Wednesday, 3 January 2018

Selamat Tahun Baharu Masehi 2018

Tahun 2017 yang baru berlalu pergi telah memberi kesan mendalam terhadap umat Islam Malaysia, khasnya kebangkitan siri serangan musuh-musuh Islam yang semakin bertali arus dan agresif. 


Isu seperti ateisme dan gerakan LGBT telah mendapat perhatian dan tentangan daripada pusat gerakan tersebut di luar negara. 


Jika liberalisme, sekularisme dan pluralisme agama lazimnya digerakkan dengan menggunakan proksi-proksi tempatan, hal yang berbeza berlaku kini dengan isu ateisme dan LGBT.


Insiden seperti ini tentunya semakin dirasai oleh penganut Islam di negara ini khususnya. 


Di harap, tahun 2018 ini, janganlah masih ada lagi warganegara yang bongkak dan kurang ajar dengan mempersoalkan perkara-perkara pokok yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan seperti kedudukan Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, dan hak-hak Melayu @ bumiputera.


Malaysia telah melepasi tanda 60 tahun kemerdekaan, jadi sudah tiba masanya untuk warganegaranya benar-benar memahami dan menghormati kontrak sosial yang terkandung dalam dokumen negara.


Mereka yang tak sudah-sudah menyerang atau menghina Islam sebaiknya perlu lebih berhati-hati kerana menyerang atau menghina Islam amat berbahaya di dalam masyarakat majmuk.


Juga diharap, tahun 2018 ini wacana akademik tidak sepatutnya menjadi medan menghina dan memburukkan Islam.


Mereka yang berbuat demikian lazimnya mengamalkan sikap double standard kerana mematuhi asas akademik dalam bidang lain, tetapi tidak bila Islam diperkatakan. 


Jika mereka konsisten bersikap jujur, Islam bashing atas nama akademik pastinya tidak akan berlaku di negara ini. 


Pihak berwajib harus lebih tegas terhadap isu Islam bashing ini dengan mendakwa terhadap pihak-pihak yang terlibat.


SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2018


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...