Thursday, 5 May 2016

Rakyat tak perlukan pemimpin bongkak seperti ini


PM sepatutnya mengambil tindakan yang tegas terhadap Nazri Aziz yang telah mengeluarkan kenyataan biadap berhubung pemberhentian pengiring bermotosikal polis untuk Dr M.

Kenyataan beliau itu telah mencemar dan merosakkan imej kerajaan kerana kenyataan yang dibuat telah terkeluar dari adab sopan sebagai seorang menteri dan sebagai seorang muslim.

Jika beliau tidak suka dengan Dr M, sepatutnya beliau sebagai seorang menteri di dalam kabanet kerajaan hanya perlu memberi cadangan sahaja.

Tidak perlulah beliau bercakap dengan bahasa yang kurang ajar dengan mencabar Dr M untuk bertumbuk pula.

Ahad lalu di dalam sebuah portal, beliau dilaporkan sebagai berkata:

“Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk Dr M adalah tepat dan sepatutnya telah lama dilakukan”.

“Dari segi logik kenapa perlu memberi keistimewaan kepada orang yang menentang kerajaan“

"Kalau beliau pilih untuk bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa”.

Alangkah kurang ajarnya beliau terhadap seorang negarawan yang telah banyak berkorban terhadap negara ini.

Walaupun kini Dr M mempunyai masalah dengan pentadbiran sekarang, kenapa perlu bersikap terlalu biadap terhadap negarawan ini?

Sikap biadap beliau menggambarkan bahawa beliau tidak layak sama sekali berada di dalam kabinet.

Jika beliau dengan bongkaknya berani mengherdik seorang negarawan seperti Dr M, apatah lagi dengan rakyat marhain seperti aku?

Sudah pasti rakyat yang ada masalah akan takut hendak berurusan dengan pemimpin seperti ini.

Bersikap ala-ala samseng dan gangster

Rakyat tidak perlukan pemimpin angkuh dan sombong ini.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...