Keresahan berterusan
di kalangan rakyat jelata terutamanya yang berpendapatan rendah kini tentunya berkaitan
isu kenaikan harga barang keperluan asas.
Isu ini jika tidak
ditangani dengan baik akan mengakibatkan rakyat ‘murka’ dan selogan “Rakyat
didahulukan dan pencapaian diutamakan” hanya sekadar angan-angan Mat Jenin.
Ramai yang bimbang,
kenaikan itu tidak dapat dibendung terutamanya menjelangan perayaan tahun Baru
Cina akhir bulan ini.
Di mana silapnya?
Apakah punca kenaikan ini semua? Adakah berpunca kenaikan kos disebabkan kenaikan
harga petrol, kenaikan tarif elektrik atau berpunca dari kadar gaji minimum?
Atau ada pihak yang sengaja merancang kenaikan ini semata-mata mahu menggulingkan kerajaan atau bersikap
tamak haloba dengan mengaut keuntungan berganda-ganda?
Tetapi bukan
mustahil, ada pakatan dalam kalangan persatuan, penjual, pembekal, pemborong
atau pengeluar berpakat menaikkan harga terutamanya barangan keperluan asas.
Satu WhatsApp yang aku terima semalam, secara
terang-terang menuntut pelanggan yang menghadapi masalah kenaikan harga makanan
di sebuah gerai supaya menyalahkan UMNO. Peniaga tersebut dengan mudah
meletakkan kenaikan itu sebagai kesalahan BN (UMNO) semata-mata.
Penaiaga tersebut telah
mengaut dua keuntungan. Pertama mengaut laba berlipat ganda dan keduanya
berjaya menanam kebencian terhadap kerajaan,
Pada masa sekarang, ‘permaianan’
menaikkan harga akan diterima bulat-bulat oleh rakyat kerana kejayaan segelintir
persatuan, penjual, pembekal, pemborong atau pengeluar berkonspirasi menjayakan
agenda mereka.
Jangan terkejut
apabila berkunjung ke kedai-kedai runcit, pasaraya dan gedung-gedung membeli
belah berjenama besar yang dikuasai oleh taikun-taikun terkenal, beberapa
barangan keperluan asas berkurangan secara mendadak atas alasan tiada bekalan.
Ini merupakan salah satu tindakan konservertif bagi menaikkan harga barangan
asas tertentu.
Begitulah ‘permainan’
yang dijalankan secara agrasif sekarangan ini dalam usaha menjatuhkan pihak
lain terutamanya bangsa Melayu.
Isu kenaikan harga
keperluan asas perlu ditangani dengan kadar segera supaya ianya tidak
merosakkan pemikiran rakyat yang sememangnya memerlukan pembelaan sewajarnya
dari kerajaan.
Pak Menteri yang diamanahkan
untuk menangani berkaitan dengan perkara ini perlu bertindak lebih proaktif
bagi mencari jalan penyelesaiannya walau dengan apa cara sekalipun. Bukan hanya
memberi jawapan bodoh, seperti “Harga gula naik, kurangkan makan gula nanti
kena kencing manis”, “Harga ayam naik, jangan makan ayam, makan ikan”, “harga
ikan melambung tinggi, jangan makan ikan, makan ayam”.
Kata-kata Pak
Menteri ini telah membodohkan rakyat jelata menyebabkan mereka bertambah ‘murka’.
Pak Menteri ini sepatutnya memberi jawapan yang menggambarkan beliau sebenar-benarnya
layak dilantik sebagai Pak Menteri.
Berkaitan Pak Menteri
dan agensi-agensi yang diamanahkan, carilah punca kenaikan, apakah yang harus
dilakukan. Jika orang tengah menjadi punca, apakah tindakan yang patut beliau dan agensi-agensi di bawah kekuasaan beliau akan ambil tindakan.
Paling penting,
gerakkan satu usaha yang drastik supaya senario sektor perniagaan tidak didominasi
oleh hanya satu kaum sahaja bagi membekalkan barangan keperluan asas perlu disegerakan.
Peranan KR1M perlu
diperluaskan di serata pelusuk daerah dan kawasan di seluruh negara sama ada di bandar mahupun di luar bandar bagi membentu rakyat mendapatkan barangan
keperluan harian pada kadar yang amat berpatutan. Tetapi, sejauh manakah KR1M
ini boleh bertahan?
Gugurkanlah Pak-Pak Menteri
yang kerjanya asyek duduk di ‘kerusi empuk’ dan mencari 1001 alasan menepis
permasalahan rakyat ini.
Kerajaan yang
diamanahkan mestilah memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam
perkara berkaitan kenaikan kos sara hidup rakyat. Carilah jalan penyelesaiannya
walaupun setiap tindakkan akan merugikan segelintir kecil kroni, tetapi
menguntungkan mejoriti rakyat terutamanya yang miskin dan mereka yang pendapatannya hanya cukup-cukup makan dan membayar hutang sahaja.


