarela’ kepada ‘Tuhan‘ yang tak cukup ‘sifat’ ini.

Apakah kira-kira 31 orang pengikutnya mahu mencari syurga first class? 

Dulu wujud Ayah Pin, juga ramai pengikutnya. Rata-ratanya juga ‘Orang kita’. 


Maka itu, tidak hairanlah jika ada ‘Orang kita’ yang sering tercari-cari kepuasan lain di dalam hal-hal berkaitan akhirat.

‘Orang kita’ menjadi sebahagian dari pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak lahir sudah tidak mencukupi. ‘Orang kita’ mahu lebih supaya dapat dijamin masuk syurga first class.

Jika bukan soal syurga atau akhirat apa lagi yang ‘Orang kita’ cari sehingga fahaman agama sesat dan xtreme seperti Syiahpun mereka cari? 

‘Orang kita’ sudah tidak mencari Hambali, Hanafi, Sahafi'e atau Maliki lagi, sebaliknya mencari 'sesuatu' yang di luar kotak dengan memilih Syiah sebagai ‘ikut-ikutan’.

Mungkin mereka ‘tertarik’ dengan ‘syurga’ ciptaan agama sesat ini iaitu kawin mutaah. 

Pada mereka, mungkin agama Syiah telah menawarkan ganjaran ‘lumayan’ di dunia dan di akhirat dan boleh diguna pakai tanpa was-was, malah mendapat ganjaran syurga first class berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengharamkan zina.

Kehebatan ‘Orang kita’ yang paling menyerlah dan nyata adalah berkaitan dengan soal-soal 'politik bongok'. 

Sebab itu di negara ini, semakin ramai ustaz dan ustazah sama ada secara 'rady made' atau benar-benar 'masak', tetapi semakin ramailah pulak masyarakat ‘Orang kita’ hidupnya sentiasa di dalam keadaan berpecah belah, berpatah arang berkerat rotan serta fikiran bercelaru untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

Dalam soal beragama pun ‘Orang kita’ sentiasa kalut dan bercelaru sehinggakan persoalan berkaitan ranting dan sangat kecil isunya seperti persoalan ‘makan kepala ikan nanti otak jadi bengap’ pun menjadi perbahasan yang begitu serius, seolah-olah Allah SWT tidak faham niat kita semua. 

Apa sudah jadi ha?


Kerja depa siang malam asyek nak berdebat ja, sapa yang betoi dan akhirnya depa saja lah yang benaq!

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...