Thursday, 14 July 2016

Sepatutnya, tiada maaf bagimu!



Tindakan ratusan Pemuda Umno berarak dan berhimpun di ibu pejabat DAP pada Selasa, bagi mendesak Nga Kor Ming memohon maaf bukanlah satu kesalahan.

Tindakan itu lebih didorong rasa tanggungjawab dalam mempertahan maruah orang Melayu dan Islam yang berasa terhina dengan kenyataan dibuat Anggota Parlimen Taiping.

Nga selaku pemimpin seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak kemarahan orang ramai, khasnya dalam hal pemberian duit raya yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu di negara ini.

Bagi orang Islam, pemberian duit raya lebih kepada sedekah, sama konsepnya dengan pemberian 'ang pau' oleh kaum Cina atau pemberian duit oleh kaum-kaum lain di Malaysia semasa menyambut perayaan masing-masing.

Semua pihak jangan lah mempolitikkan isu berkaitan agama yang boleh mencetuskan masalah perkauman.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...