Thursday, 20 November 2014

Lambakan Pekerja Asing


Amat janggal apabila ada di kalangan pemimpin kerajaan dan NGO, meletakkan masalah kebanjiran buruh warga asing terhadap para majikan di negara ini. Tetapi ianya menjadi kebiasaan apabila kita mendengar mereka menyalahkan rakyat biasa kerana terlalu memilih bidang perkerjaan.

Di negara ini, para majikan mengambil kesempatan di atas alasan kekurangan tenaga buruh lalu meminta kerajaan membenarkan mereka menggaji warga asing. Itulah taktik para majikan yang sebenar untuk mengeksplotasi tenaga buruh asing demi memperolehi keuntungan berkali-kali ganda.

Para majikan sanggup menggaji warga asing dengan upah yang sangat murah dan mereka boleh dipaksa kerja siang dan malam dan 7 hari seminggu sehingga mengakibatkan rakyat tempatan akan tersingkir dengan sendirinya.

Walaupun selama ini sumbangan tenaga kerja asing dikatakan mampu menyelesaikan masalah permintaan tenaga kerja yang tinggi, kini sudahpun timbul pula masalah serius kepada kestabilan negara.

Kerajaan begitu gah dan bangga merancang pembangunan ekonomi, tatapi peliknya kebanjiran pekerja asing sudah tidak terkawal. Nisbah rakyat Malaysia dan warga asing di negara ini sudah di tahap kritikal iaitu 29 juta : 6 juta.

Jika tidak ditangani dengan segera, maka kita akan menjadi seperti UAE, di mana nisbah pekerja asing melebihi nisbah warga tempatan dan Bahrain nisbah warga asingnya hampir menyamai nisbah warganya sendiri.

Kerajaan seharusnya menyontohi Jerman iaitu mengenakan undang-undang ketat  berkaitan peraturan menggaji warga asing.

Di Jerman, majikan dikehendaki membayar melebihi separuh daripada upah apabila menggaji warga asing berbanding warga tempatan. Namun warga asing akan membayar separuh daripada upah yang diperolehi kepada pihak kerajaan. 

Peraturan tersebut dapat mengawal majikan daripada menggaji warga asing dan seterusnya dapat menjamin kebajikan warganya. 

Seterusnya, apabila majikan yang menggaji warga asing tersebut muflis atau menutup perniagaannya, maka undang-undang meminta majikan tersebut menghantar pulang pekerja-pekerja mereka ke negara masing-masing.

Berbanding di Malaysia, kerajaan sentiasa mengikut telunjuk para majikan dan hanya menyalahkan lambakkan pandatang asing termasuk PATI di pihak rakyat biasa.

Mungkin tahap penyelewengan di dalam agensi penguatkuasa berada di skala terlalu lemah dan sebab itu jugalah berkemungkinan alasan diberikan dengan ‘menuduh’ rakyat negara ini ‘suka memilih pekerjaan’ bagi alasan kepada lambakan perkerja warga asing dan PATI berada pada tahap yang amat serius.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...