Tuesday, 14 January 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 25 RAI’UL AWAL 1435 HIJRAH.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini isu-isu panas yang mencabar keimanan dan kesabaran umat Islam TELAH berlaku secara terang-terangan.

Pelik! Kenapa baru sekarang pihak gereja bersungguh-sungguh malah secara terang-terangan berani membuat tuntutan berkaitan isu pengunaan kalimah Allah?

Tak cukup dengan itu, isu COMANGGO membuat pelbagai tuntutan dan hujah palsu di peringkat antarabangsa mempersoalkan kedudukan Islam di negara ini.

Selain itu, pelbagai isu berkaitan Islam dipersenda dan dihina secara terang-terangan oleh individu dan NGO yang anti Islam di laman-lama sosial juga semakin menjadi-jadi.

Sering kali kita lupa hakikatnya apa yang berlaku merupakan musibah Allah ke atas umat Islam di negara ini lantaran tingkah dan olah umat Islam sendiri.

Tidak sukar mencari punca segala kemelut yang melanda umat Islam di negara ini. Juga tidak sukar mengenal pasti sebab keberanian luar biasa puak-puak minoriti kafirun ini.

Jawapannya adalah berkaitan keadaan umat Islam yang terus-menerus berantakan sesama sendiri dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar isu.

Hal yang menyentuh kepentingan bersama khususnya berkaitan agama dan bangsa pun mereka kekal bercelaru dan tidak mahu bersatu.

Isu mendasar menyentuh aspek kegersangan nilai yang melanda umat Islam hingga tidak lagi mengikut ajaran Islam dan sunnah yang dibawa oleh Nabi SAW

Ramai mendakwa pengikut Nabi SAW, tapi hakikatnya tidak meneladani dan mengikut jalan Nabi SAW.

Berdegar-degar dengan slogan perjuangan Islam, tapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan adab Islam anjuran Nabi SAW.

Sunnah terpenting dan utama dianjurkan oleh Nabi SAW ialah sifat berkasih sayang. Juga ianya telah diulang-ulang di dalam al-Quran.

Bila nilai kasih sayang sesama Islam dipinggirkan sedang sifat benci dan dendam yang lebih membudaya dan mengakar, maka dengan sendirinya kekuatan umat Islam akan hilang.

Pemikiran yang diselaputi sentimen amarah dan benci lantaran terlalu taksub berparti politik dan perkumpulan mestilah dijernihkan kembali agar budaya berkasih sayang di dalam masyarakat muslim di negara ini dipulihkan.

Jangan kerana ‘taksub bodoh’ angkara perbezaan parti politik dan perkumpulan, kita sanggup meruntuhkan kekuatan ukhuwah. Natijahnya nanti akan meruntuhkan Islam.

Maruah umat Islam di negara ini hanya dapat ditebus apabila kita bersedia melupakan perselisihan dan perbezaan.

Nilai agama dan bangsa mampu dimartabatkan apabila kita berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu nilai BERKASIH SAYANG.

Allah berfirman: Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu, sangat mengambil berat dia terhadap sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada kamu, amat sangat menginginkannya semua perkara yang baik bagi kamu dan kepada orang mukmin amat sayang baginda terhadap mereka. (At-Taubah: 128)

Allah berfirman: Muhammad itu utusan Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka. (Al-Fath: 29)


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 25 RAI’UL AWAL 1435 HIJRAH.



Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...