Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini,
Rayani Air, sepatutnya dikenakan tindakan oleh pihak berwajib kerana membatalkan
penerbangan sesuka hati.
Keadaan ini telah menimbulkan kesusahan kepada penumpang
yang sudah mengatur pelbagai urusan.
Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi
prinsip patuh syariah yang sebenar.
Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew
yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang
menjadi salah satu prinsip syariah.
Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah
mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah.
Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan
tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.
Rayani Air juga pernah membatalkan dua penerbangan dari dan ke Langkawi
gara-gara cermin korpit pesawat retak yang menyebabkan ramai penumpang
terkandas.
Demikianlah bagaimana umat Islam tertipu apabila ramai yang
percaya sesuatu itu jadi Islam kerana ia diletakkan rupabentuk Islam, walaupun
hakikatnya ia tidak memenuhi ciri Islam.
