Penduduk
Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang
dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru
Cina Muslim membuka tudung.
Wanita
itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.
Utusan
Malaysia difahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang
berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun
supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat
demikian.
Berikutan
ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan
berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah
sekolah di bandar ini.
Sementara
itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff
kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas
hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.
"Walaupun
saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama
sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak
berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh
mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
"Harapan
saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada
sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak
diingini.
"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat
oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.
