Ibua bapa tergemam dengan mulut terngangga
luas seolah-olah ianya perkara yang tidak masuk dek akal.
Guru-guru juga menunjukkan wajah kehampaan
kerana murid-murid harapan tidak mencapai NKRA yang diharapkan.
Purata sekolah yang dilebal sebagai cluster
pun hanya berjaya mendapat 12 orang murid memperolehi 6A, apatah lagi
sekolah-sekolah biasa.
Kita tidak boleh menidakkan perasaan
kekecewaan murid, ibu bapa dan guru di dalam hal ini, walaupun UPSR bukanlah
pengakhiran segala usaha.
Calon UPSR tahun ini merupakan kohort
pertama yang menduduki peperiksaan di bawah format baru UPSR sejajar
perlaksanaan KSSR yang menekankan unsur-unsur KABAT.
Jika dilihat pada soalan UPSR tahun ini,
ada di kalangan pensyarah tahap university pun tidak dapat menjawab dan faham
apa kehendak soalan, inikan murid sekolah rendah.
Seperti Ujian PT3 yang menggantikan PMR dua
tahun lalu, kecoh satu negara, apabila keputusan jatuh merundum daripada
jangkaan.
Apa pun perlu diakui standard UPSR dengan
format baharu bermula tahun ini adalah lebih tinggi.
Murid, ibu bapa dan guru selepas ini perlu
lebih menyesuaikan diri dengan sistem penilaian ini yang lebih berkualiti
berbanding penilaian sebelumnya.
Masyarakat kita telah terbiasa dan terlalu
obses dengan berapa banyak A untuk menjadi tanda aras ‘kepandaian’ seseorang murid.
Sebab itu ibu bapa dan guru lebih
menumpukan kepada keputusan UPSR hingga menyebabkan mereka berasa tertekan,
tidak terkecuali pelajar juga turut tertekan.
Demi mengejar keputusan ‘A’, siang malam
murid dibebankan dengan kelas-kelas tambahan yang membebankan.
Soal bersosial dan bermain seperti kanak-kanak
lain, terpaksa dikorbankan dan akhirnya akan melahirkan ‘pembuli’ dan ‘samseng’
apabila berada di SBP kelak.
UPSR berorentasikan peperiksaan seperti itu
perlulah diubah. Pentempatan murid ke SBP usah lagi bergantung berapa
banyak ‘A’ semata-mata.
Perlu juga penempatan murid ke SBP
berdasarkan skor merit dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan serta kelab dan
persatuan.
* Amat memeranjatkan apabila ada guru di Kolej Vokasional mengadu, seorang guru pelatih bakal lulusan kejuruteraan makanikal dari sebuah universiti yang agak terkemuka di selatan tanahair yang sedang menjalani latihan di KV tempat beliau mengajar tidak tahu menggunakan alatan asas angkup venier!
Memalukan!