KUALA NERUS: Umat Islam perlu mengelak perbalahan yang boleh
melemahkan kekuatan dan perpaduan ummah sehingga merugikan mereka
sendiri.
Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, berkata lebih mendukacitakan umat Islam
sendiri sanggup menggelar saudara seagama kafir hanya kerana tidak sehaluan dan
sependapat dalam sesetengah perkara.
"Orang Islam sekarang dalam keadaan lemah, sering mengkritik sesama
sendiri, malah saling menggelarkan kafir kepada saudara seagama sendiri.
"Dalam al-Quran, kita ditegah menggelar orang lain kafir. Kalau kita
menggelar seseorang Islam itu kafir sedangkan tiada tanda dia kafir, maka kita
yang memberikan gelaran itulah yang kafir.
"Hanya Allah yang boleh menentukan sama ada seseorang itu kafir atau
tidak," katanya dalam kuliahnya bertajuk `Pentingnya Perpaduan Dalam
Kalangan Umat Islam', pada Program Syarahan Umum Bersama Dr Zakir Naik di
Stadium Tertutup Gong Badak di sini, malam ini.
Lebih 30,000 orang menghadiri kuliah berkenaan termasuk Menteri Besar, Datuk
Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Majlis itu turut disertai sesi soal jawab dengan
hadirin. Pendakwah ulung dan ilmuwan Islam itu kini dalam siri jelajahnya di
Terengganu selama seminggu bermula semalam.
Dr Zakir berkata, apa yang dilihat sekarang, umat Islam cenderung memperbesarkan
perkara kecil sehingga mencetuskan perbalahan sedangkan ia tidak langsung
mengikut ajaran Islam.
"Sesungguhnya sesiapa yang memecahbelahkan umat Islam sehingga
berpuak-puak akan ke neraka.
"Sehubungan itu, untuk selamatkan Islam dan memastikan Islam kuat dan
berada di tempat paling atas di dunia ini, kita perlu kekal .
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MALAYSIA (ASWAJA).
1. ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr Asri
Zainul Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah
menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA dikatakan menjadi
penentang kepada kedatang pendakwah bebas Dr Zakir Naik ke negara ini.
2. Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya
menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan.
Apatah lagi menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan HINDRAF. Di
manakah akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan
Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam.
3. Apakah ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan sebegini apatah lagi dari seorang Mufti. ASWAJA meminta Mufti Perlis mengemukakan BUKTI berhubung sebarang bantahan ASWAJA terhadap Zakir Naik untuk masuk ke negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.
4.Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak 'suci' dan
'mulia'ini. Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk
mengheret orang ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung pangkal.
Sedangkan apa yang disebarkan oleh Mufti siber itu adalah sekadar tuduhan serta
tohmahan tanpa sebarang bukti dan asas kukuh. ASWAJA tidak terkesan dengan cara
Asri dalam usaha memburukkan imej ASWAJA.
5. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil kesempatan
terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang sememangnya
pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu. Bertaubatlah Asri, malulah dengan
kedudukan anda sebagai Mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah
Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang
kemurkaan.
6. Berdasarkan tuduhan Asri terhadap ASWAJA yang boleh mencalarkan imej
pertubuhan ini, kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat
nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis
ini. Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap ASWAJA berterusan dan
akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini.
SEKALI LAGI, MUFTI PERLIS DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI YANG MANA ASWAJA MEMBANTAH
ZAKIR NAIK KE NEGARA INI.
Sekian terima kasih.
10 April 2016
