Adalah sebuah kejahilan yang nyata apabila cuba menyamakan
Kontrak Sosial dengan dasar perkauman yang dibawa oleh Trump.
Kontrak sosial ini wujud dalam pelbagai negara, sebagai
contoh New Zealand ketika pendatang kulit putih sampai di negara itu lalu
proses diplomasi dengan pribumi NZ iaitu Maori mengilhamkan kontrak sosial
versi mereka tersendiri.
Kontrak sosial ialah persetujuan bersama Melayu, Cina dan
India ketika mahu mencapai kemerdekaan.
Jadi, ia bukan paksaan orang Melayu ke
atas bangsa lain. Ia adalah toleransi kaum Cina dan India mengiktiraf orang
Melayu dan suku pribumi lain sebagai pribumi di sini!
Seperti mana yang kita tahu antara sebab orang Melayu
menentang Malayan Union adalah pemberian kerakyatan kepada golongan bukan
Melayu yang bermukim di semua jajahan British dan Tanah Takluknya akan mendapat
kerakyatan secara jus soli.
Jadi, ketika kerakyatan mahu diberikan kepada yang
bukan Melayu, maka harga yang perlu mereka bayar ketika itu ialah hak
keistimewaan pribumi dijaga.
Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu,
orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
Bumiputera.
Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai
agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat
istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam
persefahaman ini.
Adapun kalau hak bumiputera itu mahu dihapuskan, ianya mestilah
berasaskan persetujuan bumiputera itu sendiri seperti mana hak ini ditubuhkan
atas permintaan kaum bumiputera sendiri.
Akhir kata, sila jadi celik sejarah. Bersuara apabila kalian
tahu tentang sebab musabab dan sejarah disebalik sebuah dasar itu digubal.
Baca
juga tentang PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 yang mengilhamkan
pembentukan kontrak sosial ini!
