Hari ini aku menulis tentang satu penyakit berjangkit iaitu politik pejabat.
Fenomena ini sukar dihapus.
Selepas berchatting dengan seorang rakan yang tiba-tiba menyebut mengenai Opis Politik, tiba-tiba pulak hati ni terasa nak menaip pasal benda alah ni.
Selepas berchatting dengan seorang rakan yang tiba-tiba menyebut mengenai Opis Politik, tiba-tiba pulak hati ni terasa nak menaip pasal benda alah ni.
Walau apa sekalipun transformasi yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, namun kejayaan yang diinginkan bergantung penuh kepada sikap.
Jabatan Perkhidmatan Awam perlu mencari kaedah untuk melakukan transformasi sikap penjawat awam bermula di peringkat pengurusan tertinggi hingga ke pekerja bawahan.
Penyakit berjangkit inilah yang menjadikan sebahagian pekerja dalam perkhidmatan sektor awam tidak bersemangat dan kurang motivasi.
Workplace politics or office politics or organisation politics is the use of power within an organization for the pursuit of agendas and self-interest without regard to their effect on the organization's efforts to achieve its goals.
Office Politics berbeza dengan gossip di tempat kerja atau office gossip namun kedua-duanya berkaitan.
Office gossip selalunya bersifat open secrets manakala Office politics bersifat manipulatif bagi mencapai satu-satu matlamat oleh individu atau kumpulan yang berkuasa dan kedua-duanya boleh menjejaskan hubungan kerjasama antara pekerja dan menerbitkan suasana kerja yang tidak tenteram.
Dalam konteks opis politik, ianya juga mampu membunuh kerjaya seseorang kerana kadangkala penindasan dilakukan oleh seseorang yang manipulatif melalui kuasa tertentu bagi memberi tekanan kerja hingga individu yang diberi tekanan tadi berputus asa.
Perkara sebegini kerap berlaku dimana position dan hirarki kuasa amat penting bagi memperolehi imbuhan yang lebih besar walaupun secara teorinya bukan imbuhan yang menjadi idaman tetapi memperolehi kuasa adalah agenda utama.
Individu yang menginginkan pangkat dan kuasa biasanya align diri mereka dengan orang-orang yang lebih berkuasa dan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan mereka sehingga mereka mampu menggunakan kuasa orang itu untuk memberi tekanan atau penindasan ke atas individu yang mereka ingin singkirkan.
Teknik opis politik paling popular ialah mengipas, membodek, pikul aircon atau menjilat bontot bos.
Teknik ini boleh dilakukan dalam pelbagai tektik seperti sentiasa bersetuju tanpa bantahan apa jua cadangan yang dikemukakan oleh kepimpinan walaupun cadangan itu memberi impak negatif terhadap rakan-rakan, dirinya, unit, jabatan dan organisasi.
Kerap mendampingi boss malah sanggup menyediakan apa sahaja walaupun ianya bukan skop kerja.
Sentiasa mempertahankan apa sahaja yang dilakukan oleh boss, walau pun tahu apa yang dilakukan itu salah dari segi etika dan kadangkala melanggar peraturan pejabat.
Kerap membelanja boss makan ... asshole kissers.
Menabur fitnah atau menyebarkan khabar angin terhadap individu yang dianggap mengancam kedudukan dirinya dalam pejabat.
Getting credit for other peoples efforts, yakni lembu punya susu, sapi punya nama.Teknik ini mudah dilakukan jika seseorang itu bersifat manipulatif dan mempunyai kedudukan tertentu dalam organisasi.
To put down hasil kerja orang lain atau dengan kata lain cuba meremehkan kerja dan pandangan orang di dalam situasi formal seperti di dalam mesyuarat.
Sikap khianat terhadap rakan dengan menyerang peribadi mereka kepada pihak berautoriti.
Tai-Chi iaitu mengelak kerja-kerja yang diberikan kepadanya dengan alasan dia mempunyai kerja yang lebih penting dan lebih berat berbanding rakan-rakan lain.
Matlamat opis politik ini bukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran berupa pangkat. Biasanya matlamat utama ialah untuk mencapai kuasa yang lebih selain berusaha untuk memalukan atau menjatuhkan pihak lawan nya kerana orang yang ingin dimalukan atau dijatuhkan maruah serta kedudukanya mungkin merupakan ancaman terbesar bagi dirinya. Orang itu juga mungkin mempunyai maklumat mengenai kelemahannya atau tahu latar belakangnya.
Apa pun isu utama opis politik ialah individu-individu yang memanipulasikan hubungan kerja akan mengambil masa dan sumber demi kepentingan diri mereka dengan mengorbankan rakan sekerja.
Apabila berlaku banyaknya opis politik, ianya akan menggangu pengaliran maklumat, maklumat dimanipulasi, diputar belitkan dan di salah tafsirkan bagi mencapai kepentingan jangka pendek.
Inilah bahaya nya opis politik kepada organisasi kerana ianya akan melibatkan pembentukan strategi, halatuju organisasi, pengurusan bajet dan juga pengurusan sumber.
Apabila office politics terlalu kuat, maka hubungan kerjasama dalam pejabat akan menjadi rengang, kemesraan menjadi tegang, suasana kerja menjadi tidak tenteram dan semua ini akan memberi tekanan kerja yang tidak baik kepada pekerja dan juga organisasi.
Jika nak naik pangkat atau habuan dari boss, gunakanlah kebijaksanaan sendiri, tak perlu pijak kawan!
Andai kemaruk jugak atau tersangat gian nak naik pangkat cepat dengan menggunakan tektik membodek boss, bodeklah , kipaslah, jilatlah bersungguh-sungguh, asalkan tidak khianati rakan-rakan lain.
Tapi beringatlah!
Life is a circle, what goes around comes around samada cepat atau lambat.
Kepimpinan yang baik sepatutnya mengamalkan giving credit where credit is due.
Barulah .... semua suka...suka semua!