Yair Lapid Menteri Kewangan Israel membuat kenyataan, kampen boikot terhadap negara itu telah menjejaskan ekonominya.
![]() |
| Yair Lapid |
Menurutnya, Israel telah kerugian lebih AS$4 bilion ekoran
kempen boikot yang telah berjalan ekoran isu penempatan haram Yahudi di tebing
Barat hingga serangan terhadap Gaza.
Bukan semua di Barat menyokong rejim Israel antaranya:
- Pertubuhan Pengajian Amerika (ASA) menggantung kerjasama dengan institusi pendidikan Israel yang menyokong dan beroperasi di penempatan haram Yahudi.
- Bank terbesar Jerman, Deutsche Bank (DB) telah menyenarai hitam Hapoalim Bank milik Israel.
- Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), mungkin mengenakan sekatan penerbangan ke Tel Aviv.
- Industri pelancongan Israel terjejas teruk ekoran boikot oleh agensi pelancongan terbesar Jerman.
- Chile mengurangkan hubungan dagangan dengan Israel.
- Rangkaian perniagaan Britain, John Lewis telah mengurangkan perdagangan dengan syarikat Israel, Soda Stream.
- Artis terkemuka seperti Pink Floyd, Massive Attack dan Faithless membatalkan persembahannya di Israel.
- John Legend, Rihanna, Selena Gomez dan Zayn Malik turut bersama-sama mengadakan bantahan terhadap rejim Zionis.
- Joey Barton, pemain bola sepak QPR sentiasa lantang menyuarakan bantahannya terhadap Israel.
- Christiano Ronaldo enggan bertukar jersi dengan pemain pasukan Israel kerana tidak mahu bersekutu dengan pembunuh rakyat Palestin. Malahan beliau mendermakan wang hasil lelongan kasut emas yang dimenanginya kepada kanak-kanak Palestin.
- Rangkaian pasaraya terbesar Britain, Tesco tidak lagi menjual produk Israel.
- Tokoh sains dunia Stephen Hawking turut boikot sidang pengajian Israel.
- Antara gereja terbesar di USA, Gereja Presbyrian telah menghentikan pelaburannya di Israel dan syarikat yang bersekutu dengan Israel.
Di negara kita pula, kempen boikot kadang-kadang macam
hangat-hangat taik ayam berak kapur …… di harapkan Istiqomah dan teruskan
kempen BOIKOT ISRAEL!....... insya’allah.
