Lebih pelik lagi, apabila terdapat juga orang yang mengaku
muslim menyokong budaya negatif ini.
Adakah penyokong dan pengamal LGBT sedar bahawa gejala
jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman
kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al.?
https://scholar.google.com/scholar? q=Gonorea%2C+Sifilis%2C+Herpe+by+Franklyn+N+et+al.&btnG=&hl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1
Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks.
Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks.
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit CDC juga melaporkan, 83% jangkitan
sifilis adalah melalui homoseks.
Mungkin mereka tidak pernah meneliti laporan dari KKM berkaitan
dengan jangkitan HIV di negara ini.
Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak
jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV sekitar
80% iaitu seramai 3818 orang dari kalangan penagih dadah.
Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, iaitu
sekitar 80% iaitu seramai 2752 orang berpunca dari pelaku hubungan seks bebas.
30% dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks.
Fakta dengan jelas mendapati pesakit HIV dikalangan homoseks
naik mendadak dari 0.6% pada 2015 ke 46% pada 2016.
Adakah angka-angka yang dicerap oleh pihak yang
bertanggungjawab ini tidak merungsingkan kita?
