Tahun 2017 yang baru berlalu pergi telah memberi kesan mendalam
terhadap umat Islam Malaysia, khasnya kebangkitan siri serangan musuh-musuh
Islam yang semakin bertali arus dan agresif.
Isu seperti ateisme dan gerakan LGBT telah mendapat
perhatian dan tentangan daripada pusat gerakan tersebut di luar negara.
Jika liberalisme, sekularisme dan pluralisme agama lazimnya
digerakkan dengan menggunakan proksi-proksi tempatan, hal yang berbeza berlaku kini
dengan isu ateisme dan LGBT.
Insiden seperti ini tentunya semakin dirasai oleh penganut
Islam di negara ini khususnya.
Di harap, tahun 2018 ini, janganlah masih ada lagi
warganegara yang bongkak dan kurang ajar dengan mempersoalkan perkara-perkara
pokok yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan seperti kedudukan Islam,
kedaulatan Raja-Raja Melayu, dan hak-hak Melayu @ bumiputera.
Malaysia telah melepasi tanda 60 tahun kemerdekaan, jadi
sudah tiba masanya untuk warganegaranya benar-benar memahami dan menghormati
kontrak sosial yang terkandung dalam dokumen negara.
Mereka yang tak sudah-sudah menyerang atau menghina Islam
sebaiknya perlu lebih berhati-hati kerana menyerang atau menghina Islam amat
berbahaya di dalam masyarakat majmuk.
Juga diharap, tahun 2018 ini wacana akademik tidak
sepatutnya menjadi medan menghina dan memburukkan Islam.
Mereka yang berbuat
demikian lazimnya mengamalkan sikap double standard kerana mematuhi asas akademik
dalam bidang lain, tetapi tidak bila Islam diperkatakan.
Jika mereka konsisten bersikap jujur, Islam bashing atas
nama akademik pastinya tidak akan berlaku di negara ini.
Pihak berwajib harus lebih tegas terhadap isu Islam bashing ini
dengan mendakwa terhadap pihak-pihak yang terlibat.
SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2018