Monday, 13 February 2017

Berita panas baran membabitkan masa depan PROTON


Berita mengenai usaha syarikat konglomerat DRB-Hicom, pemilik Proton, yang sudah di peringkat akhir untuk mendapatkan rakan kongsi asing kepada syarikat pengeluar kereta negara itu.

Terkini, dilaporkan dua buah syarikat pengeluar kereta antarabangsa iaitu Geely dari China dan Groupe PSA dari Perancis menunjukkan minat yang amat dalam untuk menjadi rakan kongsi strategik kepada Proton.

Kedua-dua syarikat kenderaan gergasi ini dikatakan telah melakukan kajian secara terperinci dan penilaian sewajarnya sebelum membuat tawaran untuk menjadi rakan kerjasama automotif dengan pihak Proton.

Apa yang menariknya, antara perkara pokok yang jadi isu tumpuan di dalam usaha menjadi rakan kongsi strategik ini, kedua-dua syarikat asing itu mahu penguasaan 51% terhadap kilang Proton di Tanjung Malim, Perak.

Untuk makluman, kilang Proton yang terletak di tanah berkeluasan 517 hektar dan mula beroperasi sejak Ogos 2004 ini sudah sekian lama beroperasi di bawah tahap kemampuan sebenarnya.

Malah, menurut sumber industri automotif yang mempunyai akses terhadap operasi di kilang berkenaan, kapasiti pengeluaran di kilang Tanjung Malim kini hanyalah serendah 30% sahaja.

Dari sudut kos dan business, keadaan ini sesuatu yang membazir dan amat merugikan produktiviti sesebuah intiti syarikat besar. 

Isu rakan kongsi strategik Proton ini amat mudah difahami, tiada perkara yang ganjil. Ia adalah atas pertimbangan busines semata-mata dan tiada isu sentimental atau politik murahan.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang mengaku sayangkan jenama Proton sepatutnya beri kepercayaan sepenuhnya kepada DRB- Hicom, iaitu pengurusan syarikat kereta nasional untuk melakukan perubahan.

Sesungguhnya sudah lama Proton mencari rakan kongsi asing untuk meningkatkan lagi kemampuan produk terasnya iaitu kereta agar mampu bersaing dari segi teknologi terutamanya di pasaran ASEAN.

Justeru bergabung dengan syarikat antarabangsa lain yang ada kemampuan kewangan lebih besar, selain memiliki kepakaran dalam pemasaran dan teknologi lebih baik akan membantu meningkatkan kemampuan Proton.

Tidak kiralah sama ada Geely atau Groupe PSA yang bakal menjadi rakan kongsi, gabungan tersebut adalah sesuatu yang pastinya memberi impak win-win situation.

Kebimbangan bahawa Proton akan dikuasai oleh syarikat asing tidak timbul sebenarnya kerana yang ingin mereka kuasai 51% hanyalah kilang Proton di Tanjung Malim, bukan seluruh syarikat Proton.

Satu lagi kilang Proton yang terletak di Shah Alam tidak termasuk di dalam perjanjian itu. Mana-mana syarikat pun jika diberi peluang untuk beroperasi di kilang Proton di Tanjung Malim itu pasti inginkan kuasa mentadbir.

Syarikat Geely yang beribu pejabat di Hangzhou, Zhejiang adalah pemilik syarikat Volvo sejak 2010, selain menjadi pemilik syarikat pembuat British Taxi sejak 2012.

Volvo kini semakin berkembang maju dan jenamanya masih lagi utuh sebagai identiti kereta mewah Skandinavia Sweden yang bermutu tinggi dan berimej mewah.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...