Wednesday, 26 April 2017

Jangan bawa fahaman ekstremis ke negara ini


Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan-kumpulan ekstremis yang cuba bermain dengan isu-isu agama atau cuba mencampuri urusan agama lain.

Setiap kali berlaku serangan pengganas melibatkan Islam, penganut Islam terpaksa bertungkus lumus menafikan mereka tiada kaitan dengan pengganas tersebut. 

Umat Islam dari seluruh dunia pula akan bangkit mengkritik keganasan yang dilakukan oleh pengganas tersebut.

Di mana pula suara-suara organisasi Hindu seperti Hindraf dan Hindu Sangam apabila ekstrimis dan pengganas Hindu di India membunuh umat Islam gara-gara kerana lembu?

Adakah nyawa haiwan bernama lembu lebih berharga berbanding nyawa manusia?
Tidakkah itu dikira sebagai tindakan pengganas? 

Semua orang perlu sama-sama menolak ekstremis dan pengganas dari mana-mana agama dan negara.

Oleh itu, seluruh rakyat di negara ini perlu bersikap rasional dan jauhilah dari bersikap emosional.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...