Kaum cina khususnya menyambut Tahun Baharu sehari sahaja
lagi dan sudah semestinya perayaan di bumi Malaysia ini sentiasa meriah dengan
kepelbagaian kaum yang turut sama menyambutnya.
Rasanya dah menjadi tradisi buat Malaysia untuk setiap
perayaan itu disambut bersama-sama tanda keakraban dan persahabatan sesama
kaum.
Suasana kemeriahan itu pasti ada kerana masing-masing bebas
menyambut perayaan masing-masing tanda dan bukti betapa Malaysia sentiasa
menghormati hak kaum dan agama lain.
Tetapi di Brunei lain ceritanya pula .....
Brunei mengetatkan undang-undang berkaitan sambutan Tahun
Baru Cina, antaranya dengan mengharamkan tarian Singa dekat dengan masa solat
dan persembahan oleh orang bukan Cina.
Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan menyeru
supaya orang Islam menghindari perayaan bukan Islam.
Tarian singa kini hanya dibenarkan antara 19 hingga 21
Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang.
Persembahan itu hanya boleh diadakan di tokong, dewan
sekolah rumah anggota-anggota persatuan Cina.
Brunei turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang
digunakan secara tradisi ketika perayaan itu.
Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa
khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam
kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan
akidah.
Bukankah hebat negara kita!! Sehinggakan ada yang boleh
diumpamakan ‘kaduk naik junjung’ semuanya on belaka.