Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini isu-isu panas yang mencabar keimanan dan kesabaran umat Islam
TELAH berlaku secara terang-terangan.
Pelik! Kenapa baru
sekarang pihak gereja bersungguh-sungguh malah secara terang-terangan berani
membuat tuntutan berkaitan isu pengunaan kalimah Allah?
Tak cukup dengan
itu, isu COMANGGO membuat pelbagai tuntutan dan hujah palsu di peringkat
antarabangsa mempersoalkan kedudukan Islam di negara ini.
Selain itu, pelbagai
isu berkaitan Islam dipersenda dan dihina secara terang-terangan oleh individu
dan NGO yang anti Islam di laman-lama sosial juga semakin menjadi-jadi.
Sering kali kita
lupa hakikatnya apa yang berlaku merupakan musibah Allah ke atas umat Islam di
negara ini lantaran tingkah dan olah umat Islam sendiri.
Tidak sukar mencari
punca segala kemelut yang melanda umat Islam di negara ini. Juga tidak sukar
mengenal pasti sebab keberanian luar biasa puak-puak minoriti kafirun ini.
Jawapannya adalah
berkaitan keadaan umat Islam yang terus-menerus berantakan sesama sendiri dari
sekecil-kecil hingga sebesar-besar isu.
Hal yang menyentuh
kepentingan bersama khususnya berkaitan agama dan bangsa pun mereka kekal
bercelaru dan tidak mahu bersatu.
Isu mendasar
menyentuh aspek kegersangan nilai yang melanda umat Islam hingga tidak lagi
mengikut ajaran Islam dan sunnah yang dibawa oleh Nabi SAW
Ramai mendakwa
pengikut Nabi SAW, tapi hakikatnya tidak meneladani dan mengikut jalan Nabi SAW.
Berdegar-degar
dengan slogan perjuangan Islam, tapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan
adab Islam anjuran Nabi SAW.
Sunnah terpenting
dan utama dianjurkan oleh Nabi SAW ialah sifat berkasih sayang. Juga ianya
telah diulang-ulang di dalam al-Quran.
Bila nilai kasih
sayang sesama Islam dipinggirkan sedang sifat benci dan dendam yang lebih
membudaya dan mengakar, maka dengan sendirinya kekuatan umat Islam akan hilang.
Pemikiran yang
diselaputi sentimen amarah dan benci lantaran terlalu taksub berparti politik
dan perkumpulan mestilah dijernihkan kembali agar budaya berkasih sayang di
dalam masyarakat muslim di negara ini dipulihkan.
Jangan kerana ‘taksub
bodoh’ angkara perbezaan parti politik dan perkumpulan, kita sanggup
meruntuhkan kekuatan ukhuwah. Natijahnya nanti akan meruntuhkan Islam.
Maruah umat Islam di
negara ini hanya dapat ditebus apabila kita bersedia melupakan perselisihan dan
perbezaan.
Nilai agama dan
bangsa mampu dimartabatkan apabila kita berpegang kepada ajaran Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu nilai BERKASIH SAYANG.
Allah berfirman: Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
kalangan kamu, sangat mengambil berat dia terhadap sesuatu yang mendatangkan
mudharat kepada kamu, amat sangat menginginkannya semua perkara yang baik bagi
kamu dan kepada orang mukmin amat sayang
baginda terhadap mereka. (At-Taubah: 128)
Allah berfirman: Muhammad itu utusan Allah dan orang yang
bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan
Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka. (Al-Fath: 29)

