![]() |
| Persidangan Raja-Raja Melayu (DURBAR) - 1931 |
Perbalahan antara kaum yang berlaku di negara ini berpunca
daripada kejahilan generasi muda berkenaan sejarah.
Pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mengetahui bahawa hak keistimewaan itu sudah lama wujud dan diiktiraf oleh pihak British.

Jika kita memberi tumpuan kepada sejarah, kita akan faham
apa sebenarnya yang telah berlaku.
British tak pernah menafikan ini adalah tanah orang Melayu.
Pada tahun 1931 di Durbar, persidangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Seri Menanti memang sudah ditetapkan, ‘Malaya for the Malays’, itu sangat jelas.
Pada tahun 1931 di Durbar, persidangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Seri Menanti memang sudah ditetapkan, ‘Malaya for the Malays’, itu sangat jelas.
Sebelum perang dulu, tak ada orang yang mempersoalkan
perkara tersebut.
Ketika British berada di Tanah Melayu, orang Melayu mempunyai kelebihan berdasarkan status ‘rakyat raja’ yang diberikan kepada orang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu ketika itu.
Sepanjang masa penaklukan British di negeri-negeri Melayu ini, hak keistimewaan Melayu sudah wujud, walaupun bukan dipanggil Perkara 153.
Sebelum perang dunia kedua, sesiapa yang lahir di Negeri-Negeri Selat, Pulau Pinang, Melaka, Singapura (Negeri-Negeri Selat itu dipanggil Tanah Jajahan Mahkota British) – sesiapa yang lahir di situ termasuk orang Melayu secara automatik akan menjadi rakyat British.
Sesiapa yang lahir di negeri-negeri Melayu (negeri-negeri
Melayu tak bersekutu – Johor, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan) - kalau ibu bapa mereka adalah orang Melayu,
mereka menjadi rakyat raja. Kalau ibu
bapa bukan orang Melayu, mereka menjadi stateless citizen.
Kalau orang Melayu melangar undang-undang, membuat kesalahan serius, mereka boleh dibuang negeri tapi buat sementara, kemudian boleh kembali ke sini, Tanah Melayu tempat asal mereka.
Tapi orang bukan Melayu akan dihantar balik ke negara asal mereka dan mereka tidak dibenarkan pulang semula ke Tanah Melayu.