Bagi Aktivis dan Islamis di negara ini, perkataan asobiyyah amat pantang disebut kerana haram dan jahiliyyah.
Tafsiran ini merupakan satu tafsiran yang 'terkongkong' dan jumud.
Tafsiran ini merupakan satu tafsiran yang 'terkongkong' dan jumud.
Ibn Khaldun adalah sarjana pertama mengungkapkan
kepentingan dan keperluan asobiyyah sebagai asas pembinaan peradaban Islam yang
beliau sebut sebagai Asobiyyah Qurasyh.
Konsep Asobiyyah ini dalam Bahasa Eropah disebut sebagai
Espirit de Corps.
Disebabkan orang Melayu kita sudah hilang Espirit de Corps akibat
dimomokkan dengan ciri-ciri haram dan jahiliyyah oleh aktivis Islamis yang sebegini.
Mereka tidak mahu memperjuangkan hak-hak Melayu yang di dalamnya banyak merangkumi hak-hak Islam.
Mereka tidak mahu memperjuangkan hak-hak Melayu yang di dalamnya banyak merangkumi hak-hak Islam.
Bangsa Cina di Malaysia tidak kira MCA, DAP, Gerakan, PKR dan
lain-lain, boleh bersatu dan bersama dalam banyak hal demi kepentingan bahasa,
budaya, pendidikan, politik dan ekonomi atas dasar asobiyyah (nasionaisme) Kecinaan.
Disebabkan bangsa Melayu sudah membuang Asobiyyah Kemelayuan
mereka, maka tidak mungkin untuk mereka bersatu dan bersama dalam banyak hal.
Kadang-kadang rasa janggal, apabila ada Melayu condemn
bangsa sendiri secara berlebih-lebihan.
sifat-sifat Melayu yang sering mereka gambarkan semuanya buruk-buruk belaka dan menganggap perjuangan memperkasakan bangsa sendiri sebagai asobiyyah dan haram di sisi agama.
sifat-sifat Melayu yang sering mereka gambarkan semuanya buruk-buruk belaka dan menganggap perjuangan memperkasakan bangsa sendiri sebagai asobiyyah dan haram di sisi agama.
Di sebabkan semangat nasionalisme bangsa Melayulah maka bangsa ini telah membina sebuah negara yang stabil, aman
dan makmur jauh lebih baik dari banyak negara yang dikatakan Islamik.
Seburuk-buruk sifat Melayu seperti yang dimomokkan, bangsa
Melayu jauh lebih baik dari orang Arab, Afrika, India, Iran, Turkey, Pakistan,malahan sesetengah banga yang dikatakan lebih maju di dalam dunia ini.
Sesetengah bangsa yang telah mengasingkan perjuangan asobiyyah dengan agama di dalam dunia ini, lebih mudah menumpahkan darah terhadap bangsa mereka sendiri!
Pembunuhan sesama umah berlaku saban hari, sehinggakan di dalam rumah Allah pun keadaannya tidak selamat lagi.
Sesetengah bangsa yang telah mengasingkan perjuangan asobiyyah dengan agama di dalam dunia ini, lebih mudah menumpahkan darah terhadap bangsa mereka sendiri!
Pembunuhan sesama umah berlaku saban hari, sehinggakan di dalam rumah Allah pun keadaannya tidak selamat lagi.
Fenomena melakukan generalisasi memburuk-burukkan bangsa Melayu
dari segala segi terutamanya di negara ini adalah berpunca terhadap ketaksuban
fahaman berpolitik yang menganggap ‘mereka sahaja betul’ serta didokong oleh
puak-puak kiasu yang meneguk di air keruh.
Bangsa Melayu harus membuka minda dari kejumudan, dimana
asobiyya(nasionalisme) dan agama di negara ini berjalan seiringan.
Di negara ini, tiada istilah berkaitan nasionalisme sekular, kerana nasionalis Melayu tidak pernah memisahkan perjuangan mereka dengan Islam.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu ditakrifan
sebagai seorang Islam dan Islam itu merupakan akar kepada bangsa yang bernama Melayu.
Di Indonesia pula, Para ulama dikalangan NU, Hadlaratusy Syaikh KH. Hasyim
Asy'ari pernah mengatakan:
"Agama dan Nasionalisme adalah dua kutub yang tidak berseberangan. Nasionalisme adalah bagian dari Agama, dan keduanya saling
menguatkan"
Beliau membedakan antara nasionalisme yang bertumpu pada
nilai-nilai Islam dan nasionalisme yang sekuler.
Beliau menegaskan bahwa rasa kebangsaan Nahdlatul Ulama
tumbuh dan dilandasi nilai-nilai keagamaan pesantren.
Hal inilah yang
membedakan nasionalisme NU dengan nasionalisme sekular.
NU telah memberikan sumbangsih dalam menentukan bentuk
negara Indonesia; sebuah negara yang dijiwai nilai-nilai agama dan
nasionalisme.
Salah satu pendiri Nahdlatul Ulama KH. Abdul Wahab Hasbullah
bahkan pernah membentuk organisasi Nahdlatul Wathan (Kebangkitan Tanah Air)
pada tahun 1916.

