| Beautiful Sabah |
Rakyat Malaysia tidak sepatutnya kembali kepada era
ketakutan dengan membenarkan nilai-nilai kezaliman dan kekejaman dikembalikan
semula dalam sistem pemerintahan negara.
Malaysia tidak boleh kembali kepada zaman ketakutan dan kekejaman.
Dahulu di Sabah, apabila pemimpin-pemimpin tempatan
mengemukakan perjuangan Sabah For Sabahan dengan tujuan mengembalikan hak-hak
rakyat Sabah dalam Perkara 20, mereka ditahan di bawah ISA tanpa bicara.
Sebaliknya apa yang berlaku pada hari ini?
Pemerintah telah memberi jaminan, apa jua hak rakyat Sabah
yang diambil oleh pemerintahan terdahulu akan dikembalikan.
Dari segi pembangunan, projek PAN Borneo merupakan
pembangunan mega yang tidak pernah difikirkan oleh pemerintah sebelumnya kerana
mereka tidak memandang Sabah sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia.
Sebelum ini, pembangunan mega hanya tertumpu di Lembah Kelang
dan sekitarnya sahaja, seperti KLCC, Menara KL dan Litar Formula One yang
disebut berulang-ulang betapa hebatnya projek tersebut.
Di masa itu, sangat kurang atau hampir sifar pembangunan
berjalan di kawasan-kawasan lain di Malaysia terutamanya di Sabah walaupun
negeri Sabah juga salah sebuah negeri yang menyumbang kepada perkapita negara
yang agak besar.
Walaupun begitu, amalan rasuah dan isu integriti oleh
sesetengah pemimpin dan individu yang tidak bertanggungjawab telah merencatkan
pembangunan yang sedang dirancang kini.
Perbuatan rasuah bukan amalan kerajaan dan bukan general
order dalam kerajaan, sebaliknya ianya merupakan amalan individu yang curang
terhadap amanah yang diberikan.
Malaysia tidak boleh kembali kepada zaman ketakutan dan kekejaman.
ISA sudah dimansuhkan, ianya tidak boleh dikembalikan.
Jika negara diperintah oleh emosi, dendam dan untuk
kepentingan peribadi, rakyat pastinya akan menjadi mangsa.
Diharap selepas ini, lebih banyak pembangunan akan di bawa
ke Sabah yang selama ini di 'anak-tirikan’ oleh regim sebelumnya.
Juga, amalan rasuah dan pecah amanah sesetengah pemimpin
persekutuan dan pemimpin tempatan akan dapat dihapuskan.
Sabah Bagus Bah!
SELAMAT TAHUN BARU 2018