Wednesday, 3 January 2018

Tak sepatutnya kembali ke era ketakutan

Beautiful Sabah
Rakyat Malaysia tidak sepatutnya kembali kepada era ketakutan dengan membenarkan nilai-nilai kezaliman dan kekejaman dikembalikan semula dalam sistem pemerintahan negara. 

Dahulu di Sabah, apabila pemimpin-pemimpin tempatan mengemukakan perjuangan Sabah For Sabahan dengan tujuan mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dalam Perkara 20, mereka ditahan di bawah ISA tanpa bicara. 

Sebaliknya apa yang berlaku pada hari ini?

Pemerintah telah memberi jaminan, apa jua hak rakyat Sabah yang diambil oleh pemerintahan terdahulu akan dikembalikan.

Dari segi pembangunan, projek PAN Borneo merupakan pembangunan mega yang tidak pernah difikirkan oleh pemerintah sebelumnya kerana mereka tidak memandang Sabah sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia. 

Sebelum ini, pembangunan mega hanya tertumpu di Lembah Kelang dan sekitarnya sahaja, seperti KLCC, Menara KL dan Litar Formula One yang disebut berulang-ulang betapa hebatnya projek tersebut.

Di masa itu, sangat kurang atau hampir sifar pembangunan berjalan di kawasan-kawasan lain di Malaysia terutamanya di Sabah walaupun negeri Sabah juga salah sebuah negeri yang menyumbang kepada perkapita negara yang agak besar.

Walaupun begitu, amalan rasuah dan isu integriti oleh sesetengah pemimpin dan individu yang tidak bertanggungjawab telah merencatkan pembangunan yang sedang dirancang kini. 

Perbuatan rasuah bukan amalan kerajaan dan bukan general order dalam kerajaan, sebaliknya ianya merupakan amalan individu yang curang terhadap amanah yang diberikan.

Malaysia tidak boleh kembali kepada zaman ketakutan dan kekejaman. 

ISA sudah dimansuhkan, ianya tidak boleh dikembalikan. 

Jika negara diperintah oleh emosi, dendam dan untuk kepentingan peribadi, rakyat pastinya akan menjadi mangsa.

Diharap selepas ini, lebih banyak pembangunan akan di bawa ke Sabah yang selama ini di 'anak-tirikan’ oleh regim sebelumnya.

Juga, amalan rasuah dan pecah amanah sesetengah pemimpin persekutuan dan pemimpin tempatan akan dapat dihapuskan.

Sabah Bagus Bah!

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...