Friday, 1 September 2017

IRF : Pengimport Islam Sesat

Dr Mun’im Sirry yang telah berkongsi beberapa pandangan yang penuh kontroversi adalah salah seorang daripada puluhan penceramah-penceramah kontroversi yang pernah dibawa oleh Islamic Renaissance Front (IRF), sebuah pertubuhan yang dipimpin oleh Dr Farouk Musa.

Bergerak atas premis Untuk Mereka Yang Berfikir, pertubuhan ini juga pernah cuba membawa masuk Ulil Absar Abdalla pada tahun 2014, namun gagal apabila pihak KDN tidak membenarkan tokoh liberal Indonesia itu ke Malaysia.

Namun berbeza halnya dengan Mun’im Sirry, beliau baru saja selesai menjelajah Malaysia dengan siri-siri ceramah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Kenyataan dalam ceramah-ceramah beliau seperti Kenapa Al Quran turun kepada Arab, Tulis semula surah al Kafiruun dan Al Quran tidak relevan dan diturunkan di Mesopotamia sangat berbahaya dan menyesatkan.

Sejak beberapa tahun, IRF merupakan badan penganjur yang telah membawa masuk (sekadar menyebut beberapa nama) individu-individu dengan pandangan kontroversi seperti Abdullah An Naim, Mustafa Akyol, Clive Kessler, Ebrahim Moosa, James Piscatori, Jasser Auda dan Nader Hashemi 

Dr Farouk Musa pernah membuat pengakuan bahawa IRF turut memperjuangkan fahaman Neo Muktazilah di Malaysia.

Beliau yang pernah dijemput di dalam pertemuan bersama Presiden Obama pada 2014, turut mendapat bantuan dana dari National Endowment For Democracy Amerika bagi tujuan yang dinyatakan seperti berikut :

Promoting an Understanding of the Relationship Between Islam and Democracy To familiarize key Malaysian audiences with the philosophical foundations of democracy and human rights and their relationship with Islam. The Islamic Renaissance Front will conduct a series of forums and symposiums on democracy and Islam that provide young Malaysians with the opportunity to better understand and appreciate Islam’s relationship with the fundamental civil liberties and norms of pluralism, gender equality, citizenship rights, and good governance.

Kenapa selepas terbukti terlalu kerap membawa masuk tokoh-tokoh dengan fahaman Islam songsang, IRF masih belum dikenakan apa-apa bentuk tindakan oleh pihak yang diamanahkan?


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...