Hari ini Islam sudah terlalu
banyak perpecahannya.
Hari ini ada segelintir yang
menggelar diri mereka ‘ulama muda’ yang akan ‘membetulkan’ aqidah orang Islam
yang telah ‘tersesat’ dalam ritual peribadatannya di negara kita.
Ramai di kalangan mereka ini baru sahaja menamatkan
pengajian mereka dari Timur Tengah.
Ilmuan mereka tentu lebih hebat berbanding imam dan lebai kampung yang hanya belajar pondok je!!
Ilmuan mereka tentu lebih hebat berbanding imam dan lebai kampung yang hanya belajar pondok je!!
Sesungguhnya golongan ini sudah
membawa benih-benih perpecahan dan ‘kekeliruan’ tentang ajaran Islam dalam kalangan generasi muda secara am.
Golongan ini suka membidaahkan
amalan orang lain dan tidak sekali-kali menghormati ikhtilaf dan khilafiyyah
ulama-ulama besar terdahulu.
Bagi mereka tiada bidaah hassanah
mahupun dolallah, semua pukul ratanya adalah sesat dan masuk neraka kepada
pengamalnya.
Mereka memberi penegasan bahawa semua
bidaah merupakan kemungkaran dan wajib ditentang.
Golongan ini amat marah apabila
masyarakat kampung membaca surah Yassin pada setiap malam Jumaat kerana katanya
tiada nas. Mereka berhujah, setiap ibadat kena ada nas dan dalil.
Tetapi adakah di dalam al-Quraan atau
al-Sunnah ada nas yang khusus melarang bacaan Yassin pada malam Jumaat?
Jawab nya tentu tidak!!!
Bukankah
di dalam al-Quran dan al-Sunah ada dinyatakan perintah mengamalkan ibadah khusus
dan umum?
Segelintir ‘ulama muda’ ini telah
membawa pelbagai aliran pemikliran yang ‘baru’ di dalam masyarakat.
Ramai masyarakat terutamanya
generasi muda terkeliru yang mana jalan yang mesti diikut, ‘lama’ atau ‘baru’?
Generasi muda sekarang sudah mula
menyanggah ibadah umum yang sudah menjadi tradisi dan amalan kehidupan orang kampung
selama ini.
Umpanya, bacaan tahlil arwah, membaca
al-Quran di perkuburan, bacaan Qunut Subuh, membaca talqin kematian, bacaan takhrim sebelum subuh, marhaban rumah
ke rumah hari raya dan sambutan Maulidurrasul.
Golongan ini menegaskan, budaya
Melayu ini semuanya adalah perbuatan bidaah, menyesatkan dan sia-sia.
Yang terbaharu adalah bacaan
berzanji yang menjadi budaya semasa majlis cukur jambul baby masyarakat kampung juga turut
dibidaahkan.
Mereka mengatakan ianya bermula
dari amalan budaya Syiah dan sesiapa yang mengamalkannya akan dikira berdosa.
Jangan sampai nanti mereka membidaahkan amalan sembahyang sunat terawikh berjamaah di masjid-masjid atau surau-surau di malam Ramadhan sudah le!!!
Semuanya bidaah kerana tiada nas dan tidak pernah berlaku di zaman nabi s.a.w.
Kadang kita tengok perpecahan
agama Islam lebih dahsyat berbanding Kristian Katolik dengan Kristian Protestan.
Mungkin orang Islam memang suka berpecah-belah
berkaitan maslahat agama hingga akhirnya membawa kepada pertumpahan darah.
Kemuncaknya nanti akan muncul puak-puak
ekstremis dan radikal seperti IS, ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban, Boko Haram,
Al-Maunah, Abu Sayaf, JI atau sebagainya.
Tidak pula golongan ini
mebidaahkan segelintir Muslim yang mengebom dan menimbak mati saudara Muslim mereka
yang lain?
Kenapa dan mengapa?
Islam apakah yang mereka belajar
sebenarnya?
Di negara ini ramai sekali yang berstatus
ustaz, ustazah atau ulama, tetapi mereka leka berpolitik dan mengejar ‘glemour’
di dalam facebook mencari berapa
banyak ‘like’.
Hingga lupa tanggungjawab yang ‘lebih
utama’, iaitu penyatuan umah di dalam satu aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah.
Wallahu’alam …