Monday, 15 January 2018

Agenda ‘Johor For Jesus’ oleh RECS

Para ilmuan dan institusi agama harus lebih berperanan dan inovatif dalam merumuskan kaedah-kaedah bagi menangani ideologi ekstremisme dan naratif yang telah diputar belitkan mengenai ketaatan dalam beragama.

Ianya bukan sahaja melibatkan di kalangan kelompok Islam sahaja seperti DAESH malahan kelompok-kelompok agama lain.

Kita juga harus memandang serius pendedahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Dato’ Mahamad Naser Bin Disa baru-baru ini. 

Pendedahan beliau telah disiarkan oleh TV3 dan TV Al-Hijrah Sabtu lalu berkaitan aktiviti dan matlamat Radical Evangelist Christian State (RECS), harus juga diberi pandang yang lebih serius oleh pihak berkuasa.

Pendedahan beliau adalah mengenai aktiviti Radical Evangelist for Christian State (RECS) di Johor Bahru yang bertemakan ‘Johor For Jesus’.

Aktiviti tersebut dikatakan melibatkan beberapa orang penceramah dipercayai daripada luar negara menghasut para peserta supaya bangkit menyebarkan kepercayaan mereka serta memerangi sesiapa yang menyekat mereka.

Pendedahan tersebut dibuat semasa sesi pembentangan di Putrajaya International Security Dialogue (PISD) 2018 yang dirasmikan oleh PM.

Kita berharap agar pihak berkuasa bertindak cepat dan tegas bagi menyekat penularan puak-puak radikal tanpa mengira siuapa mereka.

Para pemimpin Islam dan para pemimpin agama lain serta ahli-ahli  NGO Malaysia harus bersama-sama mengekang gerakan ini. 

kedaulatan Islam dan keharmonian penduduk berbilangan agama di negara ini wajar dipelihara demi kelangsungan negara bernama Malaysia.



Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...