Monday, 9 March 2015

Monoloq Ugama


Hari ini Islam sudah terlalu banyak perpecahannya.

Hari ini ada segelintir yang menggelar diri mereka ‘ulama muda’ yang akan ‘membetulkan’ aqidah orang Islam yang telah ‘tersesat’ dalam ritual peribadatannya di negara kita.

Ramai di kalangan mereka ini baru sahaja menamatkan pengajian mereka dari Timur Tengah.

Ilmuan mereka tentu lebih hebat berbanding imam dan lebai kampung yang hanya belajar pondok je!!

Sesungguhnya golongan ini sudah membawa benih-benih perpecahan dan ‘kekeliruan’ tentang ajaran Islam dalam kalangan generasi muda secara am.

Golongan ini suka membidaahkan amalan orang lain dan tidak sekali-kali menghormati ikhtilaf dan khilafiyyah ulama-ulama besar terdahulu.

Bagi mereka tiada bidaah hassanah mahupun dolallah, semua pukul ratanya adalah sesat dan masuk neraka kepada pengamalnya.

Mereka memberi penegasan bahawa semua bidaah merupakan kemungkaran dan wajib ditentang.

Golongan ini amat marah apabila masyarakat kampung membaca surah Yassin pada setiap malam Jumaat kerana katanya tiada nas. Mereka berhujah, setiap ibadat kena ada nas dan dalil.

Tetapi adakah di dalam al-Quraan atau al-Sunnah ada nas yang khusus melarang bacaan Yassin pada malam Jumaat?

Jawab nya tentu tidak!!!

Bukankah di dalam al-Quran dan al-Sunah ada dinyatakan perintah mengamalkan ibadah khusus dan umum?

Segelintir ‘ulama muda’ ini telah membawa pelbagai aliran pemikliran yang ‘baru’ di dalam masyarakat.

Ramai masyarakat terutamanya generasi muda terkeliru yang mana jalan yang mesti diikut, ‘lama’ atau ‘baru’?

Generasi muda sekarang sudah mula menyanggah ibadah umum yang sudah menjadi tradisi dan amalan kehidupan orang kampung selama ini.

Umpanya, bacaan tahlil arwah, membaca al-Quran di perkuburan, bacaan Qunut Subuh, membaca talqin kematian, bacaan takhrim sebelum subuh, marhaban rumah ke rumah hari raya dan sambutan Maulidurrasul.

Golongan ini menegaskan, budaya Melayu ini semuanya adalah perbuatan bidaah, menyesatkan dan sia-sia.

Yang terbaharu adalah bacaan berzanji yang menjadi budaya semasa majlis cukur jambul baby masyarakat kampung juga turut dibidaahkan.

Mereka mengatakan ianya bermula dari amalan budaya Syiah dan sesiapa yang mengamalkannya akan dikira berdosa.

Jangan sampai nanti mereka membidaahkan amalan sembahyang sunat terawikh berjamaah di masjid-masjid atau surau-surau di malam Ramadhan sudah le!!! 

Semuanya bidaah kerana tiada nas dan tidak pernah berlaku di zaman nabi s.a.w.

Kadang kita tengok perpecahan agama Islam lebih dahsyat berbanding Kristian Katolik dengan Kristian Protestan.

Mungkin orang Islam memang suka berpecah-belah berkaitan maslahat agama hingga akhirnya membawa kepada pertumpahan darah.

Kemuncaknya nanti akan muncul puak-puak ekstremis dan radikal seperti IS, ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban, Boko Haram, Al-Maunah, Abu Sayaf, JI atau sebagainya.

Tidak pula golongan ini mebidaahkan segelintir Muslim yang mengebom dan menimbak mati saudara Muslim mereka yang lain?

Kenapa dan mengapa?

Islam apakah yang mereka belajar sebenarnya?

Di negara ini ramai sekali yang berstatus ustaz, ustazah atau ulama, tetapi mereka leka berpolitik dan mengejar ‘glemour’ di dalam facebook mencari berapa banyak ‘like’.

Hingga lupa tanggungjawab yang ‘lebih utama’, iaitu penyatuan umah di dalam satu aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah.

Wallahu’alam …


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...