Kini institusi ulama
serta umarak sudah tidak lagi dihormati dan merupakan satu fenomena terbaru
melanda negara.
Sekiranya kedua-dua
institusi berkenaan dihormati dan dipatuhi, situasi seperti pengunaan kalimah
Allah dalam kitab bukan Islam serta penghinaan terhadap Islam yang semakin
berleluasa sejak akhir-akhir ini tidak berlaku.
Masyarakat hari ini
sudah tidak lagi menghormati golongan ulama. Fatwa yang ditetapkan mereka demi
kepentingan Islam juga sering dilanggar.
Mahkamah telah
memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, namun tetap
dilanggar. Sultan menitahkan perkara sama namun tidak diendahkan, ulama pula
telah menetapkan fatwa, tetapi langsung tidak dihormati.
Apabila kehebatan,
kewibawaan ulama dan umarak telah hilang, masyarakat sudah tidak lagi
menghormati kedua-dua institusi ini, maka Islam juga turut tidak dihormati
malahan dipersendakan.
Sekarang apa yang
keluar daripada mulut para ulama dan umarak langsung tidak memberi apa-apa
makna dan kesan kepada masyarakat.
Walaupun ulama dan
umarak bukan maksum dan tidak lari dari segala kesalahan, tetapi tidak
seharusnya mereka diperlekehkan dengan seolah-oleh ‘menelanjangkan’ institusi
ini apabila apa yang diinginkan tidak dipatuhi.