Apa sudah berlaku dengan Malaysia Tumpahnya Darahku sekarang ni?
Apa sudah jadi dengan ‘Ostaz-ostaz’ di dalam Pakatan?
Tak nak tegur DAP ke?
Tak nak tegur pejuang-pejuang LGBT dalam Pakatan ke?
Kalau ada orang hentam DAP, 'Ostaz-Ostaz' ni le yang hebat pertahan!
Tak nak keluarkan kenyataan ke pasal bab ‘laknatullah’ ni?
Tak nak warnig sekutu mereka ke?
Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun baru-baru ini.
Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat ‘Loyar Burok Bangsar’.
Beliau yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan.
Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.
Program memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan.
Difahamkan, antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis adalah mantan Suri Kempe (mantan Pengurus Program Sister in Islam), Dorian Wilde (Presiden Transmen of Malaysia) dan Nisha Ayub (Justice For Sisters).
Difahamkan juga, upacara berbuka puasa yang dihadiri oleh pendukung agenda LGBT Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk “Halal/Haram” oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.
Tujuan program ini adalah untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 12 Jun tahun lalu.
Demikian itu tajuk forum adalah “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity”
Hancus bila 'puak' ni perintah negara tercinta!
Tapi setakat ni, penyokong tegar DAP.......semuanya halal kot!
Tapi setakat ni, penyokong tegar DAP.......semuanya halal kot!
Sumber:
