Tindakan Majlis Peguam yang didominasi kaum Cina baru-baru ini, telah menganjurkan
perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Ianya dilihat benar-benar menjejaskan
kreadibiliti seluruh pengamal perundangan di Malaysia selain adanya agenda besar tersembunyi sedang diperjuangkan oleh puak-puak tertentu.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Hak-hak orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Hak-hak orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Hak-hak keistimewaan
orang Melayu dan bumiputera meliputi:
- Perkara 8 (5) (f) – Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan.
- Perkara 152 (2,3 dan 4) - Bidang Perkhidmatan Awam.
- Perkara 153 (6) – Bidang Ekonomi
- Perkara 153 (2, 3, 4) – Bidang pelajaran.
- Semua hak-hak ini tidak boleh dicabar, dipertikaikan dan dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
Jika akta ini
dihapuskan, maka hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
boleh dicabar oleh sesiapapun dan akhirnya akan dihapuskan.
Ramai juga anak-anak
muda Melayu yang sikapnya terlalu terbuka dan mempunyai perasaan dengki dan sakit hati terhadap bangsa sendiri serta terikut-ikut dengan agenda kotor puak-puak ini.
![]() |
Selain itu, salah
satu kepentingan Akta Hasutan 1948 adalah demi menjaga keharmonian sejagat antara
kaum di negara ini.
Kerajaan harus
mengambil iktibar kesan pemansuhan Akta keselamatan dalam Negeri (ISA).
Pemansuhan ISA telah memberi kesan yang sangat besar terhadap senario keselamatan negara apabila telah dieksplotasi oleh puak-puak yang mempunyai agenda tersembunyi ini.
Pemansuhan ISA telah memberi kesan yang sangat besar terhadap senario keselamatan negara apabila telah dieksplotasi oleh puak-puak yang mempunyai agenda tersembunyi ini.
Nota:
- Bangsa lain berjuang bermati-matian mempertahankan kepunyaannya dan segelintir Melayu pula berjuang bermati-matian untuk melepaskan kepunyaannya untuk diserah kepada orang lain.



